Anda di halaman 1dari 4

Menderma darah adalah proses yang boleh merangsang badan menghasilkan lebih

banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma
kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik
berbanding sel lama (Murphy dan Pamphilon 2001).Pendermaan darah berlaku apabila
seseorang yang sihat dari segi mental dan fizikal secara sukarela membenarkan diri mereka
menjadi penderma darah. Bagi negara yang membangun, pendermaan ini dilakukan secara
sukarela dan percuma. Berbeza dengan negara miskin, bekalan darah adalah terhad dan
mereka hanya akan menderma darah sekiranya saudara mara atau rakan terdekat memerlukan
pemindahan atau transfuse darah. Dalam kata lain, kebanyakan penderma akan menderma
darah secara sukarela tetapi tidak kurang juga ada penderma yang menderma demi
mendapatkan wang ataupun ganjaran-ganjaran lain (Sojka & Sojka 2008).

Schlumpf, Glynn, Schreiber, Wright, Steele, Yongling, Tu, Hermansen, Higgins,


Garratty dan Murphy (2008) telah menjalankan kajian untuk melihat sikap bakal penderma
darah dan mencari cara untuk mengelakkan kehilangan penderma tetap. Mereka telah
mengedarkan 7905 borang soal selidik kepada penderma. Di dalam borang soal selidik
mereka terdapat data yang berdasarkan kepada kedatangan semula untuk menderma darah
dalam tempoh 12 bulan. Faktor yang dikaji termasuk kemudahan logistik dan faktor yang
mempengaruhi niat untuk datang semula menderma darah. Hasil kajian mendapati golongan
muda kurang datang semula untuk menderma darah dalam tempoh 12 bulan. Faktor yang
mempengaruhi kedatangan semula untuk menderma darah adalah keinginan atau niat yang
tinggi untuk datang menderma, tempat yang selesa dan sesuai untuk menderma, dan
mempunyai pengalaman yang baik ketika menderma darah. Selain itu, kedatangan semula
untuk menderma darah adalah kerana wujud rasa tanggungjawab untuk membantu orang lain,
rasa simpati yang tinggi dan juga merasakan bahawa menjadi penderma darah adalah lebih
daripada sekadar menderma darah.

Ttingkahlaku individu dalam menderma darah dipengaruhi oleh tiga perkara; iaitu
kepercayaan sikap, kepercayaan yang dipengaruhi oleh orang lain dan juga kepercayaan
kawalan. Kepercayaan sikap adalah perasaan positif atau negative dalam diri seseorang atau
individu tersebut apabila hendak melakukan sesuatu tingkahlaku. Individu terdorong untuk
menderma darah seandainya ia percaya tindakannya itu membawa kesan positif pada dirinya,
dan juga diri orang lain. Ini alan dapat mebuatkan indvidu itu lebih bersemangat dan lebih
cenderung untuk menderma. Kepercayaan yang dipengaruhi oleh orang lain pula merujuk
kepada pengaruh orang lain atau dengan kata lainya pengaruh orang di sekeliling kita
danorang yang paling dekat dengan kita, seperti keluarga dan rakan-rakan terdekat. Individu
lebih cenderung untuk menderma darah sekiranya terdapat ramai ahli keluarga dan rakan-
sebaya nya yang menyokong aktiviti derma darah. Akhirnya, kepercayaan kawalan adalah
kawalan berbentuk hukuman atau ganjaran. Individu akan cenderung untuk menderma darah
sekiranya terdapat banyak ganjaran atau hadiah yang diperolehinya apabila menderma darah.
(Fishbein dan Ajzen,1988: ajzen dan Fishbein 1991, 2005)

Seterusnya,masalah kekurangan penderma darah adalah disebabkan oleh mitos atau


tanggapan yang kurang tepat tentang menderma darah. Antara perkara yang sering
menakutkan seseorang untuk menjadi penderma darah adalah jarum yang digunakan terlalu
besar, prosedur yang terlalu lama dan pekerja yang kurang mesra. Tidak kurang juga dengan
tanggapan bahawa menderma darah akan mengakibatkan badan menjadi lebih kurus dan
mudah merasa penat , malah ada yang lebih teruk menyatakan bahawa menderma darah dapat
mendedahkan diri kita kepada infeksi virus yang berbahaya contohnya HIV/AIDS. ( Dr. Rani
Prem Kumar, Consultant, Blood Bank at Moolchand Medcity)

Sesiapapun sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ tisu
dan darah. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu
mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu. Semua orang boleh menjadi
penderma iaitu dalam lingkungan umur 18 hinggga 65 tahun untuk yang pernah menderma
dan berumur diantara 18 hingga 60 tahun untuk pertama kali menderma. Namun ada juga
golongan yang tidak layak menjadi penderma darah iaitu penderma yang telah menderma
darah dalam tempoh 3 bulan yang lepas, terlibat dalam kegiatan berisiko tinggi seperti
hubungan jenis sesama jantina(homoseksual), hubungan jenis dengan kedua-dua jantina
(biseksual), hubungan jenis pekerja seks komersial, bertukar tukat pasangan seks, mengambil
dadah secara suntikan dan pil, pesakit tekanan darah tinggi yang serius dan mereka yang
menghidap penyakit berjangkit atau kronik seperti HIV/Aids, hepatitis dan kanser (Dr. Kam
Wooi Seong, 2018).

Dengan menggunakan menggunakan Teori Tingkahlaku Terancang, satu kajian


keratan rentas terhadap golongan muda yang tidak menderma darah telah dijalankan oleh
Lemmens, Abraham, Ruiter, Veldhuizan, Dehig, Bos dan Schaalma (2009) dalam
menghasilkan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh 311 responden. Hasil kajian
mendapati tujuh peratus daripada jumlah responden mendaftar sebagai penderma darah tetapi
tidak pernah pergi menderma darah. Didapati, keyakinan diri, sikap dan budaya adalah faktor
utama yang mempengaruhi niat untuk menjadi penderma darah.

Disamping itu, proses dan perkidmatan pendermaan darah sentiasa mengamalkan


penggunaan jarum dan picagari baru untuk setip pendermaan dan setiap individu yang
berlainan. Jarum dan picagari yang picgari yang telah digunakan akan dibuang segera selepas
setiap pendermaan darah dan t dak boleh digunakan untuk pendermaan darah. Hal ini dapat
menyangkal pemikiran sesetengah individu yang menyatakan derma darah mempunyai
banyak komplikasi terutamanya penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan sebagainya.
Penyakit – penyakit ini dijangkiti melalui penggunaan jarum yang sama oleh berbagai
penderma darah. (Kiing Sie Cheong, 2017)

Pada peringkat tempatan, kajian mengenai aktiviti menderma darah sangat sedikit dan
terhad. Tinjauan melalui laman sesawang ataupun blog orang ramai yang pernah menderma
darah menyatakan faktor-faktor rakyat Malaysia menderma darah adalah seperti
keistimewaan menjadi seorang penderma darah (www.myhealth.gov.my), ingin membantu
orang lain (www.sobriyaacob.com), derma darah: suatu kesedaran yang perlu disemai
(abangpomen.blogspot.com), sihat jika menderma darah (budzindahouse.blogspot.com),
Kriteria kelayakan pendermaan darah(www.pdn.gov.my), ketagih menderma darah
(swardah.blogspot.com) dan ganjaran selepas penderma mati (maisarahatan.com). Pendek
kata, masih tidak terdapat satu pun kajian yang dilakukan secara sistematik bagi melihat
faktor-faktor yang mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menderma darah.

Sebenarnya semua agama sama ada Islam, Buddha, Hindu atau Kristian
membenarkan pendermaan darah. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah mengeluarkan
fatwa yang menetapkan hukum sunat dan digalakkan terutamanya kerana dapat memberi
bantuan kepada pesakit yang memerlukan dalam keadaan terdesak. Jadi tiada masalah untuk
orang Islam menderma atau menerima darah. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan bertaqwa” (surah al-Ma’idah:2). Oleh itu manusia antara satu
sama lain wajib memberi pertolongan dalam urusan yang membawa kepada kebaikan.
Pertolongan itu samada individu ataupun masyarakat, dalam sola kehidupan dunia mahupun
kehidupan akhirat kelak. (Syeikh al-Maraghi, 3/1474).

Allah akan memberikan ganjaran besar kepada orang yang mendermakan kerana
dianggap sebagai sedekah jariah untuk memberi peluang dan membantu menyelamatkan
nyawa orang lain. Penderma organ, darah, tisu dan sebagainya khusus mereka yang sudah
meninggal dunia akan mendapat pahala berterusan sekiranya menderma kepada seseorang
yang memerlukan atas sebab sistem badan mereka tidak berfungsi dan mempunyai penyakit
atau mempunyai masalah. Menderma organ, darah, tisu dan sebagainya tidak dianggap
mengkhianati Allah kerana ia bukan dilakukan dengan sengaja, sebaliknya untuk memberi
peluang dan membantu menyelamatkan nyawa orang lain (Yusuf, 2006).

Anda mungkin juga menyukai