Anda di halaman 1dari 19

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK

KONSEP, MATLAMAT DAN PRINSIP PERKHIDMATAN AZMI BIN ABDUL HAMID


JABATAN ILMU PENDIDIKAN

KONSEP ASAS BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

BIMBINGAN
Satu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan, kerjaya, inventori, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan. ~ McDaniel dan Shaftel, 1957 ~ Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. ~ Shertzer dan Stone, 1981 ~ Proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu individu melalui daya usahanya sendiri ~ D.W. Lefever ~

Sambungan

Bantuan yang diberikan kepada seseorang individu untuk menentukan matlamat-matlamat jangka pendek dan jangka panjang, merancang cara bertindak, memperbaiki sikap dan tingkah laku dari aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu ~ Alice Crow, 1964 ~ Proses memberi bantuan kepada murid untuk memperkembangkan potensi dirinya secara maksimum, membimbing ke arah pemahaman,pengetahuan dan kemahiran

KAUNSELING

Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. ~ Krumboltz, 1965 ~

Sambungan

Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling dan bidang lain yang berkaitan dengan sains tingkah laku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan berkenaan dengan pemilihan kerjaya, pertumbuhan kendiri, perkahwinan, keluarga, atau perkara interpersonal lain. ~ Persatuan Kaunseling Amerika, 1980 ~

Sambungan

Kaunseling merujuk kepada perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat person-to-person, walaupun kadang-kadang melibatkan lebih dari dua orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan mempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang bersifat emosional dan interpersonal. ~ Burks dan Stefflre, 1979 ~

Sambungan

Kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih. ~ Zainal Abidin, 2002 ~

PSIKOTERAPI

Sejenis rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar dalam bidang kejiwaan seperti psikiatri

MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Matlamat antara seorang klien dengan klien adalah berbeza. Ianya bergantung kepada perspektif yang dibincangkan. Kaunselor perlu bantu klien mencapai matlamatnya. Segalanya bergantung kepada pesetujuan antara klien dengan kaunselor. Kedua-duanya yang akan menentukan arah perbincangan yang akan dilakukan.

BIMBINGAN
Matlamat bimbingan adalah memberi nasihat, panduan, pengajaran dan pertolongan kepada pelajar yang memerlukan. Ia boleh dilakukan di dalam kumpulan, kelas, surau, dewan dan seumpamanya. Hubungan boleh sehala atau dua hala. Sesiapa sahaja boleh memberikan bimbingan seperti guru, imam, ibu bapa, rakan dan seumpamanya.

KAUNSELING
Mengatasi dan menangani kebuntuan fikiran dan perasaan klien seperti masalah pertumbuhan kendiri, peribadi, keluarga, kewangan, hubungan interpersonal dan lain-lain. Ia menggunakan pendekatan dan strategi kaunseling. Dilakukan oleh kaunselor yang mempunyai kemahiran, kelayakan dan bertauliah.

Secara Khusus Terdapat 5 Matlamat Kaunseling : 1. 2. 3. 4. 5. Memudahkan perubahan tingkah laku klien. Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan. ( Intepersonal communication ) Membantu keberkesanan klien mengurus diri ( coping ) Menggalakkan proses membuat keputusan. Membantu perkembangan dan pencapaian

PSIKOTERAPI
Pemulihan kekeliruan atau penyakit mental yang berat seperti skizofrenia, psikotik, neurosis, paranoid, psikoseksual dan seumpamanya. Klien menghadapi masalah perubahan pembentukan semula jiwa. Dirawat secara psikoterapi dan ubat-ubatan di bawah seliaan pakat psikiatri.

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Perkhidmatan adalah untuk semua pelajar Matlamat perkhidmatan ialah membina sikap Positif dan berdikari di kalangan pelajar Perkhidmatan bimbingan dan pelajaran perlu saling menyokong Kepimpinan personalia perlu mantap dan berkesan Perlu ada perkongsian tanggungjawab dengan personalia lain, namun tanggungjawab utama diletakkan di bahu kaunselor

Sambungan

Aktiviti bimbingan perlu berterusan Mengendalikan data pelajar secara saintifik dan profesional Kaunselor perlu melaksanakan perkhidmatan dengan cekap, profesional, beretika dan menunjukkan personaliti yang berketrampilan

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai