Anda di halaman 1dari 15

Teknik dan kaedah pengajaran

Definisi kaedah dan teknik pengajaran Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran

Oleh: Hamizah Bte Basrah Nurul Fadzleen Binte Rahmat Salina Che Harun

IEB080140 IEB080091 IEB080110

Definisi kaedah dan teknik pengajaran


Konsep kaedah Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif peljaran spesifik dalam jangka pendek. Mengikut Edward M. Anthony (1963) kaedah meruju kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga bermaksud: a) Turuq at-Talim = cara atau jalan yang digunakan dalam pengajaran b) Tasykil al-Maddah = bentuk atau jenis yang juga disebut sebagai cara yang munasabah dengan akal yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

c) Tariqah at-Talim wa Talum Tahassus at-Tolabah= teknik-teknik

pengajaran dan pembelajaran yang tertentu yang digunakan


kepada penuntut. d) Tariqah at-Tadris = cara-cara untuk menyampaikan kandungan isi pelajaran kepada pelajar. e) Suluk= jalan untuk menyampaikan kepada ilmu yang mencakupi ruh akal dan jasmani. f) ibrah= yang mengandungi peraturan dan teknik-teknik tertentu.

Konsep teknik Dibawah konteks pendidikan teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran Mengikut pendapat Edward M. Anthony (1963) teknik mengajar

merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang
digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Mengikut Azman Wan Chik (1987). Teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar akhlak dengan melihat dengan melihat dalam video maka ini dikatakan teknik.

Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila

kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai.


Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita berkenaan. Demikian juga, bagi prosedur-prosedur kaedah penyoalan,kaedah syarahan,kaedah kuliah dan sebagainya.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kaedah mengajar


pengajaran dan pembelajran lebih menarik dan berkesan. -Setiap kaedah dan teknik pengajaran ini ada kelebihan dan

pemilihan

-Pemilihan kaedah mengajar yang betul akan menjadikan proses

kelemahannya. Tidak ada satu kaedah yang terbaik. Beberapa faktor perlu diberi pertimbangan. Menurut pendapat Pierce dan Lorbere (1977), pemilihan kaedah pengajaran boleh ditentukan oleh lima faktor berikut:

1- Objektif pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan


apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif pengajaran ini guru perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut.

2- Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang sekiranya isi pelajaran itu membentuk kemahiran seperti

kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran


bahasa, teknik dan kaedah yang sesuai perlu dipilih oleh guru supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahirankemahiran tersebut.

3- Jangka masa pengajaran Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit sebulan atau 60 hingga 80 minit sekiranya pelajaran tersebut

diberikan masa berturutan. Dengan jangka masa yang


ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tersebut.

4- Latar belakang dan jumlah pelajar kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang

pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina,
dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan penggunaan teknik mengajar mengikut aras kemahiran objektif pelajaran.

Aras Kemahiran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Teknik mengajar Latihan tubi dan hafazan Syarahan Tunjuk cara (demonstrasi) Penyoalan Perbincangan Sumbangsaran

Jadual berkenaan perhubungan aras kemahiran objektif pengajaran dengan teknik mengajar

5- Iklim dan suasana sekolah Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah atau kaedah pengajaran. Di kawasan kawasan pedalaman di negara ini, masih terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik. Di sekolah-sekolah sebegini tentulah guru tidak dapat menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer, radio, dan projektor.

Kesimpulan????

Strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan kaedah dan teknik mengajar. Ia erujuk kepada satu rancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta menyusun kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum

RUJUKAN;
Prisip Dan Amalan Pengajaran,Abd. Ghafar Md. Din (utusan publication and distributor Sdn. bhd) Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran,Mok Soon

Sang (kumpulan Budiman Sdn. Bhd)


Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpesonal Guru,Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmini Md. Yusoff (PTS Professional Publishing Sdn. Bhd)

Anda mungkin juga menyukai