Anda di halaman 1dari 8

Implikasi KIA2M

Meningkatkan ilmu pengetahuan


Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca dengan mudah dapat memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Menentukan jenis aliran persekolahan


Pihak sekolah juga dapat mengesan muridmurid yang mempunyai masalah pembelajaran dan pihak sekolah dengan sokongan ibu bapa akan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Murid-murid yang dikesan mempunyai permasalahan pembelajaran seperti slow learner,down syndrom , disleksia dan sebagainya akan dinasihati untuk membuat pemeriksaan doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan aliran sekolah akan ditentukan.

Mencapai matlamat Dasar Pendidikan Rendah Negara


untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kemahiran berfikir, konsep asas sains dan rekreasi serta penerapan nilai-nilai murni (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2004).

Mencapai tahap literasi 100%


Kanak kanak di negara ini seharusnya telah menguasai kemahiran asas 3M pada peringkat sekolah rendah lagi. Dasar ini sekiranya dilaksanakan dengan jayanya akan menjadikan rakyat Malaysia mencapai tahap literasi hampir 100%,

Mengurangkan risiko murid tercicir


Peterson (2001) mendapati apabila seorang murid mengalami masalah literasi di peringkat rendah, keadaan kekurangan ini akan bertambah apabila beliau meningkat dalam persekolahannya. KIA2M mengurangkan risiko murid tercicir dari sistem persekolahan kerana tidak dapat dibantu untuk mengikuti isi mata pelajaran yang diperlukan untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi.

Kesimpulan
Sekiranya faktor penyumbang terhadap tahap literasi murid tidak dikenal pasti dan diatasi segera, ia akan memberi impak yang buruk terhadap negara dan menjejaskan hasrat melahirkan masyarakat berpengetahuan dan membangunkan modal insan yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai