Anda di halaman 1dari 16

EDU 3104 KAJIAN LAMPIRAN 5 -THE MASCOT Muhammad Syafiq Bin Daud Nurnadira Fatin Binti Abdul Aziz

z Nurliana Binti Mahdom

THE MASCOT
Seorang guru pelatih bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila Mrs Clem memperkenalkan Cathy kepada muridmuridnya. Dalam masa yang sama, Cathy hanya berdiri di hadapan kelas bagaikan Mascot kerana Mrs Clem berat hati untuk memberi peluang kepada Cathy untuk mengajar. Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan Science Kit sebagai bahan bantu mengajar. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawa Science Kit tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa Science Kit itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Pn. Clem tidak membenarkannya. Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati Science Kit yang diinginkan tiada di tempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Pn. Clem.

Cathy meminta Tai mengikutnya mengambil Science Kit tersebut tetapi Mrs Clem mahu Jabar yang mengambilnya. Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun, Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan tindakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas dengan bersahaja.

Mrs Clem berkata tindakan itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid. Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy.
Cathy mengambil keputusan untuk berjumpa Jabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya. Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

ANALISIS KAJIAN KES


Apakah konsep/model/teori yang saya perlu tahu untuk memahami dengan mendalam kes yang dikaji? Apakah strategi-strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dikaji?

KONSEP / MODEL / TEORI

STRATEGI PENYELESAIAN

1) MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER


Peneguhan positif rangsangan diberikan Peneguhan negatif rangsangan dikeluarkan

Analisis sebab akibat tingkah laku

Peneguhan dan ganjaran lebih memenuhi keperluan motivasi ekstrinsik

Model lebih tertumpu kepada pembetulan tingkah laku

LANGKAH MENGATASI
Guru perlu analisis latar belakang setiap murid dan tahu sebab akibat tingkah laku mereka. Beri peneguhan positif atau peneguhan negatif bagi meningkatkan tingkah laku yang diingini. Beri peneguhan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Guru boleh membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian

khusus.

2) MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER


Peneguhan tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat tingkah laku yang ditunjukkan

Guru berhak mengajar tanpa gangguan

Murid berhak mendapat suasana pembelajaran yang tenang dan teratur

Memberi penekanan terhadap penetapan dan penguatkuasaan peraturan

Pihak pentadbiran sekolah dan ibu bapa perlu memberi sokongan terhadap sistem pengurusan bilik darjah

LANGKAH MENGATASI
Guru perlu menetapkan peraturan dalam bilik darjah dan memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut. Guru berhak memberikan ganjaran atau dendaan. Keperluan guru dan murid perlu dipenuhi bagi mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang kondusif.


Guna pendekatan yang sesuai dengan murid-murid. Berusaha untuk menjadi guru yang asertif, konsisten dan adil terhadap murid-murid.

3) MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Menekankan bahawa guru perlu mengenal pasti punca salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan bilik darjah. Murid perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan bilik darjah. Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah agar amalan demokrasi diaplikasikan. boleh

MOTIF TINGKAH LAKU BERMASALAH


Mendapatkan perhatian Mencabar kuasa guru Membalas dendam

Menunjukkan kekurangan

Keadaan fizikal bilik darjah kurang selesa

Pengaruh rakan sebaya

LANGKAH MENGATASI
Mengenal pasti motif permasalahan tingkah laku murid. Beri kesedaran bahawa motif tersebut salah bantu murid mengubah tingkah laku mereka. Bantu murid untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak sama ada rakan, guru mahupun keluarga. Galak dan bimbing murid untuk bertanggungjawab atas matlamat yang baru dipilih. Bantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Beri galakan dan dorongan kepada murid untuk terus melakukan tingkah laku yang positif.

4) MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN


Fokus terhadap pengurusan bilik darjah dan P&P Menekankan pengawasan dan penyeliaan yang teliti Kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa

Momentum pengajaran yang baik dan lancar

Mementingkan hubungan antara pengurusan bilik darjah dengan tingkah laku murid

LANGKAH MENGATASI
Guru harus peka dan bijak mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah. Ketika memberi teguran, guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan.

Elakkan daripada memberi teguran secara umum.


Memastikan kelancaran pelaksanaan setiap aktiviti P&P. Memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan

dengan aktiviti bilik darjah.

5) MODEL TERAPI REALITI WILLIAM GLASSER


Asas utama model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu adalah berasaskan 4 pilihan keperluan asas, iaitu : Kasih sayang

Mempunyai kuasa dan kawalan


Kebebasan Keseronokan

LANGKAH MENGATASI
Mempelbagaikan aktiviti P&P agar lebih menarik dan berkesan. Membantu murid mengenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan.

Guru sebagai pembimbing dan kaunselor murid.


Jalin hubungan baik antara guru dan murid.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai