Anda di halaman 1dari 8

Keutuhan Wacana

Hubungan dari Aspek


Leksikal
Hubungan ini dilihat
berdasarkan wujudnya
pertalian antara perkataan
atau kosa kata dalam
sesuatu wacana.

Hubungan ini dapat diperincikan


sebagai hubungan berdasarkan
aspek:
Antonim
Sinonim
Hiponim
Pengulangan kata sama
Kolokasi
Unsur bersambut

1.Antonim
Perkataan yang berlawanan maksud .
Contoh :
Wajah yang cantik dan hodoh bukan
ukurannya tetapi yang paling penting
ialah hati budinya.
Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.

2.Sinonim
Perkataan yang mempunyai
maksud yang sama .
Contoh:
Sindrom bahasa rojak kini
menular dalam masyarakat kita.
Gejala ini sungguh
membimbangkan para pencinta
dan pejuang bahasa Melayu.

3. Hiponim
Makna sesuatu perkataan merupakan
sebahagian daripada makna perkataan
lain .
Contoh :
Dia menjaga motorsikalnya dengan baik
kerana itulah sahaja kenderaan yang
dimilkinya.
Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di
dalam kolam itu. Antaranya termasuklah
keli, haruan, tilapia dan puyu.

4. Pengulangan kata yang sama


Contoh :
Aminah memang mudah menangis .
Disebabkan perkara kecil pun dia
menangis . Semasa gembira pun dia
menangis .
Semalam dia menelaah pelajaran. Hari
ini dia menelaah lagi. Tampaknya dia
memang seorang yang rajin menelaah.

5. Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masingmasing merupakan perkataan tersendiri , tetapi
kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain .
Contoh:
Pencemaran sungai semakin berleluasa. Hal
ini telah menyebabkan hidupan akuatik
semakin pupus dan hilang tempat tinggal.
Kawasan hutan digondolkan untuk
pembangunan. Kini gajah dan harimau
kehilangan habitat semula jadi.

6. Unsur Bersambut
Contoh:
. Guru mengemukakan soalan.
Pelajar memberikan jawapan.
. Pihak kerajaan mengemukakan
hujah manakala pihak
pembangkang membidas hujah
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai