Anda di halaman 1dari 4

Tema & Persoalan

-Tulisan di Pintu-

Tema
Sikap manusia yang memandang tinggi kepada pangkat dan nama
- Saadiah yang merupakan seorang pegawai kerajaan segera terlupa
- akan tanggungjawabnya sebagai mata-mata gelap setelah dia ternampak
tulisan di pintu yang ingin dimasukinya tertulis Datuk Menteri Besar.
(m/s19, p2)
- Walaupun rupa paras Wan Salleh seperti orang yang dikehendaki
polis,Saadiah tetap memandang tinggi pada Wan Salleh kerana pangkat
yang tertulis di pintu bilik itu. (m/s 19, p3)
- Kelakuan Saadiah menunjukkan dia sangat ingin berkahwin dengan Wan
Salleh yang dipercayainya seorang menteri walaupun hakikatnya Wan
Salleh hanyalah seorang jurumudi tongkang.Hal ini kerana angan-angan
Saadiah ingin berkahwin dengan orang yang kaya. (m/s20, p2)
- Saadiah sanggup menggadai maruahnya hanya kerana dia percaya Wan
Salleh itu seorang menteri. (m/s 21, p7)
- Beg kulit Wan Salleh tidak diperiksa oleh pegawai kastam akan tetapi dia
dihormatkan dan dibenarkan keluar.(m/s 19-20,p5)

Persoalan
1) Keruntuhan institusi rumah tangga
- Wan Salleh telah menceraikan isterinya dengan talak tiga tanpa
berfikir panjang. (m/s18, p1)
2) Maruah seorang wanita
-) Saadiah telah mengajak Wan Salleh tidur bersamanya. Ini
menunjukan rendahnya maruahnya sebagai seorang wanita.
(m/s 21, p7)
3) Terlupa akan tanggungjawab
- Saadiah terlupa akan tanggungjawabnya sebagai mata-mata
gelap apabila dia menyangka akan berjumpa dengan seorang
menteri yang kaya.

4) Sikap cemburu buta seseorang


- Wan Salleh cemburu dengan bekas isterinya apabila ramai
pemuda yang melamar jandanya. (m/s18, p2)
5) Tidak berfikir sebelum bertindak
- Wan Salleh tidak berfikir panjang dan telah memukul Ismail
dengan semambu hingga lebam-lebam belakangnya dan
melecet kulit kepalanya. (m/s18, p3)
6) Sikap mabuk kepayang individu
- Walaupun Wan Salleh digari oleh Saadiah,dia berasa seronok
kerana tangannya bersentuhan dengan tangan Saadiah.
(m/s 22,p1)
7) Cinta akan seni dan budaya
- Wan Salleh teringat akan pantun orang-orang muda (m/s 21,p9)

Anda mungkin juga menyukai