Anda di halaman 1dari 19

Suasana

(1965)
usman
awang

Seorang perempuan bersamfu hijau

Dari kejauhan suara-suara muda yang riang

dari tingkap dapur rumahnya berteriak

pekikan dan tertawa di antara letupan

dan bertanya sambil membungkus Nien

mercun

Kau

dan kedua ibu saling memandang dan

lalu tertawa mengangkat tudung periuk

tersenyum

wap panas menjulang harum kanji nasi

tanpa seruan pura-pura dari pentas-pentas

Dan dari rumah sebelah terdengar

politik

suara lunak

hati mereka bersalaman dan saling

perempuan berbaju kurung menjawab

berpelukan

senyum

atas kesederhanaan rasa dan nasib yang

sedang jari-jarinya lincah mengisi

sama.

ketupat
dan sesekali menyudip serunding di

Esoknya kuih pau dan ketupat bertukar

kuali

pinggan

Maksud puisi

Rangkap 1

Seorang perempuan berbangsa Cina yang memakai


pakaian tradisionalnya sedang membuat persiapan bagi
menyambut perayaan Tahun Baru Cina manakala
jirannya, seorang perempuan Melayu yang berbaju
kurung sedang melakukan persiapan bagi menyambut
Hari Raya. Mereka saling menyapa sambil menyediakan
makanan tradisional seperti Nien Kau,
kanji nasi ketupat dan serunding.

Rangkap 2
Anak-anak muda pula riang bermain mercun bagi
meraikan hari perayaan sambil diperhatikan keduadua ibu mereka sambil tersenyum bahagia.
Hubungan yang harmoni terjalin antara mereka
penuh tulus ikhlas tanpa perlu seruan perpaduan
oleh ahli politik. Mereka bersalaman dan saling
berpelukan atas kesederhanaan rasa yang sama.

Rangkap 3
Pengarang menceritakan suasana dimana dua kaum
bertukar makanan iaitu kuih pau dan ketupat pada
keesokan harinya. Kedua-duanya turut mengucapkan
Kong Hee Fat Choy dan Selamat Hari Raya dengan
penuh mesra.

Jenis sajak
Oda / ode:
Sajak yang berupa nyanyian, pujian,
sanjungan atau pemujaan terhadap
manusia, alam, peristiwa, tempat dan
lain-lain dengan semangat yang meluapluap

struktur
dalaman

tema
Hubungan muhibah dan persaudaraan yang
terjalin sesama kaum di Malaysia melalui
perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru
Cina. (Rangkap 3)

Persoalan
Persaudaraan dan kasih sayang tanpa batas dapat
diperoleh melalui persefahaman yang diwujudkan.
(Rangkap 2, baris 4-6)
Budi bahasa dan santun yang baik dalam menjalinkan
hubungan sosial. (R1, baris 7)(R2, baris 3)(R3, baris 3)
Perbezaan warna kulit, bahasa dan agama yang tidak
menjadi penghalang untuk mengenali antara satu
sama lain.
Adat resam dan warisan kebudayaan kaum yang
diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia. (Rangkap
1)

Amanat
Setiap kaum di Malaysia mestilah peka akan
perpaduan kaum dan saling menjalinkan persaudaraan
misalnya melalui perayaan seperti Hari Raya dan
Tahun Baru Cina supaya keharmonian dapat dicapai.
Ahli masyarakat hendaklah sentiasa berbudi bahasa
dan bersopan santun supaya suasana harmoni mampu
diwujudkan.

Sikap & perasaan


Prihatin akan hubungan antara pelbagai kaum di
Malaysia.
Rasa bertanggungjawab menyampaikan pesanan
murni sebagai salah seorang komuniti masyarakat.
Gembira dengan perpaduan rakyat Malaysia pada
ketika itu dan berharap agar suasana ini dapat
dikekalkan.

Struktur
luaran

diksi
Kata seerti:
berteriak = menjerit = melaung (R1, baris 2)
riang = gembira = ceria
(R2, baris 1)
Ketepatan dan kesesuaian:
Esoknya (jangka masa yang tepat)
Hijau (warna yang tepat)

Unsur bunyi
Asonansi (pengulangan vokal)
Atas kesederhanaan rasa dan nasib yang sama (vokal
a)(R2,B6)
Aliterasi (pengulangan konsonan)
Lalu tertawa mengangkat tutup periuk (konsonan t)(R1,
B4)

Skema rima (persamaan bunyi):


Rangkap 1 & 2
Rima bebas (tidak mempunyai pola yang tertentu)
Rangkap 3
Rima berpasang (pola rima yang sama pada dua-dua baris
sajak)
Esoknya kuih pau dan ketupat bertukar pinggan
mereka saling menerima dan memberikan kepunyaan
dan dari kedua telaga hati berkocak mesra
mengucapkan Kong Hee dan Selamat Hari Raya

Gaya bahasa
Metafora
Telaga hati (R3, B3)
Personifikasi
Wap panas menjulang harum kanji nasi (R1, B5)
Hati mereka bersalaman dan saling berpelukan (R2, B7)
Simbolik
Kuih pau & ketupat tradisi (R3, B1)

Teknik/bentuk
Rangkap 1
10 untai serangkap
Rangkap 2
Sextet (6 untai serangkap)
Rangkap 3
Quatrain (4 untai serangkap)

Nada romantis
Menggambarkan suasana hati yang tenang
Pemilihan kata-kata membawakan kesan kelembutan
serta kemerduan
Mengenai kasih sayang, harapan dan impian bahagia

HABIS

Anda mungkin juga menyukai