Anda di halaman 1dari 53

Fiqh Munakahat

Topik-topik pengajian

Bab Munakahat:
Pernikahan dalam Islam
Poligami dalam Islam
Nusyuz
Fasakh, talak, khuluk dan rujuk
Iddah
Nafkah dan penjagaan anak
Ila, zihar dan lian

Pengertian nikah

Dari segi bahasa: Bersatu dan


berkumpul
Dari segi syarak: Satu akad yang
menghalalkan penyatuan dan
perkongsian hidup lelaki dan wanita
Dalil pensyariatan pernikahan ialah
Surah An-Nisa : 3, Surah An-Nur:32,
Surah Ar-Rum:21

Hikmah-hikmah pernikahan

Menyahut seruan fitrah manusia


Melahirkan keturunan yang sholeh
Mewujudkan ketenangan jiwa
Memelihara akhlak dari keruntuhan
Memelihara kewujudan manusia
Meluaskan ikatan persaudaraan

Hukum pernikahan

Sunat Bagi yang mampu secara zahir dan batin


dan ada keinginan
Makruh Bagi yang tidak mampu secara zahir
dan batin tapi ada keinginan
Wajib Bagi yang mampu secara zahir dan batin
dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina
Haram Bagi yang tidak mampu secara zahir dan
batin tapi bertujuan menzalimi isterinya
Harus Bagi yang mampu tapi tiada keinginan

Persediaan sebelum nikah

Memilih jodoh yang terbaik


Hadith Nabi s.a.w.:Dinikahi wanita
kerana empat perkara: hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan
agamanya. Utamakan yang kuat
beragama, pasti kamu selamat.

Ciri-ciri bakal isteri yang baik

Kuat pegangan agama


Memiliki sifat kasih sayang dan
lemah lembut
Subur iaitu dapat melahirkan anak
Berasal keturunan yang mulia
Berilmu pengetahuan
Digalakkan yang masih perawan

Ciri-ciri suami idaman

Kuat pegangan agama


Berakhlak mulia
Mempunyai harta
Berilmu pengetahuan
Berketurunan mulia
Sihat jasmani

Tujuan pemilihan calon


pasangan

Supaya rumahtangga yang bakal


dibina menjadi harmoni
Supaya lahir perasaan kasihmengasihi dan reda-meredai
Supaya melahirkan zuriat yang mulia
dan berguna

Peminangan dan pertunangan

Peminangan adalah suatu proses


untuk menyatakan keinginan
daripada seorang lelaki kepada
seorang wanita untuk dinikahi
Pertunangan adalah ikat janji tempoh
pengenalan dan persiapan untuk
berumahtangga

Jenis-jenis pinangan

Pinangan terus terang


Contoh berkata: Saya ingin
mengambil anak awak sebagai isteri
saya. Ini dibenarkan untuk
meminang anak dara, wanita yang
tidak berada dalam iddah dan bukan
mahram

Jenis-jenis pinangan

Pinangan sindiran/kiasan
Contoh berkata: Anak awak cantik
dan ramai orang sukakannya.
Pinangan ini dibenarkan untuk wanita
yang dalam iddah kematian
suaminya atau iddah talak bain(talak
tiga atau fasakh)

Pinangan yang diharamkan

Kepada wanita yang bersuami


Kepada wanita yang mahram
Kepada wanita yang dalam iddah
talak raji
Kepada wanita yang sudah dipinangi
dan diterima pinangan

Minta pandangan orang tentang


pasangan

Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan


dan keburukan pasangan itu.
Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais
yang meminta pandangan Nabi saw
mengenai dua lelaki yang meminangnya.
Nabi saw menceritakan keburukan mereka
dan menyuruhnya bernikah dengan
Usamah bin Zaid

Maskahwin

Harta yang wajib diberikan oleh


suami kepada isterinya setelah akad
nikah
Tujuannya ialah menunjukkan
kemampuan dan kesungguhan suami
memelihara keluarganya
Hukumnya wajib sebaik sahaja
selesai akad nikah

Maskahwin

Dalilnya dalam Surah An-Nisa:4


Menyebutkan kadar maskahwin
ketika akad nikah adalah sunat
Maskahwin adalah milik mutlak
seorang isteri tetapi wali akan
menerimanya bagi pihak isteri
Tiada had minima dan maksima
maskahwin.Ia bergantung kepada
kemampuan suami.

Maskahwin

Maskahwin boleh disegerakan atau


ditangguhkan menurut persetujuan kedua
pihak
Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya
jika suami telah menyetubuhi isterinya
atau salah seorang sama ada suami atau
isteri meninggal dunia sebelum atau
sesudah persetubuhan

Maskahwin

Maskahwin wajib diberikan separuh


jumlahnya jika suami menceraikan
isterinya selepas akad nikah sebelum dia
menyetubuhi isterinya.
Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri
berpisah dengan suaminya sebelum
berlaku persetubuhan dan ianya berlaku
disebabkan isteri seperti murtad atau
kecacatan.

Syarat-syarat maskahwin

Mestilah benda yang suci


Memberi faedah seperti mengajar
ilmu agama atau Al-Quran
Diketahui sifat dan jumlahnya
Ia adalah milik suami

Hantaran

Barang yang daripada maskahwin,


persalinan, buah-buahan dan makanan.
Ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita
dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11
dulang.
Tiada kadar tertentu.Hukumnya harus
Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau
membazir.

Hikmah hantaran

Mengeratkan hubungan
kekeluargaan
Memuliakan pengantin lelaki dan
perempuan
Saling bertukar hadiah antara kedua
belah pihak

Wanita yang haram dinikahi

Pengharaman ini kerana beberapa


sebab seperti penghormatan, fitrah
semulajadi manusia dan membina
hubungan kekeluargaan.
Wanita seumpama ini digelar
mahram.
Mereka terbahagi kepad dua
golongan:

Pembahagian mahram

Mahram muabbad iaitu mereka yang


haram dinikahi selamanya
Mahram muaqqat iaitu mereka yang
haram dinikahi untuk sementara
waktu sahaja
Sebab-sebab pengharaman
selamanya:
Hubungan keturunan

Mahram muabbad

Ibu, nenek moyang ke atas sebelah


bapa atau ibu
Anak perempuan, cucu cicit ke
bawah
Adik-beradik kandung atau sebapa
atau seibu
Anak saudara kandung atau sebapa
atau seibu

Mahram muabbad

Emak saudara kandung atau sebapa


atau seibu (sebelah bapa)
Emak saudara kandung atau sebapa
atau seibu(sebelah ibu)
Pengharaman kerana susuan
Golongan wanita ini adalah sama
seperti mahram keturunan

Mahram muabbad

Pengharaman dengan susuan


disebabkan pernikahan, contoh:
Ibu mertua susuan
Anak tiri susuan
Isteri bapa susuan
Isteri menantu susuan

Mahram muabbad

Pengharaman kerana pernikahan


Isteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri)
Isteri anak,cucu ke bawah (menantu)
Ibu mertua
Anak tiri

Mahram muaqqat

Wanita yang diharamkan dinikahi untuk


sementara waktu kerana ada halangan
Adik-beradik isteri (ipar)
Emak saudara dan anak saudara isteri
Isteri yang kelima
Wanita kafir penyembah berhala
Isteri orang lain
Isteri dalam iddah
Isteri talak tiga

Rukun-rukun nikah

Ijab dan kabul


Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita
kepada pengantin lelaki
Kabul ialah balasan pengantin lelaki
kepada ucapan wali pengantin wanita
Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan
pasangan pengantin terhadap pernikahan
itu

Syarat-syarat ijab kabul

Menggunakan lafaz nikah atau


kahwin
Ijab kabul bersambung ucapannya
Wali dan pengantin lelaki waras
sehingga selesai akad nikah
Tidak bersyarat
Tidak bertempoh

Rukun kedua nikah

Pengantin wanita, syarat-syaratnya:


Beragama Islam atau ahli Kitab
Bukan mahram,dalam iddah,isteri
orang lain atau sudah dipinang
Ditentukan siapakah orangnya
Bukan dalam ihram haji atau umrah

Rukun ketiga nikah

Pengantin lelaki, syarat-syaratnya:


Beragama Islam
Bukan mahram
Ditentukan siapakah orangnya
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak mempunyai empat orang isteri

Rukun keempat nikah

Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir


dengan pengantin wanita
Wali terbahagi kepada dua golongan; wali
mujbir dan wali bukan mujbir
Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah
bapa kepada seorang gadis
Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain
bapa dan datuk sebelah bapa

Hikmah adanya wali

Menjaga keselamatan dan


kehormatan wanita dari
dipermainkan
Menonjolkan sifat prihatin dan
tanggungjawab ahli keluarga wanita
Memelihara sifat malu wanita

Keistimewaan wali mujbir

Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak


gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya
kerana sifat kasihsayang yang mendalam
Ada tiga syarat wali mujbir:
Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita
itu
Pernikahan hendaklah sekufu
Bakal suami mampu segera bayar maskahwin

Hukum nikah tanpa wali

Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib


dipisahkan.
Jika berlaku persetubuhan, wanita itu
berhak mendapat mahar misil
Pasangan akan dikenakan hukuman
tazir sama ada penjara, denda atau
sebat

Susunan wali-wali nikah

Bapa
Bapa kepada bapa (datuk)
Adik-beradik lelaki kandung
Adik-beradik lelaki sebapa
Anak saudara lelaki kandung
Anak saudara lelaki sebapa

Susunan wali-wali nikah

Bapa saudara kandung sebelah bapa


Bapa saudara sebapa sebelah bapa
Sepupu lelaki kandung
Sepupu lelaki sebapa

Syarat-syarat wali

Islam
Adil iaitu tidak buat dosa besar atau
berterusan buat dosa kecil
Baligh
Berakal
Bukan dalam keadaan ihram haji
atau umrah

Hukum wali enggan kahwinkan


wanita

Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang


setaraf dengannya dengan mahar misil,
wali mesti mengahwinkannya. Jika tidak,
wanita berhak mengadu kepada hakim
yang akan menikahkannya.
Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya
bukan misil atau wali ada pilihan setaraf,
maka berhak wali menghalanginya dan
hakim tidak boleh masuk campur.

Hukum jika wali dekat tiada

Jika wali terdekat dengan wanita berada di


tempat yang jaraknya dua marhalah atau
lebih, maka hak wali berpindah kepada
wali hakim.
Jika wali terdekat berada kurang dua
marhalah, maka tiada siap boleh
mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya
atau perwakilannya.

Dua wali yang sama taraf

Contohnya dua adik beradik


kandung, dua anak saudara
kandung,dua pakcik
Dalam hal ini,disunatkan jadi wali:
Orang yang paling faham hal
pernikahan
Orang yang lebih warak
Orang yang lebih tua

Tiada wali langsung

Dalam hal ini, wanita itu akan


dinikahkan oleh wali hakim atau
seorang muslim di tempat itu.

Rukun kelima nikah

Dua orang saksi,syarat-syaratnya:


Islam
Lelaki
Berakal dan baligh
Adil
Mendengar dan melihat

Hak dan tanggungjawab

Hak bagi suami isteri bersetubuh


dalam keadaan yang dibenarkan
Isteri wajib mentaati dan melayan
suami dengan baik
Suami wajib menyerahkan
maskahwin
Suami wajib memberi nafkah

Hak dan tanggungjawab

Suami wajib berlaku adil jika poligami


Anak yang lahir dinasabkan kepada
bapanya
Mewarisi harta pusaka pasangan

Sunat-sunat akad nikah

Khutbah nikah sebelum akad nikah


dimulakan
Mendoakan kebaikan untuk
pengantin
Menghebahkan pernikahan dan
memukul gendang
Membaca doa ketika ingin bersatu

Sunat akad nikah

Mengadakan walimah (kenduri


kahwin)
Hukumnya adalah sunat muakkad
Kadarnya menurut kemampuan
Hikmahnya ialah untuk merapatkan
persaudaraan dan mengelakkan
fitnah
Hukum menghadiri majlis walimah
adalah wajib

Poligami

Hukum asal adalah harus.


Hukumnya menjadi sunat jika isteri
pertama sakit atau mandul dan suami
mampu berlaku adil.
Hukumnya makruh jika sekadar
berseronok dan suami meragui
kemampuannya berlaku adil
Hukumnya haram jika suami yakin tidak
mampu berlaku adil

Maksud keadilan

Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang


berpoligami adalah dari segi nafkah zahir
seperti makan minum, tempat tinggal,
giliran tidur dan pergaulan yang baik
( Surah An-Nisa : 3 )
Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari
segi perasaan kasih sayang selagi ianya
tidak membawa kepada tindakan zalim
( Surah An-Nisa : 129 )

Hikmah poligami

Menjaga kesucian lelaki yang mampu


Mengelakkan wanita dari menjadi andartu atau
wanita simpanan
Terdapat keadaan di mana poligami membawa
faedah yang besar seperti keadaan di mana ada
keinginan yang tinggi sedangkan isterinya sakit
tidak mampu melayan suaminya dan keadaan di
mana bilangan lelaki berkurangan dibandingkan
dengan wanita disebabkan peperangan atau
musibah

Peringatan

Penyalahgunaan orang-orang yang zalim


terhadap konsep poligami tidak menafikan
hikmah diharuskan poligami. Islam tidak
bertanggungjawab atas tindakan
mereka.Poligami disyariatkan untuk
menyahut keperluan, melindungi
masyarakat dan menghapuskan maksiat.

Perbincangan minggu depan

Apa erti nikah mutah?


Apa hukumnya dan mengapa ianya
berubah-ubah?
Golongan mana yang mengharuskan
nikah ini?
Keburukan nikah mutah.

Anda mungkin juga menyukai