Anda di halaman 1dari 46

Menjejaki Malam LailatulQadar

Disediakan oleh Tuan Haji Muhamad Tuah Atan

Mengapakah kita perlu mendapat malam LailatulQadar?

Umor Umat Nabi Muhamad

pendek.

Peluang keemasan tiada diberikan kepada umat yang lain Menunjukkan kerahmatan dan kesayangan Allah S.W.T Terkecuali daripada tergolong yang dilaknat

Tiga Golongan akan dilaknat (Ahli Neraka)


Tahu kelebihan Ramadhan tetapi membiarkannya sahaja berlalu Mendengar Nama Nabi Muhamad tetapi tiada ia berselawat Ada kedua ibu bapa ,tetapi tidak berbakti (Berbuat Baik) dengannya.

Dari Anas bin Malik R.A

Dalil ujudnya Malam Lailatulqadar

Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada Malam Al Qadar

Tahukah engkau,apakah malam Al-Qadr itu?

Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan .

Telah turun para malaikat dan roh (Malaikat Jibril) pada malam itu dengan izin tuhan mereka untuk mengatur setiap urusan.


Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar

Kenapa dinamakan Malam AlQadr?


Pendapat Pertama Disebabkan malam tersebut adalah malam Penentuan iaitu ditentukan semua urusan ,ketentuan rezeki dan ketentuan waktu mati dan apa jua perkara yang kan berlaku di sepanjang tahun berkenaan sehinggalah sampai malam Al-Qadr akan datang.

Pendapat Kedua Ia dinamakan kerana pada malam itu ditetapkan segala urusan dan hukum-hukum atau segala ketentuan secara keseluruhannya untuk tahun tersebut hingga tahun akan datang.Kemudian semua urusan itu akan dikendalikan oleh Malaikat-malaikat tertentu. Daftar rahmat ,kasih sayang dan siksa diserahkan kepada Malaikat Jibril, Daftar tumbuh-tumbuhan dan rezeki diserahkan kepada Malaikat Mikail , Daftar hujan dan angin diserahkan kepada Malaikat Israfil, Daftar umor dan tempoh ajal diserahkan kepada Malaikat Izrael.

Pendapat Ketiga Digunakan perkataan Al-Qadr bermaksud

sempit
kerana ramainya para malaikat yang turun ke bumi untuk memberi rahmat kepada orangorang yang berusaha untuk mendapatnya.Para malaikat turun tadi memberi salam dan menjabat tangan orang-orang beriman (tandanya gementar badannya ,lunak hatinya dan mencucur kedua matanya)serta mengemukakan alasan (Minta Maaf) terhadap apa-apa kesalahan masa yang lalu.Seterusnya malaikat tersebut akan turut sama berdoa ,memohon keampunan terhadap orang-orang yang beriman.

DOSA YG TAK DIAMPUNKAN


1) 2) 3) 4) 5)

Syirik pada Allah Minum arak dan makan yang haram Menderhaka kpd kedua Ibu Bapa Memutuskan SilaturRahmi Tidak bertegur sapa lebih 3 hari

Bilakah berlakunya Malam Lailatul Qadr?


Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Carilah malam lailatul-Qadr pada bilangan ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan ramadhan

(Hadis riwayat Bukhari,Muslim At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Tanda-tanda malam Qadr


Suasana alam pada malam itu tenang,damai dan tenteram Tidak panas dan tidak terlalu dingin Cahaya matahari keesokkanya tidak terik

Jangkaan malam Al-Qadr Mengikut pendapat Imam Nawawi


Mula Puasa Jumaat Sabtu Ahad Malam LailatulQadr 29 21 27

Isnin
Selasa Rabu Khamis`

29
25 27 21

Amalan di malam Qadr

Beritikaf di dalam Masjid Qiamulail Membaca Al-Quran Berzikir Berdoa Bersedekah

Itikaf
Bermaksud Berhenti di dalam Masjid Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besardan dari sebarang najis Ianya hanya sah dilakukan di dalam masjid saja.Kaum wanita boleh beritikaf di dalam rumah ,ditempat yang dikhaskan.Jika sudah bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.

Mereka yang sedang Itikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keprluan yang pokok sahaja seperti makan minum ,membuang air dan seumpamanya .keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.

Niat Itikaf

Sahaja aku beritikaf di dalam masjid ini kerana Allah Taala.

Adab Menuju Ke masjid


1.

2.

3.

Mula melangkah keluar dengan kaki kanan Berjalan dengan tenang ,jangan tergesagesa Doa Nabi ketika dalam perjalanan ke Masjid

Doa Ketika Menuju Ke Masjid


Ertinya

Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahayadan dilidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan pada penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di atasku cahaya dan di bawahku cahaya .Ya Allah berilah aku cahaya.

Adab masuk Ke Dalam masjid


1.

Menanggalkan kasut dan masuk mendahului kaki kanan dan berdoa

Wahai Tuhan ,ampunilah dosaku dan bukanlah pintu kurnia Engkau untukku. 2. Ucapkanlah salam kepada orang yang telah hadir .Jika tiada orang ucapkanlah


3. Mengerjakan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid (Menghormati Masjid)

1.

2.

3. 4. 5.

6. 7.

Duduk menghadapi kiblat Adab Dalam Pohonlah supaya Allah Masjid membuka RahmatNya ke atas kita Sentiasa menyebut nama Allah Hadirkan Allah ke dalam hati Hentikan percakapan tentang hal-hal keduniaan Jauhilah dari menghina Islam Elakkan dari bertukang yang bukan untuk faedah masjid ,mencari sesuatu yang hilang dan berjual beli di dalam Masjid

Adab keluar masjid


1.

2.

3. 4.

5.

Timbulkanlah rasa dukacita hendak meninggalkan rumah Allah. Pohonlah keampunan dan pimpinan Allah agar selamat di luar Berniat akan datang kembali Utamakan melangkah keluar dengan mendahului kaki kiri sambil berdoa Berilah salam kepada orang yang tinggal

Doa Keluar masjid

Ertinya

Aku berlindung dengan nama Allah yang maha agung dan dengan zatNya dan kekuasaaNya yang Qadim daripada syaitan yang direjam.

Kelebihan Beritikaf

Barangsiapa beritikaf kadar masa barang yang antara perahan susu unta ,maka seolah-olah seperti ia memerdekakan seorang hamba.

Qiamulail
Bermula dari 1/3 malam jam 3 pagi Dimulakan dengan solat-solat sunat antaranya:1. Solat selepas wuduk 2. Solat Taubat 3. Solat Tahajut 4. Solat Tasbih 5. Solat Hajat 6. Solat witir Dan sekurang-kurangnya berjemaah solat Isyak dan solat Subuh

Doa dan zikir di malam Al-Qadr


Ya Allah ya Tuhanku Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun ,Maha Pemurah suka kepada orang yang memohon keampunan ,maka ampunilah kami.

Kelebihan Bersedekah di malam Lailatul Qadr

Daripada Jabir R.A.katanya :sabda Rasulullah S.A.W : Apabila berakhir dariapada bula Ramadhan ,menangis 7 petala langit dan 7 petala bumi dan segala malaikat kerana lalu Ramadhan dan luput kelebihannya sebab musibah bagi umatku,duduk segala malaikat bagi musibah itu.Sembah orang :Ya Rasulullah dan apa musibah itu ?

Sabdanya : Kerana segala doa padanya mustajab dan sedekahnya maqbul dan segala kebajikannya berganda-ganda terlebih daripada bulan yang lain dan seksa kuburnya terangkat.Maka apa musibah yang terlebih besar ini bagi umatku?

Anda mungkin juga menyukai