Anda di halaman 1dari 14

SELAMAT DATANG DI

BIODATA PERIBADIKU
NoR FaTaHiYah
bTe AbDuLLaH

Assalamualaikum

Biodata Diri

Nama: Nor Fatahiyah Bte Abdullah


Tarikh Lahir : 5 Januari 1996
Umur : 20 Tahun
Tempat Tinggal : Kampung Besah Mukim
Tawar 09310 Kuala Ketil, Kedah
Tempat Belajar : Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjong Malim Perak
Matlamat : Mencapai Kejayaan Dunia dan Akhirat

Deskripsi Diri

LATAR BELAKANG

Ayah bekerja sebagai penoreh getah


untuk membesarkan kami tujuh
beradik, ayah seorang yang sangat
rajin dan bertanggungjawab
Ibu hanya seorang suri rumah tangga
sepenuh masa, yang tiap hari
menjaga, mendidik, dan membesarkan
kami dengan penuh kasih sayang.

Deskripsi Tentang Citacita


Cita-cita ingin menjadi guru yang berguna kepada masyarakat dan dapat berbakti
kepada keluarga tercinta.

Pekerjaan sebagai guru bukan mudah kerana tanggunjawab dan amanah yang
dipegang bergitu tinggi.

Disebabkan rasa tanggungjawab dan menjadikan guru saya sebagai mentor, saya
ingin menjadi seperti beliau yang tidak pernah lelah mendidik kami sampai dapat
menjadi orang yang berguna.

Kerjaya sebagai guru juga merupakan impian keluarga yang ingin melihat saya
menjadi guru yang terbaik.

RiWayat Pendidikan

Pendidikan pertama adalah di


Sekolah Kebangsaan Binjul
Dalam, Kedah iaitu sebuah
sekolah di kawasan tempat
tinggal saya.

Sekolah ini merupakan tempat


pertama saya menuntut ilmu
kerana saya tidak memasuki
tadika.

Saya merupakan belajar yang


lemah pada ketika itu, namun
dengan semangat yang tinggi
dan didorong oleh guru serta
ibubapa, saya tidak menjadikan
kelemahan yang ada untuk
tidak menjadi orang yang
berjaya seperti orang lain.

Tamat bersekolah disitu saya


memperolehi keputusan upsr
1A,3B,1C, itu pencapaian yang
amat membanggakan saya
kerana saya merupakan bekas
pelajar pemulihan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai


merupakan sekolah menengah yang saya
duduki selepas tamat tahun enam, tinggal di
asrama merupakan pengalaman yang amat
menyeronokkan. Asrama di sekolah
menengah itu amat menyerokkan dan
kawasan yang cantik. Tinggal di asrama
merupakan titik permulaan untuk hidup
berdikari. Belajar berbagai perkara dan
menjadikan diri lebih bersikap
bertanggungjawab

Peperiksaan penting seperti PMR saya


memperolehi 3A,2B,2C,1D.

SPM pula saya memperolehi keputusan


5A,2B,1D

Keputusan itu bukan sesuatu yang mudah


untuk diperolehi, jatuh bangun merupakan
satu kebiasaan bagi setiap pelajar. Usaha
untuk berjaya sentiasa ada dalam diri,
semangat yang kuat merupakan tonggak
utama yang perlu ada dan sentiasa berdoa
serta tidak pernah putus asa walau pernah
tersungkur

Selepas tamat tingkatan lima, saya


sambung pelajaran saya di
tingkatan enam, iaitu keputusan
yang mencabar setelah menolak
tawaran di bidang diploma. Sekolah
yang saya maksudkan adalah
Sekolah Menengah Kebangsaan
Labu Besar, Kulim Kedah.

Masuk tingkatan 6 bukan sesuatu


yang mudah, usaha kena pastikan
sentiasa 100%, tidak boleh mainmain. Gagal bangun untuk terus
melangkah, jangan pernah takut.
Guru merupakan rujukan kita untuk
menjadi orang yang berguna

Keputusan akhir selepas tamat


tingkatan 6 adalah 3.09. Keputusan
yang amat saya banggakan dan
bersyukur.

Tamat tingkatan 6, saya mencari


pengalaman untuk bekerja
sementara menunggu keputusan
untuk masuk ke universiti. Saya
bekerja sebagai guru tadika di
Sungai Petani, Kedah iaitu mengajar
Bahasa Melayu, Pendidikan Moral
dan Sains.

Pengalaman menjadi guru


merupakan sesuatu kenangan yang
tidak dapat saya lupakan. Mencabar
dengan kerenah budak-budak,
namun hati sentiasa seronok melihat
mereka pandai membaca dan pandai
dengan apa yang diajar.

Alhamdulillah setelah mendapat dua


temuduga pendidikan, saya
mendapat tawaran menyambung
ijazah dalam pendidikan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Universiti
yang saya sukai dan mendapat
tawaran melanjutkan pelajaran dalam
bidang Pendidikan Ekonomi Rumah
Tangga dengan kepujian

Usaha selama ini telah membuahkan


hasil, hanya perlu melangkah dan
terus melangkah untuk mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang

SEKIAN
TERIMA
KASIH..

Anda mungkin juga menyukai