Anda di halaman 1dari 20

KACANG BOTOR

NAMA BOTANI: PSOPHOCARPUS TETTRAGONOLOBUS (L.) DC


FAMILI : LEGUMINOSAE
NAMA INGGERIS : WINGED BEAN
NAMA LAIN : KACANG KELISA
Pokok kacang botor dipercayai berasal dari dari kawasan Asia
Tenggara dan merupakan tumbuhan iklim panas. Pokok ini adalah
sejenis saka tetapi biasanya ditanam sebagai pokok semusim.
Penanamannya menggunakan biji benih atau keratan batang dan
ia mudah tumbuh. Di kawasan rumah, tanaman ini biasanya
ditanam berhampiran pagar supaya ia dapat memanjat pagar
tersebut. Lenggai lenggainya berukuran sehingga 35 cm panjang
dan keratan rentasnya seakan-akan empat persegi. Pada
keempat-empat penjuru lenggainya ada kepak. Lenggailenggainya muda dimakan sebagai sayur ulam mentah atau

KACANG BUNCIS

NAMA BOTANI : PHASEOLUS VULGARIS L.


FAMILI : LEGUMINOSAE
NAMA INGGERIS : KIDNEY BEAN, FRENCH BEAN
Pokok kacang buncis merupakan tanaman semusim yang berasal dari Amerika
Tengah. Pokok ini tumbuh baik di kawasan cuaca panas. Pokoknya rimbun dan
jenis memanjat. Penanamannya adalah dengan menggunakan biji benih yang
terdapat dalam beberapa warna seperti putih, coklat, hitam atau bertompok dan
ditanam terus di ladang. Penuaian hasil yang berupa lenggai muda dilakukan 6-7
minggu selepas ditanam mengikut varieti. Lenggai-lenggai ini berbentuk lurus atau
bengkok sedikit dengan hujungnya tajam seperti paruh burung. Terdapat beberapa
biji benih di dalam satu lenggai. Sayur ini biasanya dimakan setelah dimasak
seperti dibuat sayur tumis atau dicampur di dalam kari atau masak lemak.

KACANG PANJANG

NAMA BOTANI : VIGNA SESQUIPEDALIS (L) FRUHW


FAMILI : LEGUMINOSAE
NAMA INGGERIS : YARDLONG BEAN
Pokok kacang panjang merupakan tanaman semusim yang memerlukan suhu tinggi.
Pokok ini ditanam terus di ladang daripada biji benih, dan tiang sokong diadakan
supaya pokok ini dapat memanjat. Ada banyak varieti kacang panjang dengan
warna serta panjang lenggai yang berbeza-beza antara varieti-varieti itu. Lenggailenggai mula dituai 8-9 minggu selepas ditanam. Di dalam lenggai terdapat banyak
biji benih yang berbentuk seperti ginjal. Pada peringkat matang, biji benih terdapat
dalam beberapa warna seperti hitam,putih, merah atau campuran mengikut varieti.
Lenggai-lenggai muda dimakan sebagai ulam mentah atau direbus atau dibuat sayur
tumis dan gulai.

KACANG SOYA

NAMA BOTANI : GLYCINE MAX (L.) MERRIL


FAMILI : LEGUMINOSAE
NAMA INGGERIS : SOYA BEAN
Pokok kacang soya berasal dari kawasan Asia Timur. Pokok tanaman semusim yang
kecil ini tumbuh tegak, mempunyai batang serta daun yang berbulu.
Penanamannya menggunakan biji benih yang ditanam terus di ladang. Pemetikan
hasil biji benih dilakukan lebih kurang tiga bulan selepas ditanam. Biji benih ini
digunakan dalam pembuatan sayur pucuk dan tauhu yang boleh dibuat pelbagai
masakan. Tempe ini juga dibuat daripada kacang soya. Biji benih yang
dicambahkan menjadi tauge kasar. Ada juga varieti yang ditanam untuk kegunaan
biji benih muda. Dalam hal ini, pokoknya dipotong 60-70 hari selepas ditanam
semasa lenggai masih hijau. Lenggai direbus dan biji benih dimakan sebagai sayur.
Makanan daripada kacang soya mengandungi protein yang tinggi.

KACANG HIJAU

NAMA BOTANI : VIGNA RADIATA (L.) WILCZK


FAMILI : LEGUMINOSAAE
NAMA INGGERIS : MUNG BEAN
Tanaman semusim ini berasal dari India. Pokoknya kecil, tumbuh tegak dengan
daun bercabang tiga. Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning dengan buah
dalam bentuk lenggai kecil yang panjangnya 5-10 cm. Lenggai-lenggai ini
diselaputi oleh bulu dan di dalamnya terdapat banyak biji benih yang berwarna
hijau. Penanamannya menggunakan biji benih. Biji benih ini kaya dengan
protein dan digunakan dalam pelbagai jenis kuih-muih. Sebagai sayuran, biji
benihnya dicambahkan untuk mengeluarkan anak benih yang dikenali sebagai
tauge. Sayur tauge digunakan dalam pelbagai juadah dan boleh juga menjadi
bahan penghias yang dimakan mentah.

KAILAN

NAMA BOTANI : BRASSICA OLERACEAE L. VAR. / ACEPHALA (DC) ALEF


FAMILI : CRUCIFERAE
NAMA INGGERIS : CHINESE KALE, COLLARD
Pokok Kai Lan ialah tanaman semusim yang tumbuh tegak dan bercabang
banyak serta tahan panas. Pokok ini ditanam menggunakan biji benih di
tempat semaian, dan kemudian dipindahkan ke atas batas di ladang.
Daunnya hijau, tebal, sama ada berbentuk bulat atau tajam di hujung.
Permukaan daun pula berkedut dan kelihatan kasar. Bunganya berwarna
putih dan kuning. Batangnya tebal dan tegap. Penuaian hasil dilakukan
dengan mencabut pokok pada peringkat 8-9 minggu selepas ditanam.
Akarnya dipotong dan sayur dijual dalam ikatan-ikatan kecil. Kai Lan
dimasak sebagai sayur tumis atau rebus. Pada masa dahulu, sayur ini lebih
terkenal di kalangan kaum cina, tetapi sekarang telah digemari oleh kaum
lain di malaysia.

SAWI PUTIH

NAMA BOTANI : BRASSICA CHINENSIS L.


FAMILI : CRUCIFERAE
NAMA INGGERIS : CHINESE WHITE CABBAGE
NAMA LAIN : PAK CHOY
Tanaman yang berasal dari kawasan Asia Timur ini sesuai dengan suhu dingin
dan ditanam sebagai tanaman semusim. Daun sawi putih berbentuk bujur dan
berwarna hijau pekat. Pentiolnya yang lebar dan tebal mengandungi banyak
air, dan berwarna putih. Sawi putih ditanam daripada bijih benih, dan hasilnya
boleh dipetik lebih kurang 5-8 minggu selepas ditanam, mengikut jenisnya.
Terdapat juga jenis yang mempunyai petiol yang berwarna hijau dan saiz pokok
yang lebih kecil. Sawi putih biasanya dibuat sayur tumis atau masak lemak.

BAYAM

PAKU MIDING

NAMA BOTANI : STENOCHLAENA PALUSTRIS (BURM.) BEDD.


FAMILI : BLECHNACEAE
NAMA INGGERIS : MAIDEN FERN
Pokok paku miding terdapat tumbuh dengan sendiri di kawasan
hutan, kebun atau tanah lapang yang lembap. Pokok paku ini
tumbuh menjalar di atas permukaan tanah dan akan memanjat
sekiranya ada batang pokok berhampiran. Daunnya jenis pinat.
Daun yang tidak terdapat spora, mempunyai tepi yang bergerigi.
Saiz daun pinat yang subur lebih kecil dan spora terdapat di
bahagian bawah daun. Daun baru pokok ini berwarna kehijauhijauan atau kemerah-merahan. Bahagian yang dimakan ialah pucuk
daun yang boleh dimakan sebagai ulam rebus, kerabu, masak lemak
atau masak goreng belacan. Pucuk paku ini dipercayai mempunyai
nilai perubatan tradisional seperti boleh mengubati demam.

KANGKUNG

NAMA BOTANI : IPOMEA AQUATICA FORSK, IPOMEA REPTANS (L.) POIR


FAMILI : CONVOLVULACEAE
NAMA INGGERIS : WATER SPINACH, WATER GLORYBIND
Pokok kangkung banyak terdapat tumbuh melata di tanah lembap atau berair.
Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan selatan China. Dahulunya ia
merupakan rumput tropika, tetapi sekarang telah menjadi sayuran yang digemari.
Pokok ditanam menggunakan biji benih atau keratan batang. Hasil kangkung boleh
dituai 30-40 hari selepas ditanam. Pokok ini dituai dengan memotong batang
muda di atas permukaan tanah. Terdapat dua jenis kangkung iaitu kangkung air
dan kangkung darat yang boleh ditanam di atas batas. Kangkung darat mempunyai
daun yang kecil dan panjang runcing sementara daun kangkung air pula lebih lebar.
Sayur kangkung dibuat masak tumis kicap, masak lemak putih, direbus atau
dimakan dengan sambal dan pecal.

CEKUR MANIS

NAMA BOTANI : SAUROPUS ANDROGYNUS MERR.


FAMILI : EUPHORBIACEAE
NAMA INGGERIS : SWEET SHOOT
NAMA LAIN : ASIN-ASIN
Pokok cekur manis merupakan pokok jenis saka yang boleh hidup dalam pelbagai
jenis tanah. Pembiakannya adalah dengan menggunakaan keratan batang atau biji
benih. Penanaman daripada biji benih akan mengambil masa yang panjang untuk
mendapatkan hasil. Jika menggunakan keratan, batang yang separa keras di tanam
di tempat semaian terlebih dahulu atau ditanam terus di ladang. Penuaian hasil
dilakukan empat bulan selepas ditanam. Hasil yang dipetik ialah tunas dan daun
muda yang batangnya tidak berkayu. Untuk pengeluaran daun muda yang
berterusan, pokok perlu dicantas dari masa ke semasa. Daun cekur manis dimakan
sebagai sayur rebus atau dibuat gulai lemak putih bersama-sama ubi keledek.

UBI KELEDEK

NAMA BOTANI : IPOMEA BATATAS (L.) LAM


FAMILI : CONVOLVULACEAE
NAMA INGGERIS : SWEET POTATO
Pokok keledek ialah tanaman saka di kawasan tropika. Batangnya menjalar di atas
permukaan tanah, sementara sebahagian akarnya yang terdapat berhampiran
permukaan tanah membengkak menjadi ubi. Penanamannya boleh dilakukan
dengan dua cara iaitu iaitu menggunakan ubi atau keratan batang. Penuaian hasil
ubi dilakukan 4-5 bulan selepas ditanam. Terdapat banyak jenis keledek dengan
bentuk daun atau ubi yang berlainan. Selain itu bunga atau isi ubi juga
mempunyai warna yang berlainan. Sebagai sayuran, ubi keledek dicampur dalam
gulai lemak atau sayur manis. Selain itu, daun pucuk pula dibuat ulam rebus yang
dimakan dengan sambal.

LOBAK MERAH

NAMA BOTANI : DAUCUS CAROTA L.SUBSP. SATIVUS


FAMILI : UMBELLIFERAE
NAMA INGGERIS : LOBAK MERAH
Tanaman dua musim ini berasal dari kaawasan Asia Barat. Pada amnya pokok
lobak merah merupakan tanaman hawa sejuk yang ditanam juga di kawasan
tanah tinggi di kawasan tropika. Pokok ini memerlukan suhu yang rendah
untuk pengeluaran bunga dan seterusnya untuk pembentukan biji benih.
Bunganya banyak dan kecil membentuk kepala menyerupai bentuk payung
yang terbuka. Penanaman pokok ini mengunakan biji benih. Bahagian yang
dimakan ialah akar tunjang yang membesar menjadi ubi yang berwarna kuning
atau merah. Saiz atau warna ubi berbeza-beza mengikut varieti. Ubi merah
yang kaya dengan beta karotena, boleh dimakan mentah atau dimasak.

UBI KENTANG

NAMA BOTANI : SOLANUM TUBEROSUM L.


FAMILI : SOLANACEAE
NAMA INGGERIS : IRISH POTATO
Tanaman jenis herba semusim ini berasal dari benua Amerika. Pokok ubi kentang
kecil dan bercabang dengan buah jenis beri yang tidak boleh dimakan. Di
pangkal batang di bawah tanah terdapat ubi. Pembentukan ubinya dipengaruhi
oleh suhu dan panjang hari. Biasanya suhu yang rendah dan iklim yang lembap
menggalakkan pembentukan ubi. Oleh itu tanaman ini terdapat di kawasan iklim
sederhana dan di tanah tinggi tinggi di kawasan tropika. Pada ubinya terdapat
banyak mata tunas. Oleh itu ia boleh digunakan sebagai bahan tanaman.
Penuaian ubi kentang dilakukan apabila daun dan batang di atas tanah bertukar
menjadi kuning. Ubi kentang digunakan dalam pelbagai hidangan seperti gulai
daan kuih-muih.

LOBAK PUTIH

NAMA BOTANI : RAPHANUS SATIVUS L. VAR. / HORTENSIS BACKER


FAMILI : CRUCIFERAE
NAMA INGGERIS : CHINESE RADISH
Lobak ialah tanaman jangka pendek. Daun pokok ini berpasangan dan berlekuklekuk. Penanamannya menggunakan biji benih di atas batas, dan kemudian
dijarangkan. Hasilnya dituai 7-9 minggu kemudian mengikut jenis. Tanah peroi
lebih baik untuk pembentukan ubi. Bahagian yang dituai ialah akar yang
membengkak yang membentuk ubi. Ubi ini berwarna putih dan berbentuk
panjang tirus. Ubi ini dituai semasa masih muda dan lembut. Daunnya juga
boleh dimakan sebagai sayuran. Ubi ini boleh dibuat karii, gulai lemak, sup atau
tumis berlada.

UBI KAYU

NAMA BOTANI : MANIHOT ESCULENTA CRANTZ


FAMILI : EUPHORBIACEAE
NAMA INGGERIS : TAPIOCA ; CASSAVA
Pokok ubi kayu merupakan tumbuhan tropika jenis saka. Pokok ini ditanam dengan
dengan mudah iaitu menggunakan keratan batang. Akarnya membesar menjadi ubi
yang dituai 6-12 bulan selepas ditanam. Ubi biasanya berbentuk silinder panjang
dan meruncing ke hujung. Isi ubi berwarna putih dan kuning. Buahnya jenis kapsul
keras dan mengandungi beberapa biji. Daun muda dimakan sebagai sayur rebus
bersama-sama sambal atau dibuat gulai lemak.

TOMATO

NAMA
BOTAN
I : LYC
O PE RS
ICON E
FAMIL
S C UL E
Pokok
I : SOL
NT UM
t om a t
A
N AC E A
M IL L .
NAMA
o m eru
tumbu
E
INGGE
pa k a n
han s e
R
IS : T O
tu
musim
juga je
MATO
. Poko mbuhan sak
n i s ya
k t om a
a ya n g
n g se s
mengg
ua
to
b ia s a n
unaka
y
n biji b i di kawasan hidup di ka
kemud
wasan a hidup seb
e ni h .
h
ian da
a
w
a
a g ai
Penua
h
n p en g
Terdap
ian bu panas. Poko awa dingin
eluara
at jeni
a h p er
da n te
nb
s b ua h
hingga
tama d k tomato dit
r da pa t
yang b uah berteru
bujur.
an a m
ija la n k
sa n se
esar, s
merah
Warna
a n 3- 4
h in g g a
ederha
setela
b ua h h
b u la n
n
b
h mas
a
e
dalam
i
j
b
a
s
era p a
u tatk
erta k
ak. Ke
m a sa k
e
a
b
ci
la m u d
u
se m u a
a n a ta
a , b e r l d a n ju g a b l a n .
pering
u di gu
t
e
uka
rbentu
k
nakan
k bula
m e n t a a t b u a h i ni b r k un i n g d a
t
h se b a
n se t e
ol e h d
r u sn y a
g a i u la
i maka
ns
m at a u
hiasan ama ada di
hidang
an.

TERUNG

NAM A B O
TANI

: S O L AN
UM MELO
N G EN A L
FAMILI :
.
S
O
L
A
N
N
A
AMA ING
C E AE
Pokok te
G
ERIS : EG
r u ng m e
rupakan
G P LA N T
tanaman
t
; BRINJA
u
m b u ha n
semusim
L
je
d i kaw a s
nis saka
yang leb
an tropik
ar dan b
tetapi bia
erbulu.
a. Poko
sanya dit
kecil ter
Pokok in
k t e r u ng
d ap a t d i
anam se
i
t
d
u
b ag a i
d
it
m
a
anam de
ditanam
b
lam bua
u
h
tegak de
ngan me
. B e ntuk
h. Hasil
n
gan dau
n g g un a k
b uah m u
b ua h n y a
pula terd
n
an biji b
la dipun
panjang
iri darip
e
g
n
u
a
ih
t
a
t
d
a
3
y
belum m
a putih a
u bulat b
-4 bulan
a ng
asak bole
t a u un g u
selepas
ujur, me
ngikut je
h dibuat
atau hija
nis. Wa
gulai ata
u se w a k
rn a b u a h
t u m ud a
u masak
. B ua h y
tumis be
a
rlada ata
ng
u b e re m
p a h.

PETOLA SEGI

NAMA BOTANI : LUFFA ACUTANGULAR (L.) ROXB.


FAMILI : CUCURBITACEAE
NAMA INGGERIS : ANGLED LUFFAH
Tanaman semusim ini berasal dari India. Pokok petola segi ialah jenis
memanjat dan mempunyai bunga jantan dan bunga betina yang berasingan.
Penanamannya menggunakan biji benih yang berbentuk bujur, leper dan
berwarna hitam. Hasil buah muda mula dituai selepas dua bulan ditanam.
Buah petola berbentuk bujur panjang sehingga 60 cm dan mempunyai alur-alur
memanjang. Terdapat banyak biji benih di dalam buah petola. Buah-buah
muda dituai dan dimakan sebagai sayuran selepas dimasak. Semakin tua,
buah menjadi keras, kering dan kulit buah bertukar kepada warna coklat.

KUNDUR

NAMA BOTANI : BENINCASA HISPIDA (THUNB.) COGN.


FAMILI : CUCURBITACEAE
NAMA INGGERIS : WAX GOURD
Pokok kundur ialah tanaman semusim yang berasal dari Indonesia. Pokok jenis
herba ini mempunyai batang yang berwarna hijau, bersegi dan berbulu serta
mengeluar sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Terdapat bunga jantan
dan bunga betina yang berasingan dan daunnya pula mempunyai tangkai daun
yang besar. Penanamannya menggunakan biji benih. Buah muda diselaputi
bulu-bulu yang halus dan setelah matang, kulit buah ini akan dilitupi oleh
sejenis debu putih. Buahnya berbentuk bulat dan panjang. Bahagian yang
digunakan di dalam masakan ialah buah muda yang masih kecil atau buah yang
telah mencapai saiz matang dan juga pucuk daun.

Anda mungkin juga menyukai