Anda di halaman 1dari 2

NOTA UNTUK GURU PDPR😊

Saya kongsikan nota terma pendekatan pembelajaran, mana tau berguna untuk rakan guru.

1.Pembelajaran Berasaskan Modul

Pendekatan instruksional yang dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan


matapelajaran. Perlu mengandungi objektif, tempoh pelaksanaan, nota, aktiviti yang relevan dan
juga pentaksiran.

2.Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek adalah pendekatan instruksional yang dirancang untuk memberi
pelajar peluang untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran melalui projek yang
merangkumi cabaran dan masalah yang mungkin mereka hadapi di dunia nyata.

3.Flipped Classroom

Strategi pengajaran dan jenis pembelajaran campuran, yang bertujuan untuk meningkatkan
penglibatan dan pembelajaran pelajar dengan meminta pelajar menyelesaikan bacaan di rumah dan
mengerjakan penyelesaian masalah secara langsung semasa waktu kelas.

4.Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan peranan


pelajar dalam proses pembelajaran. Daripada cuma menghafal fakta dan bahan, pelajar belajar
dengan melakukan (learning by doing). Ini membolehkan mereka membina pengetahuan melalui
penerokaan, pengalaman, dan perbincangan.

5.Kontekstual Learning.
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran berlaku hanya apabila pelajar memproses
maklumat atau pengetahuan baru bagi benda yang make sense dengan mereka. Benda yang
berkaitan dengan mereka, benda yang mereka lakukan dalam hidup.

Idea by Dewey.

6.Masteri Learning

Semua atau hampir semua murid boleh menguasai satu pengetahuan atau kemahiran dengan baik
dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai, masa yang cukup disediakan untuk murid
menguasai pembelajarannya (Bloom, 1968).

Murid perlu menguasai satu-satu unit pembelajaran, sebelum berpindah ke unit yang lain. Di sini
wujudnya latihan pengayaan (untuk murid cerdas pintar) dan latihan pengukuhan (untuk murid yang
belum menguasai). Nak narrow the gap of achievement.

7.Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran berasaskan masalah adalah pendekatan berpusatkan pelajar di mana pelajar belajar
tentang sesuatu perkara dengan bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah terbuka.
Masalah inilah yang mendorong motivasi dan pembelajaran.

Semoga membantu para guru Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai