Anda di halaman 1dari 13

Pengajaran

Makro
PRKA3012

Mohamad Qusyairizul
Syahmie Bin Nordin @
Nordey

Konsep
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang
lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan,
penilaian dan penutup.
Dalam erti kata lain, pengajaran makro ialah satu sesi
pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga
penutup.
Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut;
dilakukan di kelas yang besar, perlu murid sebenar, guru
mengajar sepenuh waktu, tumpu kepada pelbagai kemahiran
mengajar dan situasi sebenar.

Konsep
Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan teknik-teknik
pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran
pembelajaran yang sekian lama dipelajari.
Proses pengajaran makro yang dijalankan di Institut Pendidikan
Guru, mesti dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan
rakan pelatih yang lain.

Konsep
Pengajaran makro tersebut berdasarkan masa pengajaran
sebenar seperti yang ditetapkan sama ada menggunakan masa
30 minit atau 40 minit.
Ianya bertujuan membantu guru pelatih membiasakan diri
melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran,
di samping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum
mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah
di sekolah.

Objektif
menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru
pelatih
mempraktikkan suatu suasana sebenar apabila mengajar dan
juga ia akan memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajaran
yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar.
supaya memahami ciri-ciri perancangan pengajaran makro dan
membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan
seterusnya dapat mengaplikasikan sesi pengajaran makro
dalam bilik darjah.

Objektif
Di antara objektif lain ialah
Memberi keyakinan kepada guru
Menguasai kemahiran mengajar
Mengenal pasti potensi guru
Mengenal pasti kelemahan guru
Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama

Kepentingan
Memberi peluang kpd guru pelatih mempraktikkan kemahiran
mengajar satu demi satu dalam situasi yang terancang .
Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa
disekolah
Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd
beberapa org pelajar
Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya
sebagai melatih diri utk mejadi guru

Prinsip
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar
dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar.
Guru hendaklah menyatakan objektif secara tepat dan jelas
bagi setiap pengajaran yang dirancang berasaskan tajuk-tajuk
yang dikenal pasti.

Prinsip
Jumlah Pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada
bilangan pelajar di dalam kelas sebenar.
Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan
dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah
mencabar dengan karenah para pelajar.

Prinsip
Strategi Pengajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu mempelbagaikan teknik
dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan dan menarik.

Prinsip
Jangka Masa Pengajaran
Jangka masa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah
berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa
selama antara 30 hingga 40 minit dan satu jam satu masa.
Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.

Prinsip
Bahan Pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan
keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam
Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak
disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah
menyeluruh.

Prinsip
Perbincangan dan Refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai
melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah
berkaitan pengajaran guru.
Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu
diperbaiki dalam pelajaran akan datang.
Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin
kelas dan penglibatan murid di samping keazaman guru untuk
memperbaiki pengajarannya.

Anda mungkin juga menyukai