Anda di halaman 1dari 8

ISU-ISU DALAM PENTAKSIRAN

MORAL

AHLI KUMPULAN:
WONG CHUN KIT
TAN YONG BOON
CHOO KOK TENG
ENG WEI HAU
Proses
Pemahaman Pentaksiran
pentaksiran
guru tentang Pendidikan
memerlukan
Pendidikan Moral adalah
masa yang
Moral subjektif
panjang
Kekurangan
Penekanan
sumber
pengajaran
pengajaran
untuk lulus
dan
peperiksaan
pembelajaran
PEMAHAMAN GURU TENTANG
PENDIDIKAN MORAL
Didapati bahawa tidak semua guru dilengkapkan dengan pengetahuan tentang
strategi pengajaran pendidikan moral.
Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam melaksanakan
pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran.
Kesannya,ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut.
Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral.
Pemahaman guru penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk
pemahaman pada orang lain.
PROSES PENTAKSIRAN
MEMERLUKAN MASA YANG
PANJANG
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal
seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek,
melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan.
Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti
senarai semak.
Penilaian kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi
jarang dipraktikkan atau kurang efektif pelaksanaan kerana
kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran guru dalam
aspek aspek seperti pemerhatian dan temu bual.
Kalau dipraktikkan pun, markah atau penilaiannya tidak
diambil kira dalam keputusan akhir dalam mata pelajaran itu.
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL
ADALAH SUBJEKTIF
Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta
bersifat akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang
jarang dialami oleh murid menyebabkan pelajar yang tidak mengalami situasi
tersebut tidak dapat membuat keputusan moral.
Perkara ini telah lama dipertikaikan.
Sesetengah alatan pentafsiran yang digunakan dalam penilaian Pendidikan
moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji.
Pentaksiran jenis ini tidak tepat dan diragui. Domain afektif yang meliputi
sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai.
Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini tidak
mengukur kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi.
PENEKANAN PENGAJARAN
UNTUK LULUS PEPERIKSAAN
Wujudnya pemikiran di kalangan guru apabila
peperiksaan sentiasa ditekankan hingga
mewujudkan keadaaan bahawa mengajar dan
belajar adalah untuk peperiksaan semata-mata.
Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan
nilai menjadi kewajipan pengajaransebagai
memenuhi keperluan peperiksaan.
Cara ini sebenarnya tidak membenarkan
perkembangan keupayaan dan kekreatifan
murid-murid untuk berfikir.
Tidak semestinya murid yang berjaya mendapat
A dalam Pendidikan Moral adalah murid yang
cemerlang sahsiahnya.
KEKURANGAN SUMBER
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Kebanyakan guru Pendidikan Moral mengalami masalah dalam
mencari sumber atau alatan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Moral.
Sumber yang kurang menyebabkan murid-murid berasa bosan bila
belajar kerana guru menggunakan kaedah yang sama sahaja
sepanjang tahun.
Apabila murid-murid telah bosan maka pengajaran tidak dapat
berjalan dengan lancar.
Pihak sekolah lebih menitik beratkan sumber/alatan bagi
matapelajaran teras sahaja.
Pendidikan Moral hanya dipandang sepi sahaja kerana
berpendapat ia lebih menekankan kemoralan murid sahaja.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai