Anda di halaman 1dari 18

GPI 1083

PERANAN
AQIDAH &
KESANNYA
PENGENALAN
Menurut Dr. Umar Al-Asyqar, perkataan aqidah berasal
dari perkataan yang bermaksud ikatan.
Ia adalah lawan kepada perkataan lepas.
Dari segi syarak pula, aqidah bermakna segala perkara
yang dengannya dapat dipercayai sepenuhnya (Tasdiq)
hingga kepadanya boleh menenangkan hati dan perasaan.
Kedudukan aqidah setaraf dengan keyakinan yang sama
sekali tidak bercampur dengan syak, keraguan dan
kebimbangan.
AQIDAH ISLAM
Istilah aqidah Islam membawa erti kepercayaan dan
keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta selain
pengakuan bahawa Allah itu adalah Rabb dan Ilahi.
Namun, aqidah Islam masih tidak lengkap jika seseorang
itu tidak menaruh kepercayaan secara seratus peratus
terhadap nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya selain
mempercayai rukun-rukun Iman yang lain iaitu
Beriman kepada Allah
beriman kepada Malaikat,
beriman kepada Kitab-kitab,
beriman kepada para Rasul,
beriman kepada Hari Kiamat
beriman kepada qadak qadar Allah.
SYAHADAH






Jika dilihat secara kasar, kalimah syahadah
itu pendek dan ringkas sahaja bunyinya,
namun ia sebenarnya mengandungi makna
yang sungguh besar.
Syahadah itu adalah suatu ucapan atau
pengakuan bahawa Allah itu Maha Esa dan
Nabi Muhammad S.A.W pula adalah
RasulNya
RUKUN IMAN.
Setelah lafaz syahadah dimeterai, itu bukan bermakna
imannya sudah cukup sempurna.
Syahadah itu hanyalah pembuka jalan ke arah meraih
gelaran Mukmin.
Oleh sebab itu, Islam sudah menyediakan enam Rukun
Iman yang wajib dipercayai dan dihayati sepanjang hayat.
Beriman kepada Allah
beriman kepada Malaikat,
beriman kepada Kitab-kitab,
beriman kepada para Rasul,
beriman kepada Hari Kiamat
beriman kepada qadak qadar Allah.
KEBENARAN AQIDAH DAN
KESANNYA KEPADA IMAN
Perbincangan terdahulu telah mengupas dengan
terperinci tentang konsep aqidah, kepentingan syahadah
dan keperluan beriman dengan keenam-enam Rukun Iman
Seandainya kesemua perkara ini dipegang dengan erat,
pastinya seseorang akan memperoleh satu pegangan
aqidah yang benar lagi kukuh
Ikatan aqidah yang teguh pastinya akan memberi kesan
yang baik terhadap iman seseorang. Di antara kesan-
kesan tersebut ialah:
DI ANTARA KESAN-KESAN TERSEBUT IALAH:

(i) Melahirkan rasa takut kepada Allah.


(ii) Mengelakkan diri dari mengikut hawa nafsu.
Nabi Isa a.s. pernah bersabda maafhumnya:
Berbahagialah sesiapa yang meninggalkan sesuatu keinginan
nafsu yang hadir di depannya demi sesuatu yang dijanjikan
pahalanya, yang belum pernah melihatnya.
Hadis ini menyatakan bahawa apabila seseorang telah
mampu mengawal nafsunya kerana untuk menjaga keimanan
dan meraih pahala, maka dia akan memperoleh kebahagiaan.
iii) Meningkatkan keimanan.
Manusia dan Malaikat, kedua-duanya dianugerahkan dengan
nikmat iman.
Bezanya, iman manusia ada kalanya bertambah, dan ada
kalanya akan berkurang sekiranya ia tidak disemai dan dipupuk.
Untuk memperoleh iman yang sentiasa meningkat, seseorang
perlu menetapkan keyakinan terhadap aqidah Islam..
Pengahayatan yang mendalam terhadap aqidah Islam akan
membuatkan seseorang mempunyai kecenderungan untuk
berbuat kebaikan.
KEROSAKAN AQIDAH DAN
IMPLIKASINYA
Implikasinya dapat dilihat dari 3 sudut: hati, lisan dan perbuatan.
Implikasi terhadap Hati.
Hati adalah umpama kerajaan terhadap seluruh anggota tubuh
badan.
Jika rosak hati, bermakna akan rosaklah seluruh tubuh yang
ditadbirnya.
Salah satu contoh kerosakan aqidah yang melibatkan hati
adalah seseorang yang suka mengeluh apabila ditimpa sesuatu
ujian.
Perasaan geram dan marah yang wujud, walaupun tidak dapat
dilihat oleh orang lain sebenarnya sudah cukup untuk
menyatakan bahawa dia tidak betul-betul percaya kepada
qadak dan qadar Allah.
IMPLIKASI
TERHADAP LISAN
Lisan ataupun lidah adalah nikmat Allah kepada manusia
yang tidak ternilai.
Tanpanya, seseorang tidak mampu berinteraksi dengan
baik dan tidak dapat menyatakan hasrat hati kepada orang
yang mendengar.
Oleh sebab itu, ramai yang tidak menyedari bahawa
kadang kala mereka telah menyalahgunakan nikmat lidah
ini.
Ramai wanita yang dihumban ke Neraka kerana lidah.
Ini kerana mereka menggunakannya untuk mengumpat
dan bercerita tentang keaiban orang lain.
Bagi kaum lelaki pula, mereka menggunakan lidah untuk
berbalah dan berdebat perkara yang tidak masuk akal.
Perkara ini terjadi kerana rapuhnya ikatan aqidah dalam
diri.
Natijahnya, aqidah yang pada asalnya elok, menjadi rosak
dan tidak mampu lagi untuk mengawal lidah dari bercakap
perkara-perkara yang tidak berfaedah.
IMPLIKASI TERHADAP PERBUATAN.

Kukuhnya tali ikatan aqidah menandakan teguhnya


keimanan seseorang. Sebaliknya, jika ikatan tersebut
sudah longgar, maka akan rosaklah aqidah seseorang dan
robohlah keimanan seseorang. I
ni semestinya akan menjejaskan ibadat individu tersebut.
Apabila dia tidak lagi menaruh keyakinan terhadap rukun-
rukun iman, itu beerti dia sudah menetapkan hatinya
untuk ingkar kepada Allah.
Bila mana hati sudah jauh dari Allah, pastinya ia akan
menyebabkan seseorang malas untuk beribadah.
CARA MEMPERKUKUHKAN
AQIDAH

Banyak melakukan
amalan kebajikan dan
kebaikan

Sentiasa berdoa Taat dan patuh pada


untuk memohon perintah Allah
petunjuk-Nya

Sentiasa bertawakal
dengan Allah
KONSEP
ILMU &
INSAN
DEFINISI ILMU
Bahasa : merupakan perkataan arab iaitu alima yang bererti
mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui
sesuatu dengan sebenarnya.

Istilah : memberi erti tentang segala pengetahuan atau


kebenaran tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang
diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya
termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.

Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan


dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun
secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang
dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan
bidang ilmu tersebut.
AYAT AL-QURAN DAN HADITH-
HADITH MENGENAI ILMU .

Allah mengangkat martabat orang berilmu serta diletakkan ditempat yang


tinggi. Maka, dengan ilmu jugalah seseorang itu dipandang tinggi dan
dihormati. Di sini, Allah telah menerangkan melalui beberapa firmanNya :
Diangkat darjatnya:

Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-


orang yang diberi ilmu pengetahuan Surah al mujahadah:11
Ilmu dapat membezakan taraf dalm kalanan manusia:

Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak


berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk
hanyalah dikalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana Surah al Zumar:9
Membentuk peribadi yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan
cintakan ALLAH swt dan Rasul-NYA

Seseungguhnya yang takutkan ALLAH daripada hamba-nya ialah orang yang


berilmu Surah al-Fathir:28
KEPENTINGAN ILMU
PENGETAHUAN

Mengenai keutamaan menuntut ilmu, Rasulullah saw ada


menyatakan:
Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya(menaungi) pada
pencari ilmu kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang
berilmu selalu diminta ampunkan oleh apa yang ada di langit dan
dibumi sampai oleh ikan di air. Keutamaan orang berilmu
dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti
keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para
ulama pewaris nabi, mereka tidak mewarisi dinar dan dirham
tetapi mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya
bererti ia mendapat keuntungan yang banyak.
Hadith riwayat Abu daud, tirmizi dan ibnu hibban
DEFINISI INSAN
Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai
istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan,
al-Nas dan al-Basyar.
Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah
diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka
bumi ini.
Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan
pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau
di udara

Anda mungkin juga menyukai