Anda di halaman 1dari 22

TANGGUNG JAWAB DAN PERANAN GURU

PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN


ASPIRASI NEGARA

Sari
Shazwan
Sky
Peranan guru Moral dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK)
Intipati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) telah diumumkan pada tahun
1988.
Objektif : melahirkan insan yang
mulia dan sempurna supaya menjadi
warganegara yang baik dari segi
intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Demi mencapai citi-cita FPG,
tanggungjawab dan kewajipan guru
Pendidikan Moral adalah berat dan
penting dalam usaha untuk
menerapkan nilai-nilai murni diri
murid dengan berkesan.
Peranan guru Pendidikan
Moral dalam mencapai
hasrat Rukun Negara
Intipati Rukun Negara
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
RUKUN NEGARA MALAYSIA

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar


akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
yang
berikut:
Rukun Negara (1970) merupakan
satu set prinsip panduan hidup untuk
rakyat Malaysia.
Ideologi Nasional ini bertujuan
mengeratkan perpaduan rakyat
berbagai kaum disamping
memelihara cara hidup masyarakat
yang harmonis, demokratik, adil,
liberal,progresif lagi beretika.
Setiap prinsip dalam Rukun Negara
merupakan panduan cara hidup kita semua
Setiap prinsip tersebut juga ada berkaitan
dengan nilai-nilai murni yang unggul.
Guru Pendidikan Moral harus sentiasa
membimbing dan menerapkan nilai-nilai
berkenaan yang tersirat dalam Rukun
Negara supaya hasrat melahirkan rakyat
yang diingin tercapai.
Peranan guru Pendidikan Moral
dalam mencapai Wawasan 2020
Intipati Wawasan 2020
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang
mempunyai matlamat yang dikongsi bersama
iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman,
berintegrasi di peringkat wilayah dan semua
kaum hidup dalam keharmonian.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang
ada dan dengan apa yang dicapai.
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat
demokratik yang matang.
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan
beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara
yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur
dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum;
bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama tetapi setia peda negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
malah menjadi penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan.
KAMUS PENDEK
Liberal = bebas/ hak milik, hak mengumpulkan kekayaan dan kapital,
kebebasan untuk memproduksi, menjual, dan membeli.
Progresif = maju
Integrasi = kesempurnaan atau keseluruhan.
Contoh : Integrasi sosial didefinisikan sebagai proses penyesuaian di antara
unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga
menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memilki keserasian fungsi.
Demokrasi = Demokrasi tak hanya menjanjikan keragaman hidup, tapi juga
menjanjikan perlindungan kepada hak-hak fundamental, batasan
kekuasaan, dan pasar bebas. Demokrasi yang baik adalah demokrasi yang
liberal, yakni demokrasi yang tak hanya menekankan aspek-aspek
prosedural (seperti pemilihan umum), tapi juga aspek-aspek substansial
(kebebasan individu).
Dinamik = cergas
Etika = satu set prinsip yang digunakan untuk menentukan betul salah
sesuatu tindakan. Etika juga menjadi cermin kepada kelakuan-kelakuan
pelaku yang boleh diterima atau tidak dari segi akhlak.
SOALAN KUIZ
BERKUMPULAN
1. Nyatakan 5 relevan intipati Rukun
Negara beserta contoh.
2. Apakah ciri-ciri insan yang seimbang
dan harmonis dalam FPK?
3. Berikan 5 Wawasan 2020 yang telah
dibentangkan sebentar tadi beserta
contoh penuh.
4. Apakah tanggungjawab dan peranan
guru Pendidikan Moral dalam
merealisasikan aspirasi negara?

Anda mungkin juga menyukai