Anda di halaman 1dari 9

ADAB

MENJAGA
MARUAH DIRI
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN DUA
Buku Teks MS : 232 - 236
KEPENTINGAN MENJAGA DIRI
DAN MARUAH
Setiap individu muslim wajib menjaga
diri dan maruah dari perbuatan yang
mencemarkan nama baik dan
kehormatan diri.
Umat yang bermaruah ialah umat yang
memiliki jati diri dengan berpegang
kepada ajaran Islam dan tidak
terpengaruh dengan unsur-unsur asing
yang merosakkan.
CARA MENJAGA DIRI DAN
MARUAH
Islam telah menggariskan panduan
untuk menjaga imej diri dan maruah
terutama dalam cara berpakaian,
percakapan dan pergaulan.
Sebagai muslim kita wajib memelihara
semua adab ini supaya maruah kita
tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
CARA BERPAKAIAN
i. Pakaian menutup aurat. Tidak ketat
dan tidak jarang.
ii. Pakaian kemas dan bersih.
iii. Tidak memakai pakaian berlambang
yang diharamkan seperti lambang
black metal, ajaran sesat, agama lain
dan lain-lain.
CARA PERGAULAN
i. Memberi salam dan berjabat tangan
ketika bertemu dengan saudara Islam
(dalam batasan syarak).
ii. Menjaga tatasusila dan hukum syarak
dalam pergaulan.
iii. Hormat menghormati, berkasih sayang
dan beramah mesra sesama manusia.
iv. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
v. Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.
vi. Menepati janji.
vii. Menjaga hati sahabat dalam perkara
kebaikan.
CARA PERCAKAPAN
i. Bercakap perkataan yang baik. Lebih
baik diam dari berkata sesuatu yang
tidak sesuai.
ii. Berlemah-lembut dan bersopan dalam
berinteraksi.
iii. Percakapan yang menyenangkan.
iv. Bercakap tentang perkara yang
mendatangkan faedah diri,
masyarakat dan negara.
v. Bercakap benar.
AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI
DAN MARUAH
1. Kehidupan tidak diberkati.
2. Mendapat dosa.
3. Dipulau oleh rakan dan masyarakat.
4. Mendorong berlakunya kes-kes jenayah
spt ; rogol dan sumbang mahram.
5. Masyarakat kucar kacir dan negara
tidak aman.
6. Masyarakat akan memandang rendah
dan menghina orang yang tidak
bermoral.
HIKMAT MENJAGA DIRI DAN
MARUAH
1. Kehidupan diberkati Allah.
2. Mendapat pahala.
3. Akan disayangi, disukai dan disanjung
oleh rakan dan masyarakat.
4. Boleh membendung kejadian jenayah.
5. Melahirkan masyarakat sejahtera,
bersatu padu dan negara aman.
LATIHAN PENILAIAN
1. Nyatakan kepentingan menjaga diri
dan maruah.
2. Jelaskan akibat tidak menjaga
pergaulan.
3. Jelaskan akibat tidak menjaga
percakapan.
4. Terangkan hikmat menjaga diri dan
maruah.

Anda mungkin juga menyukai