Anda di halaman 1dari 9

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

MELAFAZKAN DAN MEMAHAMI PANTUN EMPAT


KERAT DENGAN SEBUTAN YANG BETUL DAN
INTONASI YANG JELAS SECARA DIDIK HIBUR
MARI BERPANTUN
PANTUN 1
Bermain guli bersama Seha,
Bermain buaian dengan Hanan,
Peniaga berjaya rajin berusaha,
Memajukan diri dalam perniagaan.
PANTUN 2
Dalam hutan banyak kera,
Di atas pokok berbaris-baris,
Layan pelanggan mestilah mesra,
Tentu perniagaan semakin laris.
PANTUN 3
Buah mangga bentuknya bujur,
Disimpan rapi di dalam peti,
Ketika berniaga hendaklah jujur,
Barulah rezeki sentiasa diberkati.
PANTUN 4
Tepi taman tumbuh seraya,
Berbunga lebat putih setaman,
Ikutlah amalan orang berjaya,
Jadikan nasihat suatu pedoman.
PANTUN 5
Daun mengkuang daun palas,
Mari dianyam di waktu pagi,
Jikalau kita bersikap malas,
Akhirnya kita mendapat rugi.
PANTUN 6
Dayung sampan ke Pekan Kuala,
Singgah membeli batik sehelai,
Cabaran baru sahaja bermula,
Janganlah leka dan juga lalai.

Anda mungkin juga menyukai