Anda di halaman 1dari 7

ARCS MODEL

John M. Keller
Motivasi memainkan peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Keller (1983), motivasi adalah kecenderungan
seseorang individu untuk membuat pilihan
dalam pengalaman atau matlamat yang ingin
diterokainya dan seterusnya memilih kuantiti
usaha yang perlu dijana untuk mencapai
matlamat tersebut. Oleh sebab itu, unsur
motivasi adalah penting untuk menarik minat
pelajar dan memastikan mereka sentiasa
memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Model motivasi atau lebih dikenali sebagai model
ARCS diasaskan oleh Keller pada tahun 1987.
Komponen ARCS adalah:

Attention (Perhatian)
Relevance (Relevan)

Confidence (Keyakinan)

Satisfaction (Kepuasan)
ATTENTION
Untuk mencapai komponen PERHATIAN,
strategi berikut adalah digalakkan:
Mempersembahkan contoh yang konkrit dan
gambaran visual yang menarik.
Menggunakan pelbagai unsur bahan pengajaran
atau multimedia.
Mempelbagaikan susun atur power point atau
penulisan pada papan.
Menggunakan analogi, humor, simulasi atau
permainan yang melibatkan interaktiviti tinggi
semasa menerangkan konsep baru.
Menjalankan aktiviti-aktivi yang berbentuk
penyelesaian masalah.
RELEVANCE
Untuk mencapai komponen RELEVAN, strategi
berikut adalah digalakkan:
Menggunakan analogi yang selari dengan
pengetahuan sedia ada pelajar.
Menyatakan objektif pembelajaran semasa atau
objektif yang diharapkan secara eksplisit.
Menunjukkan hubungan antara apa yang dipelajari
(atau aktiviti yang sedang dijalankan atau tugasan
yang diharap dapat dilakukan oleh pelajar) dengan
masa akan datang atau dengan kehidupan harian.
Memberikan pelbagai alternatif atau jalan
penyelesaian untuk menyelesaikan masalah.
CONFIDENCE
Untuk mencapai komponen KEYAKINAN,
strategi berikut adalah digalakkan:
Menyatakan objektif pembelajaran melalui
pemerincian kriteria yang akan dinilai.
Menyusunkan bahan pengajaran daripada mudah ke
sukar.
Menyatakan kejayaan atau penyelesaian yang akan
diperolehi dengan usaha yang berpadanan.
Membiarkan pelajar mempelajari konsep baru dalam
situasi berisiko rendah dan biarkan mereka
mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasi
dalam situasi seakan-akan keadaan sebenar.
SATISFACTION
Untuk mencapai komponen KEPUASAN,
strategi berikut adalah digalakkan:
Memberikan insentif yang menarik dan tidak
dijangkakan.
Memberikan pujian secara lisan.
Mengelakkan pengukuhan yang terlalu berat
sekiranya kesalahan berlaku.
Menggunakan pengukuhan yang berulang-ulangan
semasa pelajar mula mempelajari sesuatu konsep
baru dan seterusnya mengurangkan pengukuhan
secara beransur-ansur apabila pelajar sudah mula
menguasai kemahiran yang diinginkan.

Anda mungkin juga menyukai