Anda di halaman 1dari 10

Bab 4 : Kurikulum Pendidikan

Islam di Malaysia
1. Berdasarkan pendapat-pendapat
sarjana Islam mengenai Pendidikan
Islam, huraikan perkaitan pendapat-
pendapat tersebut dengan kurikulum
Pendidikan Islam di Malaysia.
Ibn Rushd
- banyak tertumpu kepada persoalan yang berkaitan
dengan metafizik terutamanya tentang ketuhanan.
- menekankan kepentingan menjaga kesihatan.
Perkaitan dengan Kurikulum Pendidikan Islam
- subjek pendidikan islam amat menekankan ilmu tauhid
merupakan ilmu yang berkaitan dengan ketuhanan
- bagi Ibn Rushd ilmu ini sangat penting kerana ia menjadi
banteng diri untuk umat islam
- sekiranya diteliti di dalam KSSR bagi subjek Pendidikan
Islam, terdapat modul kepercayaan Akidah, dimana modul
tersebut menekankan aspek-aspek ketuhanan dan yang
perlu didedahkan kepada para pelajar.
- pendapat Ibn Rushd amat berkait rapat dengan
Kurikulum Pendidikan Islam yang terdapat di Malaysia.
Ibn Khaldun
- berpendapat bahawa tidak cukup seorang guru hanya membekali
murid dengan ilmu pengetahuan akan tetapi guru wajib memperbaiki
kaedah pembelajaran dan pengajaran untuk murid-murid.
- beliau juga tidak bersetuju dengan kaedah verbalisme (mengajar
melalui buku teks)
Perkaitan pendapat dengan kurikulum pendidikan Islam
- pada masa kini, guru perlulah menggunakan set induksi dan bahan
bantu mengajar.
- selari dengan pendapat Ibn Khaldun, guru telah memperbaharui
teknik Pembelajaran dan pengajaran.
- set induksi digunakan untuk merangsang murid manakala Bahan
Bantu Mengajar (BBM) digunakan agar murid lebih mudah dan cepat
untuk memahami subtopik yang diajar oleh guru
- Merujuk DSKP yang dibuat berpandukan matlamat kurikulum terkini
iaitu KSSR, bagi subjek pendidikan Islam, murid bukan hanya perlu
mencapai tahap ilmu pengetahuan, malah murid juga turut perlu
mencapai tahap amali, amalan, iltizam, penghayatan dan pentabiatan.
- bagi subjek pendidikan Islam masa kini, buku teks
hanya digunakan sebagai rujukan dan selebihnya
bergantung kepada Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
dibuat oleh guru dan penglibatan murid dalam kelas.
- Contohnya bagi topik Tayammum, guru boleh
membawa debu tanah yang suci ke kelas dan
melaksanakan praktikal di dalam kelas bersama anak
murid.
- pendapat Ibn Khaldun ini berkait rapat dengan
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.
Al-Farabi
- menekankan bahawa tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada
sains dan politik.
Perkaitan pendapat dengan Kurikulum Pendidikan Islam
- jika dilihat melalui konteks pendidikan islam, sebagai guru kita tidak
sepatutnya memisahkan agama dengan mana-mana ilmu yang terdapat
dalam dunia.
- Hal ini demikian kerana, untuk melahirkan insan yang berminda kelas
terbuka dan berdaya saing serta mampu merentasi kurikulum di masa
akan datang.
- Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia amat menekankan aspek
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) agar ilmu itu dapat disampaikan
secara bersepadu kepada anak murid.
- Contohnya : guru boleh membuat kaitan bagi subtopik solat dengan
sains iaitu kesihatan.
- Hal ini menyebabkan murid-murid dapat melihat ilmu itu daripada
pelbagai sudut atau meluas.
2. Kenal pasti elemen-elemen baru
dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan cadangkan
langkah-langkah pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bagi
merealisasikan hasrat tersebut.
Kreativiti dan Inovatif

- Murid menghasilkan satu produk atau bahan


dengan menggunakan peralatan kitar semula
yang mana boleh dijadikan untuk menghias
kawasan sekolah mereka.
- Guru menubuhkan kelab dan menganjurkan
aktiviti yang menarik seperti pertandingan
inovasi yang melibatkan murid-murid tersebut.
Keusahawanan

- Guru perlu mengadakan kursus keusahawanan kepada


murid-murid dengan menjemput penceramah dari luar
atau yang pakar dalam biang ini. bagi menarik minat
murid-murid untuk menceburi bidang keusahawanan
ini.
- Murid didedahkan dengan lebih awal mengenai
perlakuan-perlakuan seorang usahawan melalui subjek
Keusahawanan di sekolah.
- Pihak sekolah juga boleh mengadakan Hari Koperasi
atau Hari Kantin dan menggalakkan murid-murid untuk
melibatkan diri dalam jualan sepanjang program itu
berlangsung.
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

- Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan


dengan menggunakan perkakasan dan perisian TMK
bersesuaian dengan topik oleh guru bagi memastikan
setiap murid dapat mengenal pasti kegunaan setiap
perkakasan dan perisian tersebut.
- Matapelajaran ICT di sekolah perlu dimanfaatkan agar
murid-murid dapat mempelajari mengenai cara
penggunaan komputer seperti murid perlu diberikan
tugasan iaitu membuat pembentangan projek dengan
menggunakan Liquid-Cristal Display (LCD).

Anda mungkin juga menyukai