Anda di halaman 1dari 14

TEORI BELAJAR AUSUBEL

Nama teori : Teori Belajar Bermakna


Ausubel- Pemikiran deduktif
Ausubel mengatakan bahawa pembelajaran
bermakna adalah suatu proses yang mengaitkan
informasi baru pada konsep-konsep relevan yang
terdapat dalam struktur kognitif seseorang.
Proses belajar dapat diklasifikasikan berdasarkan
cara menyampaikan bahan, yaitu: (1) Penerimaan
dan (2) Penemuan.
Cara pelajar menerima pelajaran yaitu: (1) belajar
bermakna dan (2) belajar hafalan.
Prasyarat Belajar Bermakna
Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-
kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur
pengetahuan mereka. Ini bererti bahan subjek itu mestilah
sesuai dan relevan dengan struktur kognitif yang
dimilikinya.
Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis pembelajaran,
iaitu pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan
pembelajaran menghafal (rote learning).
Pembelajaran menghafal adalah tidak bermakna kerana
kanak-kanak memperoleh pengetahuan baru tanpa
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dalam
struktur kognitif mereka.
Kanak-kanak seharusnya belajar dengan menoganisasikan
fenomena, pengalaman dan fakta-fakta baru ke dalam
skemata yang telah dipelajari.
Ciri-ciri/ kondisi-kondisi belajar
bermakna
Menjelaskan hubungan bahan-bahan baru
dengan bahan-bahan lama.
Lebih dulu diberikan idea yang paling umum
dan kemudian hal-hal yang lebih terperinci
Menunjukkan persamaan dan perbezaan
antara bahan baru dengan bahan lama
Mengusahakan agar ide yang telah ada
dikuasai sepenuhnya sebelum idea yang baru
disajikan.
Pembelajaran Verbal dengan
Penyusunan Awal
Penyusunan Awal (Advance Organizers) telah
diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan
skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran,
supaya pembelajaran optima berlaku.
Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya
kesesuaian tersebut ialah memulakan
pembelajaran berpandukan kepada penyusunan
awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan
hubungan antara konsep-konsep yang hendak
disampaikan pada hari tersebut.
Tujuan penggunaan penyusunan awal
Terdapat tiga tujuan :
iaitu memberi gambaran tentang apa yang
penting dalam pelajaran,
menjelaskan hubungan antara konsep yang
akan dihuraikan dan
menggerakkan minda pelajar untuk ingat
semula konsep berkaitan yang telah dipelajari
Ausubel (Deduktif = Umum Spesifik)
Ausubel mementingkan penyusunan konsep
dalam satu bentuk pengetahuan yang disusun
secara hirarki iaitu dari konsep yang umum ke
spesifik.
Konsep tersebut adalah tersusun dan
dikaitkan secara bermakna. Idea yang umum
dalam subjek itu sepatutnya dipersembahkan
dahulu dan dijelaskan secara terperinci dari
segi butirannya.
Pembelajaran Verbal
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran
verbal (lisan) bermakna (meaningful verbal
learning), termasuk pentingnya maklumat
lisan, idea dan hubungan antara idea yang
dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.
Bagaimanapun, hafalan (rote memorization)
tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
Tiga kebaikan dari belajar bermakna
Informasi yang dipelajari secara bermakna
dapat lebih lama untuk diingat
Informasi yang dipelajari secara bermakna
memudahkan proses belajar berikutnya untuk
bahan pelajaran yang hampir sama
Informasi yang dipelajari secara bermakna
mempermudah belajar hal-hal yang hampir
sama walaupun telah terjadi lupa.
Langkah langkah menerapkan teori
Ausubel dalam mengajar
Ausubel mengatakan faktor yang paling
penting mempengaruhi pelajar belajar adalah
apa yang telah diketahui oleh pelajar.
Pernyataan Ausubel tersebutlah yang menjadi
inti teori belajarnya. Jadi, agar terjadi belajar
bermakna, konsep baru atau informasi baru
harus dikaitkan dengan konsep-konsep yang
telah ada dalam struktur kognitif pelajar.
Pembelajaran Ekspositori/ Deduktif
Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang
menyatakan bahawa manusia memperoleh ilmu
kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi
(terima)dan bukan pembelajaran penemuan. Model
pembelajaran ini kadang-kadang dikenali sebagai
Model Pembelajaran Ekspositori atau deduktif.
Menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh
guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan
mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap.
Pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk
deduktif daripada umum kepada spesifik atau
daripada prinsip kepada contoh.
Tugas guru ialah menyusun konsep dan prinsip untuk
dipersembahkan kepada pelajar.
Implikasi Teori Ausubel
Guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur supaya
kanak-kanak dapat memahami keseluruhan
konsep
Menggunakan penyusunan awal untuk
menggalakkan kanak-kanak mengingati semula
konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya
dengan konsep baru yang akan dipelajari serta
mengingatkan mereka tentang perkara-perkara
penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.
TUTORIAL
1. Terangkan bagaimana anda dapat
mengaplikasikan teori Ausubel untuk
mengajar satu tajuk sains sekolah rendah.
2. Bandingkan kelebihan dan kelemahan Teori
Ausubel dan Teori Bruner dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains sekolah
rendah.

Anda mungkin juga menyukai