Anda di halaman 1dari 24

ISU DAN CABARAN

PENDIDIKAN:
Globalisasi Dalam
Pendidikan
Guru dan Cabaran Semasa
HASIL PEMBELAJARAN

Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran


globalisasi dalam pendidikan (1.1)
GLOBALISASI

Proses mengetepikan sekatan untuk


mewujudkan dunia terbuka dan tanpa
sempadan
GLOBALISASI
Satu ideologi perubahan budaya, sosial dan
politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat
ICT.
Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan
wujudnya konsep dunia tanpa sempadan,
konsep liberalisasi maklumat, konsep
pembelajaran global, konsep perubahan
global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005).
ICT

Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk


kepada teknologi (hardware, software,
telecomunication dan networks). Sesuatu yang
nyata (tangible) contohnya komputer peribadi,
servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak
nyata (intangible) contohnya software.
ICT

Kekangan dan
cabaran Peranan ICT dalam
penggunaan ICT pengajaran dan
pembelajaran

Jurang
Sikap ICT dan Meningkat
negatif digital kemahiran
guru
Meningkatkan ICT
motivasi guru
Kekurangan dan pelajar
kemahiran

Kekangan Kekurangan Membolehkan


dalam prasarana dan pembelajaran
menghabiska bahan bersendiri
n silibus sokongan
PERANAN ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ini bermaksud menggunakan ICT secara


berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
PERANAN ICT:
Berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan guru dan pelajar terhadap
pelajaran.
Memberi peluang pembelajaran yang sama
kepada semua pelajar yang pelbagai
keupayaan.
Membolehkan pembelajaran bersendiri
(individualise learning).
Membolehkan guru mengakses maklumat
yang sukar diperolehi.
 Membolehkan guru mengumpul maklumat yang
perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk
diperoleh.
 Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana
eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau
bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
 Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan
pelajar.
 Memberi peluang kepada pelajar belajar secara
berkesan dengan bimbingan yang minimum.
KEKANGAN DAN CABARAN
PENGGUNAAN ICT
1. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus
 Penggunaan internet memerlukan masa
yang lama untuk dilayari dan diakses
walaupun dari segi sikap guru bersedia
menggunakan komputer dalam pengajaran.
2 Sikap Negatif Guru
 Sebahagian guru yang telah sebati dengan
kaedah tradisional dan sukar untuk membuat
penyesuaian dengan teknologi instruksional.

3 Kekurangan Kemahiran
 Penggunaan IT mempunyai hubungan yang
signifikan dengan bidang pelbagai
kecerdasan atau multiple-intelligences yang
mencorakkan budaya pembelajaran yang
tidak lagi terikat kepada pembelajaran
konvensional.
4. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
 Satu cabaran penting pendidikan di sekolah
ialah menyediakan kemudahan komputer
untuk semua pelajar. Ini bermakna
kemudahan komputer tidak terhad kepada
golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan
keseluruhan pelajar tanpa mengira status
ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
 Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat
di sekolah pada masa ini adalah tidak
seragam. Ada yang meletak komputer di
dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan
semua komputer ini di dalam makmal. Ada
yang memilik sambungan kepada Internet,
ada yang tidak.
5 . Jurang ICT dan Digital
 Ketidakseimbangan yang berlaku dalam
masyarakat terutama dan segi ekonomi,
pendapatan, pendidikan, kemudahan
infrastruktur. pemodenan dan sebagainya
akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT
dan digital.
 Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang
terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu
disediakan bagi membantu pelajar dan
sekolah melaksanakan misi dan visi
membentuk masyarakat IT dan masyarakat
digital.
6. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi bagi membiayai
berbagai-bagai kos penggunaan teknologi
maklumat akan kembali kepada pembelajaran
konvensional.
Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang
komited terhadap penggunaan ICT juga boleh
menyebabkan sekolah tertinggal dari arus
perubahan perdana yang berlaku.
CADANGAN
1. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus
 Pendekatan pengajaran menggunakan ICT
perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang
mencakupi penggunaan internet, melayari
laman web, on-line, e-mel, program
pendidikan yang diselaraskan di peringkat
sekolah, dan perisian yang perlu dirancang
sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah
dan digunakan secara intensif dan ekstensif
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang dengan baik,
bukan secara “bidang terjun” atau sebagai
aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan
dengan kurikulum.
2 Sikap Negatif Guru
Guru harus meninggalkan pengajaran-
pembelajaran cara lama yang diamalkan,
sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik
dalam konteks penggunaan teknologi
maklumat.
Pemikiran positif perlu wujud di kalangan
pelaksana dasar penggunaan ICT di semua
peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi
membolehkan ICT diadaptasikan dan
diperluaskan dalam budaya pembelajaran.
Guru-guru perlu diberi latihan dalam
penggunaan teknologi baru untuk
diaplikasikan di dalam bilik darjah.
3 Kekurangan Kemahiran
Guru perlu didedahkan kepada idea baharu
dan peluang dalam kerjaya profesion
keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT
jangka pendek.
Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif
memajukan profesion keguruan dalam konteks
penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-
guru yang berkhidmat di sekolah menerima
perubahan dan kemajuan dalam kerjaya
profession keguruan mereka.
Program perkembangan staf yang melibatkan
profesion keguruan di sekolah-sekolah harus
dirancang dengan baik.
Ini boleh membawa kepada inovasi dan
perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan
dilakukan. Profesion keguruan harus sentiasa
terbuka kepada perubahan, pembaharuan
dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di
Sekolah.
4. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
 Memperbaiki infrastruktur komunikasi dan
multimedia seperti kemudahan komputer,
lebar jalur tinggi yang bersepadu dan
sambungan Internet serta makmal komputer.
 Meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian,
kandungan tempatan, insentif dan
perundangan untuk membentuk persekitaran
yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
5. Jurang ICT dan Digital
 Penggunaan komputer perlu dipergiatkan
dan diperluaskan, terutama di sekolah-
sekolah di luar bandar.
 Memastikan lebih ramai pelajar mendapat
faedah.
 Pembangunan perisian untuk mata pelajaran
Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu
dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata
pelajaran lain perlu dibangunkan.
6. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria
bagi melaksanakan pembelajaran
berasaskan komputer di sekolah-sekolah.
Sekolah perlu merangka belanjawan
pendidikan yang semakin meningkat,
khususnya perbelanjaan yang melibatkan
penggunaan kemudahan, peralatan dan
perkakasan teknologi maklumat.

Anda mungkin juga menyukai