Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM SARANA MOTIVASI

IBU BAPA BAGI MURID-MURID


BERMASALAH KEHADIRAN
KURANG 80% TAHUN 2014
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
PONTENG SEKOLAH
 1. Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di
sekolah.

 Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap
pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca
daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan
tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal
seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya.
 Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka
mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana
ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang
menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang
lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini
biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah
semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap
ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat
memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

 2. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa

 Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih
sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan
tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah
malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga
anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa.
Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu
cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat
perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan
dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya “kawan
baru” ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga
anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.
 Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar
yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut.
Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak
mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan
urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak
sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa
atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan
hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan
kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya
terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa
ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut
menyumbang ke arah masalah ini.
 3. Pengaruh rakan sebaya

 Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam
mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan
sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-
pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala
ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-
rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai
alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan
dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng
sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka
tidak hadir ke sekolah.

 4. Mencari Keseronokan

 Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih
mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana
terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak
atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah,
pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat
juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi
mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana
tidak ada unsur-unsur hiburan.
 5. Peraturan sekolah yang terlalu ketat

 Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi
ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat
menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan
pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu.
 Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil
keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka
itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang
mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman
yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

 6. Tekanan Ekonomi

 Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka


malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi
mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah,
mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa
lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu
bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan
tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang
ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu
keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang
bekerja pada waktu malam.
 Ponteng Sekolah Berturut-turut Tanpa Sebab

(Sekurang-kurangnya 31 hari berturut-turut hari


persekolahan murid tidak hadir tanpa sebab
boleh digantung tanpa tarikh / dicadangkan
dibuang sekolah)

Amaran Pertama – 3 hari

Amaran Kedua – 3 + 7 hari seterusnya (10 hari)

Amaran Ketiga – 10 + 7 hari seterusnya (17 hari)

Gantung Tanpa Tarikh – 17 + 14 hari seterusnya


(31 hari)
 Ponteng Sekolah Secara Berkala Tanpa Sebab

(Sekurang-kurangnya 60 hari tidak berturut-turut


murid tidak hadir tanpa sebab boleh digantung tanpa
tarikh / dicadangkan dibuang sekolah)

Amaran Pertama – 10 hari

Amaran Kedua – 10 + 10 hari seterusnya (20 hari)

Amaran Ketiga – 20 + 20 hari seterusnya (40 hari)

Tindakan Gantung – 40 + 20 hari seterusnya (60 hari)


Tanpa Tarikh/Dicadangkan Dibuang Sekolah.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (1994). MENANGANI MASALAH


PONTENG SEKOLAH. BAHAGIAN UNIT DISIPLIN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA.

Anda mungkin juga menyukai