Anda di halaman 1dari 23

AKIDAH

AKIDAH
dari sudut istilah ialah
kepercayaan yang pasti dan
dari segi bahasa bererti
keputusan yang muktamat
simpulan iman ataupun
tidak bercampur dengan syak
pegangan yang kuat atau satu
atau keraguan pada
keyakinan yang menjadi
seseorang yang berakidah
pegangan yang kuat
sama ada akidah yang betul
atau sebaliknya

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan
ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman
dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman
dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang
dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya.
Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan
RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
PEMBINAAN AKIDAH
Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara
khusus

Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-


perkara yang disuruh oleh Allah

Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam

Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana


yang baik

Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah

Bertawakal kepada Allah


Ilmu Akidah ialah Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung
dengan keimanan kepada Allah swt

Diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan
malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai
sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada
Rasulullah saw yang bermaksud:-
“Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka
jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat,
kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman
bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua
daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”
Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah swt maka
terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah swt,
bertambahlah iman mereka dan kepada tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka
mendirikan solat, membelanjakan daripada apa yang kami beri rezki kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya".
(al-Anfal : 2-4)
ASAS AKIDAH ISLAM
Beriman kepada Allah

Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada Kitab

Beriman kepada Rasul

Beriman kepada hari akhirat

Beriman kepada Qada’ dan Qadar


BERIMAN KEPADA ALLAH

beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan
perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah
Ta’ala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud:


Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan
alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan,
suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu
TAUHID
bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb
(pencipta, pemilik, pemerintah, memberi
rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh
dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain
Tauhid Rububiyah
sebagai rabb atau bersama-sama Allah
menjadi Rabb.v

orang Islam yang beriman dengan keimanan


yang sebenar, dia hanya mengambil Allah
sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah
bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah
Tauhid Uluhiyyah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya.
Maklud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan
disembah.

Mengesakan nama-nama Allah yang amat


Tauhid Asma’ wassifat
indah dan sifat-sifatNya yang sangat luhur dan
mengenal sifat-sifat kesempurnaan Allah
Beriman kepada Malaikat

Meyakini dan mempercayai bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk yang
keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka
sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan
oleh Allah daripada cahaya.
Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):
”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap &
dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith
riwayat Muslim)
TUGAS MALAIKAT
Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada
nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan
Jibril kepada manusia
Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan,
Mikail bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut
yang dikehendaki oleh Allah
Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa
Izrail apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh
Allah
Israfil Meniup sengkekala apabila tiba masanya

Raqib Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia


Mencatit amalan kejahatan yang dilakukan oleh
Atib
manusia
Mungkar
Nakir Menyoal manusia dalam kubur

Ridwan Menjaga Syurga

Malik Menjaga Neraka


HIKMAH BERIMAN DENGAN MALAIKAT
Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan
sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau
dimana dia berada

Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana
menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat
Raqib & Atid

Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa
yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati,
dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur
Beriman kepada Kitab

Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah
kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-
ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk
memperbaiki kehidupan manusia di dunia

Firman Allah swt yang bermaksud:


”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu
tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-
nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan
balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab
neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai
keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia
mengenai apa yang mereka pertikaikan”
(Surah Al-Baqarah: 213)

Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada
segala kitab-kitab yang terdahulu
KITAB YANG WAJIB DI KETAHUI
Zabur Nabi Daud (dalam bahasa
Qibti)

Taurat Nabi Musa (dalam bahasa


Ibrani)

Injil Nabi Isa (dalam bahasa


Suryani)

Nabi Muhammad saw


Al-Quran (dalam bahasa Arab)
HIKMAH BERIMAN DENGAN KITAB
Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja
iaitu Islam. Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama
yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung
dalam semua kitab-kitab yang datang daripada Allah

Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama
boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau
perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi
dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain
semuanya sama
Beriman kepada Rasul

Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan


beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup
sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan yang
membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
SIFAT WAJIB BAGI RASUL
Siddiq Benar pada segala percakapan, perkhabaran
& perbuatan

Amanah
Jujur dan tidak membuat kesalahan

Tabligh Menyampaikan semua perintah Allah kepada


manusia

Fathonah Bijaksana
Beriman kepada hari akhirat

Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang


paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan
manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang
manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir
selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan,
sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia
kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan
penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini
hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan
hari Akhirat.
KEPENTINGAN BERIMAN DENGAN
HARI AKHIRAT
Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan
tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua
manusia

Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku


pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat
dan segala isi kandungannya

Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat

Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan


Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Maksud Takdir :

Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya


manusia dapat dibahagikan kepada dua:
Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya
manusia
SIKAP ORANG MUKMIN DALAM
MENERIMA TAKDIR

Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adil dan
tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada
manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu
hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan
demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui

Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita.
Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan
kepada kita
PERKARA YANG BOLEH MEROSAK DAN
MEMBATALKAN AKIDAH
Melalui Percakapan atau
ucapan

Melalui Perbuatan

Melalui Iktikad dalam hati

http://www.islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php
KESIMPULAN
Akidah Islam yang ada dalam
hati umat Islam kini mungkin
tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak
dapat mencapai kegemilangan
sebagaimana umat Islam di
zaman Nabi saw dan para
Sahabat. Umat Islam pada hari
ini begitu rapuh akidahnya.
Lantaran itu mereka amat
mudah terpengaruh dengan
berbagai-bagai unsur negatif.
Kemunduran umat Islam kini
kerana mereka semakin jauh
dari menghayati Akidah Islam
yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai