Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM SUKAN RAKYAT 4.

0
Persatuan Chemistry Fusion Club (CFC) telah
menganjurkan Program Sukan Rakyat 4.0 yang
diadakan di Padang Seroja, UiTM Shah Alam
pada 28 October 2018. Program ini telah
melibatkan para siswa dan siswi UiTM Shah
Alam pada dari pelbagai fakulti serta
beberapa orang alumni dan pensyarah.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk
memupuk semangat kesukanan dalam diri
disamping memperingati permainan-
permainan tradisional yang semakin dilupakan.
Program Sukan Rakyat yang diadakan untuk
kali keempat ini mampu untuk mencergaskan
tubuh badan serta mencerdaskan minda siswa
dan siswi disamping membantu mereka untuk
menghilangkan tekanan.
Seramai 17 ahli jawatankuasa juga terlibat
sebagai fasilitator bagi menjayakan program
ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah tuju
selipar, gula dalam tepung, congkak baldi,
dam haji serta bola beracun. Program Sukan
Rakyat 4.0 ini kemudiannya diakhiri dengan sesi
pemberian hadiah buat para pemenang serta
sesi bergambar.

Anda mungkin juga menyukai