Anda di halaman 1dari 14

PEDAGOGI

KELAS
BERCANTU
M
Syukri bin rosle, fauzan aziz,
shazlie, haizuan bin chen long
PENGENALAN

Kelas bercantum merupakan salah satu pendekatan yang mampu memberikan


peluang kepada murid di kawasan pedalaman untuk mengikuti pembelajaran
apabila guru mengendalikan pengajaran kepada kelas-kelas yang berbeza pada
satu masa yang serentak.
KONSEP KELAS BERCANTUM

– Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang


mengandungi murid-muridnya yang umurnya hampir sebaya..
– Kelas bercantum sebagai satu bentuk pengajaran di mana seorang guru
mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu
gred di dalam sebuah bilik darjah.
CIRI­CIRI KELAS 
BERCANTUM
– Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.
– Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan.
– Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan
satu kelas biasa dibuka.
– Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru
mengikut bilangan kelas.
– Strategi pengajaran dan pembelajaran bebeza daripada kelas biasa.
KUMPULAN KECIL DALAM 
PdP KELAS BERCANTUM
– Kumpulan sama kebolehan
– Kumpulan pelbagai kebolehan
– Kumpulan tahun persekolahan
– Kumpulan sosial
– Kumpulan individu
KUMPULAN SAMA 
KEBOLEHAN
– Pencapaian murid membantu guru membahagikan murid kepada kumpulan
mengikut pencapaian mereka, iaitu kumpulan yang cerdas, sederhana, dan
lemah.
– Guru perlu memberikan perhatian kepada kumpulan lemah sebagai
memotivasikan murid untuk mengikuti pembelajaran dengan berkesan.
KUMPULAN PELBAGAI 
KEBOLEHAN
– Guru membahagikan murid pelbagai kebolehan ke dalam satu kumpulan dan
kerja berpasukan serta saling membantu.
– Murid cerdas yang menguasai kemahiran membaca boleh membantu kawannya
yang belum mahir membaca.
– Aktiviti berbentuk projek sangat sesuai dijalankan sekiranya guru
mencampurkan murid pelbagai kebolehan ke dalam satu kumpulan
memandangkan aktiviti projek melibatkan pelbagai kemahiran.
KUMPULAN TAHUN 
PERSEKOLAHAN
– Kelas bercantum membenarkan guru mengendalikan PdP serentak kepada dua
kumpulan murid yang berada pada tahun persekolahan yang berbeza.
– Guru akan mengajar secara bergilir sementara itu murid menjalankan aktiviti
kendiri.
KUMPULAN SOSIAL

– Guru memberikan ruang kepada murid untuk memilih kumpulan masing-


masing.
– Murid memilih kumpulannya berdasarkan aspek sosial, iaitu murid akan berada
dalam kumpulan yang disenangi.
KUMPULAN INDIVIDU

– Kelas bercantum juga boleh dikendalikan secara individu.


– Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran.
– Kaedah kumpulan individu membolehkan murid dibimbing oleh guru secara
individu dan memastikan bahawa murid menerima perhatian khusus daripada
guru.
RANCANGAN PENGAJARAN 
KELAS BERCANTUM
– Rancangan dan pelaksanaan PdP di setiap bilik darjah perlu mengikut panduan
yang telah ditetapkan KPM.
– Seorang guru yang mengendalikan kelas bercantum perlu menyesuaikan
sukatan pelajaran dengan suasana kelas bercantum.
– Contohnya :
 Guru yang mengajar kelas tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan
pelajaran bagi kedua-dua tahun dan membuat penyelesaian jadual supaya dapat
diajar serentak ikut prinsip kelas bercantum.
PENGURUSAN JADUAL 
WAKTU
– Jadual waktu kelas bercantum hendaklah disusun mengikut masa yang
diperuntukan untuk sesuatu subjek.
– Sebaik-baiknya gabungan 2-3 waktu untuk satu mata pelajarn secara berterusan
terutama mata pelajaran teras.
CARA MENILAI MURID 
KELAS BERCANTUM
– Pemerhatian secara tidak langsung ke atas pencapaian murid secara berterusan.
– Semakan boleh dilakukan bersama murid dalam kelas supaya murid dapat
mengesan kesilapan mereka dan kawan-kawan.
– Ujian formal untuk uji pencapaian murid.
– Ujian diagnostik dapat mengenalpasti kelemahan murid.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai