Anda di halaman 1dari 15

Kata Tugas

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Objektif
• Mengetahui konsep dan peranan kata tugas dalam item
pentaksiran

• Memahami kata tugas yang berkaitan dalam item


pentaksiran

• Menggunakan kata tugas yang sesuai dalam pembinaan


item pentaksiran

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Kata Tugas

Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan


memandu calon memberikan respons yang sejajar
dengan tugasan item

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Contoh Kata Tugas
• Takrifkan / Definisikan
Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang
makna suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi.
• Nyatakan
Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
penerangan lanjut.
• Senaraikan
Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori dan
sebagainya secara spesifik tanpa memberi hubungan,
perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Contoh Kata Tugas
• Namakan
Memberikan kata panggilan yang spesifik terhadap suatu
perkara
• Labelkan
Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik
terhadap suatu rujukan pada rajah, graf, carta, ilustrasi dan
sebagainya
• Kenalpastikan
Memberikan petunjuk atau makluman terhadap suatu benda
atau pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Contoh Kata Tugas
• Terjemahkan
Menukarkan suatu bentuk maklumat kepada suatu bentuk
maklumat lain tanpa mengubah makna maklumat tersebut.
• Tukarkan bentuk
Mempersembahkan maklumat kepada suatu bentuk lain
yang lazim
• Ringkaskan
Memberi penerangan yang lebih padat daripada pernyataan
asalnya dengan mengekalkan kandungan utama
pernyataan itu

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Contoh Kata Tugas
• Anggarkan
Memberikan suatu sukatan yang dianggap sesuai
dengan keadaan yang ditetapkan dengan
menggunakan ciri-ciri suatu pengetahuan tertentu

• Ramalkan
Memberikan suatu nilai yang dijangkakan berdasarkan
pola atau corak tertentu

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Kata Tugas

Membayangkan kerecaman tugasan

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Contoh Kata Tugas
• Lukiskan
• Memberikan persembahan berbentuk grafik bagi
memperincikan suatu benda atau perkara

• Lakarkan
• Memberikan persembahan berbentuk grafik secara
kasar tanpa memerlukan perincian atau mengikut skala

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Contoh Kata Tugas
• Berapakah
• Memberikan suatu kuantiti secara terus atau kiraan
mudah dan tidak melibatkan prosedur hitungan tertentu

• Hitungkan
• Memberikan suatu kuantiti yang diperolehi melalui
prosedur hitungan tertentu seperti menggunakan rumus

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Kata Tugas

Suatu kata tugas tidak unik bagi sesuatu objektif


pentaksiran

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Contoh Kata Tugas
• Lakarkan simbol bagi DAN
• Tugasan ini mentaksir pengetahuan tentang konvensi
(simbol)

• Lakarkan satu litar yang menunjukkan gabungan get-


get logik yang mungkin terdapat di dalam kotak hitam itu
• Tugasan ini mentaksir kebolehan mensintesis

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Kata Tugas

Terdapat Kata Tugas yang memerlukan sokongan


beberapa perkataan lain atau frasa untuk
menjelaskan tugasan.

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Contoh Kata Tugas

• Jelaskan bagaimana anda boleh mengubahsuai sistem


pengairan di atas supaya penggunaan tenaga dapat
dijimatkan di samping mengekalkan keupayaan
pengairan ladang itu.

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018


Perbincangan

• Cuba senaraikan Kata Tugas yang pernah anda


gunakan dalam penulisan item untuk ujian peringkat
sekolah.

• Bagi setiap Kata Tugas itu, bincangkan bentuk


respons yang diharapkan daripada murid.

28/7/2018 JO/PISMP/EDUP3063/BM/Jan 2018

Anda mungkin juga menyukai