Anda di halaman 1dari 11

Edup

Ciri-ciri profesion

 Individu yang sifatkan sebagai profesional atau ahli sesuatu profesion bolehlah diertikan
sebagai seorang yang menjalankan sesuatu tugas yang dibayar upah dan
 yang pakar dalam bidang pekerjaan yang dijalankannya.
 ciri-ciri atau atribut yang terdapat pada sesuatu profesion diutarakan oleh Greenwood
(1957), Wilensky (1964), Lubell (1978) dan Bayles (1988).
1. PERKHIDMATAN UNIK

 Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang diperlukan
oleh masyarakat. Dalam hal ini, hanya individu dalam profesion sahaja yang dapat
memberikan perkhidmatan berkenaan untuk kesejahteraan umum. Contohnya, hanya
doktor perubatan memberi khidmat perubatan, hanya jurutera memberi khidmat
kejuruteraan.
2. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

 Ahli sesuatu profesion mempunyai fakta, konsep, prinsip & teori serta kemahiran yang
tinggi dalam sesuatu bidang yang mengaplikasinya dalam pekerjaan masing-masing.
Contohnya, seorang peguam perlu mengetahui segala undang-undang, akta, peraturan
yang berkaitan. Seorang profesional telah melibatkan diri secara peribadi dengan
kerjayanya, dan kepuasan tidak setakat ganjaran wang, tetapi juga simbol-simbol seperti
gelaran dan anugerah. Contohnya, diawal nama seorang doktor ialah singkatan “Dr”
dan bagi engineer pula singkatan yang digunakan ialah “Ir
3. LATIHAN KHUSUS

 Seorang orang profesional mesti mengikuti pendidikan dan latihan yang berpanjangan
sama ada di kolej, maktab, institusi atau universiti. Bagaimana pun, seseorang itu tidak
semestinya memasuki kolej atau universiti untuk mempelajari sesuatu bidang ilmu kerana
dia boleh mendapat pensijilan dengan belajar secara jarak jauh. Contohnya, seorang
boleh menjadi akuantan dengan mengikuti kursus ACCA atau CIMA tanpa ke universiti
dan menjadi profesional. Seorang profesional harus menunjukkan keupayaannya dengan
 melulus ujian atau peperiskaan. Kebanyakkan profesion mensyaratkan ahli mereka
mempunyai lesen atau sijil. Bagaimana pun, tidak semua pekerjaan yang memerlukan
lesen atau pensijilan memenuhi kriteria profesion. Ahli sesuatu profesion diberikan lesen
atau sijil yang menggariskan peringkat bidang kuasa pekerjaan selaras dengan kriteria di
mana mereka mempunyai pengaruh yang agak besar. Contohnya, sesuatu projek
pembinaan tidak akan dilulus oleh pihak berkuasa selagi tidak ditandatangani oleh
jurutera perunding yang bertauliah.
4. AUTONOMI

 Seorang profesional menikmati autonomi dan tanggungjawab tentang pekhidmatan


yang diberikan kepada orang ramai yang tidak dapat menilai kualiti perkhidmatan yang
diterima. Contohnya, bila anda dirawat oleh doktor, dia mempunyai kuasa menentukan
rawatan yang anda wajar menerima. Oleh kerana anda tidak mempunyai kelayakan
dan pengalaman sewajarnya, anda tidak dapat menentukan kualiti perhidmatan yang
diberikan.
5. TANGGUNGJAWAB

 Walau pun ahli sesuatu profesion mempunyai kebebasan autonomi, dia terpaksa juga
memikul tanggungjawab semua tindakan dan keputusan yang dibuat. Oleh kerana
perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang profesional itu melibatkan kebajikan
manusia, maka tanggungjawabnya amatlah berat. Contohnya, doktor
bertanggungjawab apabila pesakitnya mati selepas sesuatu pembedahan. Saudara-
mara boleh mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka dapati doktor berkenaan
cuai.
6. KOD ETIKA

 Profesional mematuhi piawaian tingkah laku yang berorientasikan perkhidmatan yang


jelas, sistematik dan mengikat (binding); menetapkan hubungan rakan sekerja yang
membantu dan menyokong sama sendiri, dan dikuatkuasakan oleh persatuan-persatuan
mereka. Integriti sesuatu profesion dipantau dengan berpegang kepada kod etika. Kod
etika mengawal selia tingkahlaku individu dariapda sesuatu profesion dan mekanisme
diwujudkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kod etika
7. BADAN KAWALAN

 Kebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau organasasi yang terdiri


daripada pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha
untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion. Contohnya, Majlis
Perubatan Malaysia (Malaysian Medica Council), memantau tingkah laku doktor
perubatan; Majlis Bar Malaysia (Malaysian Bar Council) memantau kelakuan perguam,
dan Persatuan Akitek Malaysia memantau tindak-tanduk akitek. Badan-badan ini
mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang telah
melanggar kod etika yang teah persetujui [Rujuk kepada Bab 3 h: 17 yang menunjukkan
tindakan yang diambil oleh Majlis Perubatan Malaysia terhadap ahli mereka yang
melanggar kod etika]. [sumber: Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala
Lumpur: Heinemann Asia]

Anda mungkin juga menyukai