Anda di halaman 1dari 17

TOPIK 6: PENGARUH CHINA

Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San menegaskan catatan dua

karya pujangga China dari Dinasti Tang, I-tsing ada merekodkan Langkasuka. Hal ini secara

tidak langsung menjelaskan serba sedikit tentang hubungan antara kerajaan Melayu dan

tamadun China.

“I-tsing ialah pujangga Buddha yang belayar dari China ke Srivijaya, Sumatera pada

671. Tokoh itu juga belayar ke Lembah Bujang, Kedah pada 672,” katanya pada Persidangan

Antarabangsa Hubungan Tamadun Melayu-tamadun China di Institut Tamadun Islam dan

Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini. Hin San

berkata, dalam buku Riwayat Hidup Sami Yang Menuntut Ilmu ke Barat Zaman Dinasti Tang,

Itsing mencatatkan sambutan terhadap seorang sami yang bersamanya dikenali sebagai Yi-

hui: “Apabila tibanya negara Langkasuka, Yi-hui dijangkiti penyakit yang tidak dapat diubati,

akhirnya meninggal dan dikebumikan di Langkasuka, umurnya hanya tiga puluhan sahaja.”

Selain itu, I-tsing dalam buku berjudul Catatan Pengalaman Penjelajahan ke Lautan

Selatan mencatatkan: “...di sebelah arah Tenggara ada sebuah negara yang bernama

Langkasuka.”

Hin San ketika membentangkan Hubungan Pujangga I-tsing Dengan Semenanjung

Tanah Melayu Dalam Sejarah Laluan Sutera Kuno berkata, ia bukan sekadar mengesahkan

kewujudan Langkasuka tetapi I-tsing mendahului Laksamana Cheng Ho yang hanya tiba ke

Melaka pada abad ke-15.

Malah, dengan kedudukan Srivijaya sebagai empayar Melayu-buddha yang hebat, I-

tsing tinggal di sana selama enam bulan untuk mempelajari bahasa Sanskrit sebelum Raja

Srivijaya ketika itu menghantarnya ke Jambi sebelum ke Chieh Cha (Kedah). Untuk rekod,

Langkasuka dipercayai terletak di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu antara Songkhla
dengan Kelantan. Ia dikatakan sebagai kerajaan Hindubuddha Melayu, malah kemungkinan

kerajaan tertua di Tanah Melayu, iaitu diasaskan pada kurun kedua Masihi.

Catatan I-tsing antara rekod tua yang mencatatkan Langkasuka. Pada zaman moden

ini, kewujudan Langkasuka juga diakui ramai sarjana termasuk sarjana Barat seperti Paul

Wheatley yang menyebut hubungan diplomatik antara China dan alam Melayu pada abad

kedua Masehi.

Langkasuka ketika itu dikenali sebagai Lang-ya-shiu dalam kalangan penulis China.

Catatan mengenai alam Melayu dalam rekod China itu membuktikan persahabatan antara

tamadun Melayu dengan China sudah terjalin sejak sekian lama. Malah, ia adalah hubungan

antara dua tamadun yang besar iaitu, peradaban Melayu berusia 2,000 tahun, manakala

tamadun China sekitar 5,000 tahun.

Berbanding hubungan dengan Barat yang berasaskan hegemoni politik dan kuasa

ekonomi, hubungan dengan tamadun China sebenarnya berasaskan diplomatik serta

kebudayaan. Hal itu diakui Profesor Pengajian Dunia Melayu, ISTAC UIAM, Prof Datuk Dr

Awang Sariyan yang membentangkan Hubungan Dunia Melayu-china Dari Zaman Bahari

Hingga Kini Dalam Inisiatif Laluan Sutera - Pelan Tindakan Bersepadu. Awang berkata,

hubungan China dan alam Melayu sudah bermula sejak zaman Dinasti Han dan dilanjutkan

lagi pada Dinasti Song serta Dinasti Yuan.


Berikut merupakan rajah yang menunjukkan kronologi kerajaan-kerajaan yang

terdapat sejak dahulu hingga kini.

6.1 Kesan Pengaruh China Terhadap Masyarakat Melayu Dari Aspek

Sosiobudaya Dan Sosioekonomi

Subtopik ini akan membincangkan kesan pengaruh China dari sudut sosiobudaya dan

sosiokenomi. Hubungan antara kedua-dua tamadun iaitu tamadun melayu dan China telah

meninggalkan kesan terhadap masyarakat Melayu. Antara kesan tersebut dapat dilihat

sehingga ke hari ini.


6.1.1 Sosiobudaya

Kesan pengaruh China terdap masyarakat Melayu dari aspek Sosiobudaya

dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti rajah di bawah:

Pengaruh Cina
terhadap
sosiobudaya

Bahasa Makanan Keseniaan Perayaan Perubatan


Berdasarkan Jurnal Of Modern Language, yang bertajuk ‘Campur Aduk

Bahasa Melayu dan Bahasa Cina’ oleh Choi Kim Yok & Chong Siew Ling dari Fakulti

Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, pengaruh Cina dalam aspek bahasa dapat

dijelaskan melalui rajah di bawah:

Gabungan Bahasa
Melayu dan Dialek
Cina

Perubahan (fonologi,
nahu, semantik)

Penggandaan

Bahasa Kata hibrid

Penggunaan Kata
Seruan dan Partikel

Bahasa Melayu Baba

Senarai Kata
Pinjaman Cina dalam
Bahasa Melayu
a) Gabungan bahasa Melayu dan Dialek Cina (Melayu + Hokkien )

Melayu + Hokkien

1. Ah Moi ini 50 sen, bukan 60 sen, bo gao. (tak cukup)

2. Dia sekarang ong loh. (makmur)

3. Awak sangat mempersiasuehkan kita. (memalukan)

4. Ah Moi, awak sangat sui lah. (Cantik)

5. Cincailah, tidak apa, tak kisah. (Tak apalah, lebih kurang sajalah)

6. Saya mahu satu cawan kopi O beng. (Kopi tanpa susu yang

dibubuh air batu)

b) Gabungan bahasa Melayu dan Dialek Cina (Melayu + Kantonis)

Melayu + Kantonis

1. Saya mahu tapao, tak mahu makan di sini. (Bungkus)

2. Semalam tempat cikgu ada loksuikah? (hujan)

3. Dia sudah pergi yam ca. (minum)

4. Ini kamu punya paktoh kah? (Teman wanita/ lelaki)

5. Jangan mempertosuikan saya. (memalukan)

6. Dia tidak ngam dengan saya. (sehati)


c) Perubahan (fonologi, nahu, semantik)

Kamceng "Berhati-hati bercakap, mereka berdua-dua kamceng betul"(rapat,

akrab) tetapi ayat

"Mereka berdua ini ada kamceng", perkataan tetap

berfungsi sebagai kata nama.

Samseng samseng (dari sam "tiga" seng "bintang"; dalam bahasa Cina

Kantonis

samseng merujuk kepada ahli parti komunis yang memakai topi

berbintang tiga. Kini perkataan ini bermaksud "penjahat". Dalam kes

ini, perubahan makna merupakan kes pejorasi (pejoration).

along along (dari Kantonis lai yee long "lubang telinga besar" untuk

merujuk kepada ceti berketurunan India) kemungkinan kerana

orang Ceti pada masa dahulu memakai anting-anting pada telinga

yang berlubang besar. Sekarang along mempunyai makna yang

menghina untuk orang yang memberi pinjaman wang secara haram.

kongsi kongsi (dari kata nama Kantonis (i) "rumah kongsi" iaitu rumah

perkumpulan pekerja Cina yang bekerja di lombong bijih timah dll;

(ii)syarikat perniagaan. (iii) dari Hokkien "membahagi").

Kini, perkataan kongsi digunakan sebagai kata nama dan juga kata

kerja, misalnya

berkongsi bermakna "bersekutu dalam sesuatu kegiatan",

perkongsian
bermakna "syarikat perniagaan"; perkongsian hidup bermakna

"hidup

bersama" dan pekongsi bermaksud individu atau kumpulan yang

berkongsi. Dalam kes ini didapati perluasan fungsi perkataan

kongsi.

d) Penggandaan

Proses penggandaan atau reduplikasi misalnya, cincai-cincai dan

digunakan untuk memberi penegasan


ngam-ngam
kepada makna sesuatu perkataan.

Didapati bahawa proses ini digunakan

hanya untuk sebilangan kecil perkataan

sahaja.

e) Kata hibrid

Terdapat perkataan hibrid yang mencampurkan imbuhan Melayu dengan perkataan

Cina, misalnya, kesamsengan, bersampan, berkongsi, mengongsi, perkongsian, pekongsi,

menapau dan sebagainya.

Kini terdapat hibrid baru yang digunakan oleh orang muda Cina misalnya,

mempersiasuehkan (Hokkien) dan mempertosuikan (Kantonis). Ciptaan hibrid juga telah

melahirkan kata majmuk atau frasa seperti mi goreng, air cincau, cincailah, teh susu,

berkongsi fikiran, bo lui, tak ngam, kongsi gelap.


f) Penggunaan Kata Seruan dan Partikel

Kata seruan (interjections) seperti aiyah, haiyah, huiyoh dan waa digunakan dalam bahasa

percakapan tidak formal. Partikel seperti loh, mah, meh, 0 dan a juga digunakan oleh

orang Malaysia dalam konteks tidak formal.

Ada kemungkinan lama-kelamaan setengah-setengah partikel ini misalnya mah dan

meh akan diserapkan ke dalam bahasa Malaysia dan digunakan dalam situasi

pertembungan dwibahasa. Contoh:

1. Aiyah, manyak 2. Waa, kamu


lama tak ada jadi orang Kuala 3. Susah cakap o!
tengok aaa! Lumpur aaa?

4. Dia ada 5. Dia anak tauke


datang meh? maa!

g) Bahasa Melayu Baba

Asalnya perkataan "baba" dikatakan dari negara India, kemungkinan apabila English

East India Company meluaskan aktiviti perniagaannya ke Selat Melaka. J.D. Vaughn

(dalam Lewis, 2001) berkata bahawa ada kemungkinan perkataan ini digunakan oleh

keturunan orang Bengali di Malaysia untuk merujuk kepada anak penduduk Eropah dan

kemudian kepada anak penduduk Cina di Pulau Pinang.

Menurut R.J. Wilkinson, dalam A Malay-English Dictionary (1959: 50) istilah ini

merujuk kepada: "European, Eurasian and Chinese males to distinguish them from men

born in Europe and China." dan "Descriptive name applied to male Straits born Chinese".
Dalam komuniti Baba, istilah "baba" digunakan sebagai panggilan hormat untuk orang

lelaki keturunan Peranakan misalnya, untuk suami, bapa atau seorang lelaki dari komuniti

itu.

Pada asalnya, istilah "peranakan" merujuk kepada orang Cina yang dilahirkan di

Negeri Melayu. Kini, istilah "Peranakan Cina" digunakan untuk merujuk kepada orang dari

keturunan campuran iaitu Cina dengan orang tempatan.

Dalam Kamus Dewan, definisi "peranakan" ialah "keturunan anak negeri dengan

orang asing" Jadi,"Peranakan Cina" bermaksud "keturunan anak negeri dengan orang

Cina".

Contohnya, kata nama ganti diri gua dan lu serta beberapa panggilan untuk ahli-ahli

keluarga telah dijadikan entri dalam Kamus Dewan iaitu engko, engkong, empek,

incim, taci. Panggilan ini masih digunakan dalam Melayu Baba di Melaka.

Panggilan lain daripada dialek Hokkien yang termasuk dalam Kamus Dewan ialah

amoi dan apek yang kerap digunakan dalam Bahasa Melayu Pasar. Dalam Kamus

Dewan, panggilan aboi walaupun dilabelkan sebagai perkataan Cina, telah dipinjam dari

Bahasa lnggeris "boy" dan kini digunakan untuk kanak-kanak lelaki.

h) Senarai Kata Pinjaman Cina dalam Bahasa Malaysia

Dalam Edisi Ketiga (2000), 144 entri ditemui yang dilabelkan C untuk perkataan Cina.

Tetapi dalam Edisi Keempat (2007), terdapat beberapa entri yang tidak lagi berlabel C"

disebabkan kata tersebut difikirkan lelah terserap dan mantap penggunaannya di

Malaysia. Contoh entri yang tidak dilabelkan C ialah: along, Cap Goh Mei, cawan, dim

Slim, kicap, kongsi, kungju, macuk, mahjong, ngam, leh, lionghua, tiongkok, samju,

sampan dan laici.


Contoh perkataan Hokkien berdasarkan kategori:

Budaya cap goh mei, cingge, eembeng, hio, kamsia

Panggilan: amoi, apek, engko, engkong, incim, siociah

Permainan & judi capjiki, congki, koa, pakau, tekpo

Tumbuhan, herba & jinsom, tangkue, kekwa, kimlo

bunga.

Objek: angpau, anglung, teko, mopit

Makanan & minuman: kuetiau, bakmi, capcai, tauhu, tauge, taucu

Contoh perkataan Kantonis berdasarkan kategori

Budaya kung fu, tocheh, ceongsam, samfu

Panggilan: sifu, tai ko, ah soh, siujie

Permainan mahjong

Objek: tanglung, sampan

Makanan pau, dim sum, ceeceongfan, yong tau fu, fucuk, mi kungfu, wanton
2) Makanan

Masakan Peranakan Baba dan Nyonya mempunyai persamaan dengan Melayu daripada

aspek rempah-ratus. Hidangan Peranakan terkenal seperti ikan sambal tumis, bayam

sambal belacan dan tofu. Selain itu, salad udang, pie tee dengan udang, sambal

belimbing acar nanas dan ayam panggang seri Nyonya merupakan sebahagian daripada

masakan lazat yang ada.

3) Kesenian

Kesenian masyarakat melayu mempunyai pengaruh China. Hal ini dapat dilihat melalui

seni jahitan sulaman, pembuatan seramik, seni tari dan seni lukis.

Gaya seni bina Cina adalah setua tamadun Cina. Prinsip-prinsip seni bina Cina

telah kekal secara dasarnya tidak berubah, perubahan utama hanya berlaku pada

perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh

besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun tidak kurang juga

pengaruhnya ke atas Tamadun Melayu yang meliputi Kepulauan Melayu.

Terdapat beberapa bangunan lama di Melaka yang dipengaruhi seni bina

tamadun Cina. Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid paling tua di

Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapak asal yang terletak di

persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka.

Ciri seni bina Cina yang terdapat pada masjid ini dapat dilihat melalui unsur

pagoda pada senibina menara yang kebiasaan terpisah daripada bangunan utama

masjid. Sebelum kewujudan pembesar suara, menara ini berfungsi sebagai tempat

untuk Bilal melaungkan azan.


Konsep pagoda ini telah lama digunakan di China bagi fungsi keagamaan yang

sering digunakan di kuil Buddha. Struktur pagoda bercirikan banggunan tipikal

bertingkat dengan hiasan luaran yang ketara, pelan berbentuk polygonal dan

mempunyai puncak stupa. Jelas di sini menunjukkan seni bina dan fungsi pagoda

diguna pakai dalam pembinaan menara Masjid Kampung Hulu.

Gambar di bawah menunjukkan persamaan konsep seni bina pagoda Masjid

Kampung Hulu dan pagoda porcelain Yuan Ming Yuan yang dibina pada 1186 ketika Dinasti

Ming di China.

Masjid Kampung Hulu Pagoda Yuan Ming Yuan

Selain itu, hiasan dengan pengaruh Cina menggunakan bahan-bahan seperti


jubin seramik daripada kerajaan China Dinasti Ching bercorak dan pelbagai warna
dijadikan hiasan dinding dan lantai bagi bahagian luar masjid dan kolah air.

Jubin yang digunakan pada bahagian luar masjid dan tiang bumbung kolah air.
Di samping itu, unsur seni bina rumah Melayu yang dipengaruhi oleh China terdapat
pada ciri Rumah tradisional Melayu yang asli di Melaka dikenali sebagai Rumah Melaka. Pada
bentuk bumbungnya terdapat unsur-unsur senibina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau, dan
tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh senibina Cina.

Pemilik rumah ini ialah Demang Abd Ghani, beliau merupakan seorang Demang.
Semasa menjadi Demang beliau telah membina rumah ini dan akhirnya diwarisi kepada
beberapa generasi. Usia rumah yang lebih 100 tahun ini dibina pada tahun 1894 dan
kemudian diubahsiau pada tahun 1915 seperti yang terdapat sekarang.

Seni bina rumah ini berasaskan bentuk rumah Melayu, Rumah limas Johor-Riau/Cina
dan Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunkan kayu dan batu (simen). Tukangnya
terdiri dari tukang Melayu yang mempunyai kepakaran dalam ukiran kayu dan tukang Cina
yang menguruskan bahagian batu dan simen yang melibatkan bahagian tangga hadapan dan
dapur.

Tangga Batu yang berukir dan lengkap dengan hiasan jubin pilihan adalah merupakan
tangga batu yang tercantik yang terdapat di Melaka. Sehingga kini seni bina tangga batu
menjadi warisan dan memberi pengaruh yang besar dalam seni bina rumah Melayu Melaka.
Tangga yang menggembang dari bawah ke atas membawa maksud ucapan “Selamat Datang
dengan hati terbuka” kepada seseiapa sahaja.

Seni bina Cina yang diterapkan pada rumah ini melalui kepelbagaian warna dan corak
jubin dan konsep tangga batu di bahagian hadapan rumah. Kesenian ini terdapat pada seni
bina Kota Larangan Shenyang yang dibina oleh Maharaja pertama Dinasti Qing, pada tahun
1625 dan siap pada tahun 1636 di China.
Pengaruh seni bina tamadun Cina ke atas rumah Melayu Melaka.

Konsep Kota Larangan di China yang diguna pakai pada rumah tradisional Melaka
Demang Abdul Ghani:

Tangga batu yang terdapat pada bahagian hadapan Kota Larangan.


Pintu Masuk di Kota Larangan, berkonsepkan tiang besar dan diatasnya dihiasi
dengan jubin bercorak dan pelbagai warna.

Pakaian Tradisional Kebaya Nyonya yang dipengaruhi oleh kaum Peranakan (Baba
dan Nyonya)

4) Perayaan

Pemberian angpau/duit raya dan permainan bunga api dan mercun antara masyarakat
melayu dan cina mempunyai persamaan yang ketara namun mempunyai tafsiran simbolik
yang berbeza.

Budaya Masyarakat Cina Budaya Masyarakat Melayu

Pemberian angpau adalah dari golongan yang Pemberian angpau adalah dari orang dewasa
sudah berkahwin kepada mereka yang masih tanpa mengira yang sudah berkahwin atau
bujang bujang kepada kanak-kanak dan remaja yang
masih bersekolah dan seorang anak kepada ibu
bapa mereka
5) Perubatan

Seperti yang kita ketahui, rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan

bertujuan bagi menyeimbangkan Yin dan Yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Perubatan herba Cina yang menggunakan lebih daripada seribu jenis herba juga dapat

mengubati penyakit.

Anda mungkin juga menyukai