Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), peribahasa merujuk kepada ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang
tertentu yang menggambarkan kebudayaan mereka. Oleh itu, peribahasa juga berperanan
sebagai simbol budaya bagi menerangkan cara hidup sesuatu masyarakat. Manakala
menurut Abdullah Hassan (2005) pula mentakrifkan peribahasa itu sama tuanya dengan
bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila manusia mulai
mengenal peradaban Ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik
dengan yang buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan
perhubungan sesama manusia. Dalam kata lain, melalui peribahasa timbul suatu batas
pergaulan antara pelbagai masyarakat yang berbeza di mana ia menunjukkan
penghormatan antara satu sama lain dalam mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang
harmoni. Penulisan ilmiah ini akan menunjukkan analisis bagi pelbagai peribahasa dari segi
semantik.

2.0 KERANGKA ANALISIS SEMANTIK

Bil. Tahap Kerangka Analisis Semantik


1 Semantik Skrip Makna Harafiah (makna secara dasar)
2 Semantik Resonans Data, Teori & Kognitif
3 Semantik Inkuisitif Falsafah & akal budi dan bidang multidisiplin

jadual 1: Kerangka analisis semantik peribahasa

Pada tahap pertama, pengkaji peribahasa akan menerangkan makna harfiah bagi sesuatu
peribahasa. Bagi tahap kedua, pengkaji akan menganalisis melalui kaedah semantik
resonans yang menumpukan data, teori dan kognitif. Dalam kata lain, proses analisis
peribahasa melibatkan konstituen, perwakilan kepada konstituen di samping aspek kognitif
yang merangkumi tema, isu dan leksikal. Manakala bagi tahap ketiga iaitu tahap terakhir,
proses analisis semantik berpandukan analisis semantik inkuisitif. Analisis semantik inkuisitif
terbahagi kepada falsafah dan akal budi yang menerangkan peribahasa dari segi pragmatik,
budaya dan pemikiran tertentu. Cabang analisis ini juga menyentuh bidang multidisiplin
merentasi sempadan ilmu bahasa seperti geografi, sejarah, etimologi, budaya, agama,
sains, sosiologi dan sebagainya (Jalaluddin, 2014).
3.0 ANALISIS PERIBAHASA BERPANDUKAN TEORI PENGANALISISAN SEMANTIK
INKUISITIF

Peribahasa dibahagikan kepada lima jenis iaitu simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan,
bidalan, dan kata-kata hikmat (Faridah Nazir, 2016). Analisis bagi perubahan semantik
peribahasa melibatkan semua jenis peribahasa yang tersenarai.

3.1 Simpulan Bahasa-Kaki bangku


Simpulan bahasa “kaki bangku” merujuk kepada seseorang individu yang tidak mahir
bermain bola sepak. Dalam konteks semantik, istilah “kaki bangku” merujuk kepada
individu yang tidak berminat dengan aktiviti sukan seperti permainan bola sepak
khususnya. Frasa “kaki bangku” itu sendiri menimbulkan makna negatif iaitu individu
yang tidak mahir dan tidak berminat dengan aktiviti sukan. Dalam menerangkan istilah
“kaki bangku dari segi semantik skrip, “kaki” membawa makna anggota badan bagi
manusia yang membantu manusia berjalan dan “bangku” pula merujuk kepada tempat
duduk yang berfungsi menjadi tempat rehat sementara bagi individu selain menjadi
tempat bagi memerhati suatu situasi seperti menonton perlawanan bola misalnya. Bagi
penerangan dari segi semantik resonans pula, istilah “kaki bangku” akan memberikan
nilai merendah diri dan memberikan kesan emosi yang kuat pada individu.

Hal ini demikian kerana, kebanyakan individu akan merasa rendah diri
apabila ditegur tentang perlakuannya yang tidak menyertai aktiviti sukan seperti
masyarakat sekelilingnya dan hanya duduk melihat dari tepi padang. Dari segi semantik
inkuisitif pula, frasa “kaki bangku” boleh menjadi subjek pertanyaan yang menarik
kepada seseorang individu bagi membawa maksud frasa ini kepada makna yang lebih
positif. Sebagai contoh, “Bagaimanakah anda berlatih dari menjadi seorang kaki bangku
kepada pemain berkemahiran tinggi?” di mana pada akhirnya persoalan ini akan
mendorong kepada jawapan yang menerangkan makna frasa dan juga maklumat
berkaitan perubahan individu dari tidak baik kepada individu yang lebih baik.

3.2 Pepatah- Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.


Pepatah “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” merujuk kepada tingkah laku seseorang
adalah mengikut orang tuanya dan bersambung sebagai satu generasi. Frasa tersebut
membawa makna yang pelbagai bergantung kepada konteks yang ingin disampaikan
apabila digunakan dalam ayat dan makna tersebut boleh menjadi makna positif dan
negatif. Dari segi semantik skrip, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” membawa
makna perangai anak lazimnya mengikut perangai ibu atau bapanya. Manakala dari segi
semantik resonans pula, penggunaan ‘acuan’ yang dikatakan berkaitan dengan ‘ibu
bapa’ menunjukkan makna tersirat yang ingin disampaikan oleh masyarakat Melayu
dengan menggunakan subjek yang dekat dengan kehidupan masing-masing. Bentuk
‘kuih’ yang terhasil melalui penggunaan suatu ‘acuan’ memberi gambaran tentang suatu
cerminan apabila menganalisis peribahasa dengan tema kekeluargaan.

Dari segi semantik inkuisitif pula, kewujudan leksikal ‘acuan’ dan ‘kuih’ dalam
pepatah ini akan menerangkan bidang seni kulinari bagi menghurai perkaitan antara
‘acuan’ dan ‘kuih’. Acuan ditakrifkan sebagai bekat tempat menuang bahan yang hendak
dibentuk (Kamus Dewan, 2015). Bekas dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti bentuk
bulat, segi empat, bintang dan sebagainya. Acuan ini seterusnya akan dituang dengan
cecair likat iaitu adunan yang akan melalui proses masakan seperti pembakaran dan
penyejukan di mana hasil akhir akan membentuk suatu objek yang sama bentuk dengan
acuan asalnya. Dalam kata lain, institusi Melayu menjadikan ‘acuan’ sebagai suatu objek
untuk memberikan gambaran tentang sikap ibu bapa yang amat penting untuk dijaga
kerana anak mereka bakal mengikut tingkah laku yang dipaparkan oleh mereka.

3.3 Perumpamaan- Seperti hujan jatuh ke pasir


Perumpamaan ‘seperti hujan jatuh ke pasir’ membawa pengertian ‘berbuat baik bukan
pada tempat dan masa yang sesuai’. Frasa ini juga menerangkan makna negatif yang
ingin digambarkan oleh seseorang individu apabila merasakan dirinya melakukan
perbuatan yang tidak mendatangkan hasil.. Dari segi semantik skrip, perumpamaan
‘seperti hujan jatuh ke pasir’ membawa pengertian tentang suatu perlakuan yang sia-sia
di mana apabila hujan jatuh ke pasir, hujan tersebut tidak memberikan sebarang
manfaat kepada pasir selain menjadikan pasir tersebut basah. Dari segi semantik
resonans pula, ‘ penggunaan perumpamaan ini memberikan kiasan yang terhasil oleh
pemerhatian masyarakat Melayu terhadap kejadian alam yang berlaku di sekeliling
mereka. Hujan merupakan suatu kejadian alam yang memberikan banyak manfaat
kepada kehidupan yang wujud seperti manusia, haiwan dan tumbuhan khususnya.

Dari segi semantik inkuisitif pula, pengkaji perlu melihat mengapakah institusi
Melayu menggunakan ‘hujan’ dan ‘pasir’ bagi memberikan makna tentang ‘kebaikan dan
pertolongan yang sia-sia. Hal ini dapat dilihat dari segi struktur pasir yang terdiri
daripada batu dan zarah kecil yang terhasil dari silikon teroksida. Selain itu, pasir juga
tidak dapat menyerap air dengan baik kerana sifatnya yang keras dan berbutir (Ling,
Tan, Saad, Ling, & Choong, 2017). Oleh itu, dapat kita lihat bahawa apabila air dituang
ke atas pasir, air tersebut akan hilang dan adalah mustahil untuk menakung air dengan
menggunakan pasir. Sama seperti situasi di mana hujan menimpa pasir yang
menerangkan makna perumpamaan ini. Penggunaan unsur ‘hujan’ melambangkan
suatu pekerjaan yang dilakukan bersungguh-sungguh. Manakala unsur ‘pasir
melambangkan hasil usaha keras yang sia-sia akhirnya seperti sifat pasir yang tidak
dapat menahan air di permukaannya lalu air hilang dengan segera. Dalam kata yang
lebih mudah difahami, sesuatu perlakuan baik akan mendatangkan hasil yang baik
apabila perlakuan tersebut kena pada tempatnya.

3.4 Bidalan- Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak.


Bidalan merupakan peribahasa yang membawa pengertian dalam bentuk nasihat,
peringatan dan teladan. Menurut Abdullah Hassan (1989), secara metafora, bidalan
menggambarkan sifat rendah hati dan bersikap rendah diri dalam kehidupan. Bidalan
‘berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak’ membawa pengertian
berusaha mencapai sesuatu secara kecil-kecilan sebelum mencapai suatu kejayaan
yang besar. Dari segi semantik skrip, bidalan ini membawa pengertian; sementara
menunggu yang lebih baik, lakukan juga kerja-kerja berfaedah. Dari segi semantik
resonans, ‘berjagung-jagung dahulu’ merujuk kepada aktiviti bercucuk tanam yang dapat
mendatangkan hasil yang segera.

Penggunaan leksikal ‘berjagung-jagung’ menunjukkan bahawa tanaman ini


memberikan hasil yang lebih cepat jika dibandingkan dengan tanaman padi. Jagung
menjadi makanan sampingan bagi masyarakat Melayu sementara menunggu padi
masak bagi mendapatkan beras yang seterusnya digunakan dalam proses memasak
nasi. Dari segi semantik inkuisitif pula, pengkaji perlu meneliti mengapakah imej
‘berjagung-jagung’ dan ‘padi masak’ digunakan dalam peribahasa ini. Menurut fakta,
jagung merupakan tanaman yang mudah masak dalam tempoh yang singkat dan boleh
dituai sekitar 68 sehingga 72 hari sahaja (Agri, 2017). Berbeza dengan padi, tempoh
masak padi adalah lebih lama berbanding jagung, iaitu antara 105 hingga 125 hari
selepas proses penanaman (Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, 2018).
Penggunaan bidalan ini sangat sesuai dengan imej kemelayuan yang sangat
mementingkan aspek pengurusan masa. Masyarakat Melayu bersetuju bahawa dengan
adanya pengurusan masa yang baik, seseorang individu itu dapat mencapai suatu
kejayaan yang lebih baik dan besar berbanding dengan individu yang sering membuang
masa. Perbandingan antara dua tanaman mempunyai manfaat yang tersendiri dalam
kalangan manusia.

3.5 Kata-kata Hikmat- Bersatu teguh bercerai roboh


Kesatuan dalam masyarakat melambangkan kerjasama dan persefahaman yang kukuh
bagi membentuk masyarakat yang bertolak ansur dan saling membantu antara satu
sama lain. Kata-kata hikmat merujuk kepada ungkapan bertujuan menunjukkan
pengajaran dan teladan kepada masyarakat. Dari segi semantik skrip, menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2016), bersatu ditakrifkan sebagai bekerjasama untuk mencapai
kemajuan. Sementara perkataan ‘teguh’ pula membawa erti yang sama seperti kuat dan
erat di mana ia melambangkan kekuatan sesuatu masyarakat apabila bergabung.
Perkataan ‘bercerai’ merujuk kepada perlakuan berpisah mengikut haluan masing-
masing dan mengikut kepentingan masing-masing manakala perkataan ‘roboh’ merujuk
kepada kehancuran sesuatu perkara apabila hilangnya kerjasama dan persefahaman
dalam sesebuah masyarakat. Dari segi semantik resonans pula, kata-kata hikmah ini
banyak memberi makna tentang kepentingan bekerjasama dan bertolak ansur antara
satu sama lain. Tema yang cuba diselitkan dalam kata-kata hikmah ini juga berkait rapat
dengan tema kerjasama dan kehidupan bermasyarakat.

Dari segi semantik inkuisitif pula, terdapat pelbagai persoalan tentang apakah
yang dimaksudkan dengan bersatu teguh? dan apakah kesan bercerai roboh?.
Persoalan ini akan mencetus pemikiran dalam kalangan pengkaji yang mana pada
akhirnya akan memberikan pengajaran kepada pengkaji bahawa setiap ahli masyarakat
memainkan peranan masing-masing dalam kehidupan bermasyarakat dalam
mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup. Pengajaran yang ada dalam kata-kata
hikmah ini juga membantu seseorang individu untuk sentiasa berubah ke arah yang
lebih baik pada masa yang akan datang.

4.0 RUMUSAN

Rumusannya, perubahan semantik merupakan suatu proses yang biasa berlaku dalam
bidang bahasa. Hal ini selari dengan sifat bahasa yang sering berubah dari semasa ke
semasa dan bersesuaian dengan keperluan kehidupan semasa dalam masyarakat.
Keindahan bahasa perlu dijaga dengan mengamalkan penggunaan peribahasa. Hal ini
demikian kerana melalui peribahasa, pelbagai proses pemikiran yang kritis dan kreatif timbul
dalam menghasilkan suatu ungkapan bermakna di samping mengekalkan ketersiratan
dalam bahasa Melayu.
Aminnudin Saimon & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2019). Penggunaan kiasan dalam plot
konflik filem: Satu analisis

pragmatik. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 57-74.

Ashliman, D. (2013). The monkey’s heart: Folktales of type 91. University of Pittsburgh.

Balveen Kaur & Mary Fatimah Subet. (2019). Ironi dalam bahasa kiasan Punjabi: Analisis
semantik inkuisitif. Trends in

Undergraduate Research, 2(1), 1-7.

Dewan Negeri Selangor Yang Kedua Belas. (2011). Penggal keempat: Mesyuarat ketiga.

http://dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/02/03.HANSARD.111111.pdf

Eli Aima Shazila & Julaina Nopiah. (2020). Leksikal ‘Ayam’ dalam peribahasa Melayu:
Analisis semantik inkuisitif.
International Young Scholars Journal of Languages,
https://iium.edu.my/media/62584/Leksikal%20Ayam%20dal

am%20Peribahasa%20Melayu.pdf

Fatin Rabiha Abdul Kadir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2017). Ujaran implisit dalam filem
Melayu klasik Sri

Mersing. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 6,


13-24.

Idris Aman. (2008). Bahasa dan kuasa: Analisis wacana Barisan Nasional dalam Pilihan
Raya Umum Malaysia Ke-11.

Akademika, 72, 69-96.

Junaini Kasdan & Nor Hashimah Jalauddin. (2015). Unsur asam dan akal budi Melayu:
Analisis semantik inkuisitif.

[Paper presentation]. Seminar Meja Bulat ‘Simpulan Bahasa dan Kognitif Penutur’. Bangi:
Institut Alam dan

Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kempson, R. M. (1984). Ambiguity and the semantics and pragmatics distinction. In C.


Travis (Ed.), Meaning and

interpretation. Basil Blackwell.

Liamputtong, P. (2014). Kaedah penyelidikan kualitatif Edisi Ketiga (Haliza Mohd Riji &
Shamsudin Ahmad, Trans).

Universiti Putra Malaysia Press. (Original work published 2005).

Mary Fatimah Subet & Mohd. Ridzuan Md Nasir. (2019). Analisis semantik inkuisitif
peribahasa Bahasa Melayu.

Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16(2), 227-253.

Muhammad Nor Sahfiq & Julaina Nopiah. (2020). Peribahasa Melayu berunsurkan burung:
Satu analisis semantik

inkuisitif. International Young Scholars Journal of Languages.


Muhammad Zaid Daud. (2020). Unggas dalam peribahasa Melayu: Satu analisis semantik
inkuisitif. Universiti Malaysia

Sarawak.

Mohd. Tajuddin Haji Abd. Rahman. (2017). Kamus peribahasa Melayu untuk pelajar. Pelangi
Publication.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2017). Semantik dan akal budi Melayu. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Nur Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin. (2016). Makna implisit bahasa kiasan
Melayu: Memperlihatkan

komunikasi, kognisi dan semantik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication.


32(1), 311-334.

Nurul Nadia Muhammad & Sabariah Md Rashid. (2013). Cat metaphors in Malay and
English proverbs. Proceedings of

the SoLLs.INTEC.13: International Conference on Knowledge-Innovation-Excellence:


Synergy in Language

Research and Practice. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 118, 335-342.

Rahman, M. T. A. (2017). Kamus peribahasa Melayu untuk pelajar. Penerbit Fajar Bakti.

Saimon, A. & Md. Rashid, M. A. │ International Journal of Language Education and Applied
Linguistics│ Vol. 12, Issue 1 (2022)

17 journal.ump.edu.my/ijleal ◄

Rozita Ibrahim & Zaharah Hassan. (2009). Understanding singlehood from the experiences
of never-married Malay

Muslim women in Malaysia: Some preliminary findings. European Journal of Social


Sciences, 8(3).

Nik Amirul Mukminin Nik Min & Nor Khalilah Gusti Hassan. (2019, January 15). Titah sulung
Sultan Pahang

kepada pemimpin, rakyat. Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/7719/BERITA/Nasional/Titahsulung-Sultan-Pahang-
kepada-pemimpin-rakyat

Zafir Khan Mohamad Makhbul. (2020, Disember 14). Bila kucing tidak bergigi. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/114656/KOLUMNIS/Bila-kucing-tidak-bergigi

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011a). Bahasa dan pemikiran
dalam peribahasa Melayu.

GEMA Online Journal of Language Studies,11(3).

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011b). Peribahasa Melayu.
Penelitian Makna dan Nilai.

Penerbit UPM.

Zarina Tajuddin & Anida Saruddin. (2018). Metafora bunga kiambang dalam pantun Melayu
berdasarkan teori Relevans

dan Rangka Rujuk Silang, International Journal of Education, Psychology and Counseling,
3(16), 1-17.

Anda mungkin juga menyukai