Anda di halaman 1dari 8

Falsafah Pendidikan Negara terdapat

prinsip-prinsip utama yang menjadi


asas kepada membentukan falsafah itu
sendiri.
PRINSIP-PRINSIP FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA

1) Perkembangan potensi individu


Potensi ialah bakat dan keupayaan yang dianugerahkan oleh tuhan
pada seseorang individu sejak dilahirkan. Potensi meliputi aspek-
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu dicungkil,
diperkembang dan dipertingkatkan secara berterusan melalui
proses pendidikan.
2) Insan harmonis yang seimbang
Manusia yang baik dan sempurna ialah insan yang memiliki
kedamaian jiwa, personaliti yang tidak bercanggah di antara
akal, rohani dan jasmani serta boleh menyeimbangkan
unsur-unsur akal, rohani dan emosi serta jasmani secara
serentak, selaras dan sentiasa terikat kepada kepercayaan
serta kepatuhan kepada Tuhan.
3) Pendidikan satu usaha berterusan
Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan
sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita
meninggal dunia.

4) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan


Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki
sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan.
5) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Ini bermakna seseorang individu yakin bahawa manusia
dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada
Penciptnya dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum
Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam.
Manusia hendaklah memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan
memakmurkan alam.
6) Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di
antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati
dan mencapai perpaduan kaum.

7) Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab


Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada
amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi
terhadap Tuhan, bangsa dan negara.
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai