Anda di halaman 1dari 25

PJM1044

ASAS SENAMAN, KECERGASAN DAN ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI II

TAJUK 3:
ASAS BIOMENIK

PENSYARAH :
PUAN CANDRAWATI BINTI HAJI IBRAHIM
Sistem Mekanikal Pergerakan Manusia

 Sistem tuas
 Jenis Pergerakan Manusia

- Pergerakan Linear
- Pergerakan Bersudut
Sistem Tuas
 Sistem tuas adalah suatu mesin di mana
pembahagian daya berlaku apabila dikenakan
daya serta berlaku kerja mengikut daya
tertentu. Tuas juga biasa didefinisikan sebagai
suatu bar yang melibatkan kedudukan aksis
tersebut.
 Suatu jentera yang mudah beroperasi
mengikut prinsip moments
 Satu mesin mudah yang bertujuan membuat
kerja atau mengatasi beban
Sistem Tuas
 Klasifikasi tuas adalah ditentukan oleh tiga
kedudukan iaitu;
i. Kedudukan Fulkrum
ii. Kedudukan beban

iii. Kedudukan daya

 Beban ialah benda yang diangkat atau digerakkan


oleh tuas. Fulkrum ialah titik tetap di mana rod
boleh bergerak secara bebas. Daya ialah tolakan
yang menyebabkan objek (beban) bergerak.
 Kedudukan fulkrum akan menentukan jumlah daya
yang diperlukan untuk mengangkat sesuatu objek.
 Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu
meletakkan fulkrum paling dekat dengan
beban, daya dikenakan sejauh mungkin dari
fulkrum, gunakan kayu yang panjang, bukan kayu
yang pendek.
 Fulkrum diletakkan dekat dengan beban, sedikit daya
diperlukan untuk menggerakkan beban.
(‘Fulcrum is placed near the load, less effort is needed to
move the object.’)

Semakin berkurang / dekat jarak fulkrum dengan


beban, semakin berkurang / sedikit daya yang
diperlukan untuk menggerakkan beban.
 Fulkrum diletakkan jauh dengan beban, lebih banyak
daya diperlukan untuk menggerakkan beban.
 Semakin bertambah / jauh jarak fulkrum dengan
beban, semakin bertambah / banyak daya yang
diperlukan untuk menggerakkan beban.
 Kesimpulan Semakin (berkurang / dekat ;
bertambah / jauh) jarak fulkrum dengan beban,
semakin (mudah ; susah) kerja yang dilakukan.
 Tuas digunakan, membolehkan daya yang besar pada
jarak yang kecil pada satu hujung digerakkan oleh daya
yang kecil pada jarak yang besar pada satu hujung yang
satu lagi.

 Tuas adalah mesin ringkas yang digunakan untuk


mengangkat berat atau beban. Tuas membantu
memudahkan kerja. Tuas membantu kita mengangkat atau
menggerakkan objek dengan mudah. Tuas juga membantu
kita membuat kerja – kerja berikut menjadi semakin mudah.

(a) Mengangkat objek


(b) Membuka penutup tin atau
(c) Menarik keluar paku
Sistem Tuas

 Terdapat tiga kelas tuas, iaitu;


i. Tuas kelas pertama
ii. Tuas kelas kedua

iii. Tuas kelas ketiga


Sistem Tuas
i. Tuas Kelas Pertama

 Berlaku apabila fulkrum berada di antara daya dan beban


 Menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi beban
yang besar tetapi pergerakan yang perlahan
 Digunakan untuk keseimbangan, tingkatkan kelajuan dan
julat pergerakan
 Tidak meningkatkan daya
 Contoh aktiviti pukulan dalam badminton

Fulkrum – pergelangan tangan


Daya – otot bahagian lengan
Beban – berat tubuh badan
 Pada tuas kelas pertama fulkrum berada di
tengah – tengah. Beban berada pada satu
hujung dan daya di hujung yang satu lagi.
 Satu contoh dalam kelas tuas ini ialah jongkang
– jongkit. Beban ialah orang yang diangkat ke
atas, dan daya ialah berat orang yang jatuh ke
bawah. Fulkrum berada di tengah – tengah di
antara mereka berdua.
Sistem Tuas
ii Tuas Kelas Kedua

 Berlaku apabila fulkrum berada di antara daya dan beban


 Menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi
beban yang besar tetapi pergerakan yang perlahan
 Digunakan untuk keseimbangan, tingkatkan kelajuan dan
julat pergerakan
 Tidak meningkatkan daya
 Contoh aktiviti lonjakan menggunakan lombol

Fulkrum – Hujung jari kaki


Daya – Penguncupan otot kaki
Beban – berat badan
 Tuas kelas kedua ialah apabila fulkrum
berada pada satu hujung, daya menentang,
beban berada di tengah – tengah, dan daya
berada pada hujung yang satu lagi


Sistem Tuas
ii Tuas Kelas Ketiga
 Berlaku apabila daya di antara beban dan
fulkrum
 Menggunakan daya yang maksimum dan
pergerakan pantas
 Digunakan untuk menambah kelajuan
 Contoh aktiviti menolak bola hoki;
Fulkrum – pergelangan tangan kiri
Daya – Tangan kanan
Beban – bola hoki
 Tuas kelas ketiga ialah apabila fulkrum
berada pada satu hujung, daya berada di
tengah – tengah dan daya menentang, beban
berada pada hujung yang satu lagi.
 Contoh lain bagi Tuas kelas ketiga ini ialah joran
memancing. Beban ialah ikan; hujung pemegang
adalah fulkrum dan daya dikenakan pada bahagian
tengah joran.

 Contoh lain ialah pemegang ais, penyapu, tangan dan


kayu pemukul besbol.
 Kesimpulan :
Tuas kelas pertama di tengah – tengahnya ialah
fulkrum, tuas kelas kedua di tengah – tengahnya
ialah beban dan tuas kelas ketiga ditengah –
tengahnya ialah daya
Jenis Pergerakan Manusia
 Pergerakan Linear
 Pergerakan Bersudut
 Pergerakan Linear
 Pergerakan yang melibatkan sesaran bergerak
secara menegak atau mendatar pada arah,
jarak dan masa yang sama

 Terbahagi kepada dua jenis iaitu;


 Pergerakan rektilinear
 Pergerakan kurvelinear
 Pergerakan Rektilinear
 Pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut
landasan lurus
 Contoh pergerakan lompatan acara palang
dalam gimnastik. Kedudukan sendi bahu dan
pinggul pada arah yang sama

 Pergerakan Kurvelinear
 Pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut
landasan yang melengkung
 Contoh pergerakan fasa lompatan dalam
gimnastik. Kedudukan sendi pinggul dan bahu
adalah sama
 Pergerakan Bersudut
 Berlaku apabila bahagian badan bergerak
mengikut lengkung bulatan mengelilingi
satu paksi putaran
 Sesaran bergerak dengan sudut, arah dan
masa yang sama
 Terbahagi kepada dua iaitu Pergerakan
Putaran Paksi Dalaman dan Pergerakan
Putaran Paksi LUaran
Pergerakan Putaran Paksi Dalaman
 Pergerakan ini berlaku apabila kaki dinaikkan

ke atas dan bahagian badan bersentuhan


dengan tapak sokongan

Pergerakan Putaran Paksi Luar


 Berlaku apabila tapak sokongan iaitu bahagian

tengah palang berada di luar atau jauh


daripada badan

Anda mungkin juga menyukai