Anda di halaman 1dari 28

KEROSAKAN JALAN

RAYA
4

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
5

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
Mengimbas dan mengenal pasti

Tindakan
yang perlu
Apakah pendapat
dilakukan
anda tentang
sekiranya
gambar tersebut?
berhadapa
n dengan
situasi
tersebut?
Memahami dan mengintegrasi LANGKAH DUA

Sumbang saran

Menyatakan faktor Mengenal pasti jenis


kemalangan jalan raya kenderaan yang terlibat
dalam kemalangan.

Murid perlu tahu pihak


yang bertanggungjawab Usaha menangani isu
dalam isu tersebut. kemalangan jalan raya.
MASALAH BERPANJANGAN

Di Lembah Klang termasuk sekitar ibu negara masalah jalan berlubang bukan masalah terpencil, sebaliknya menjadi rungutan tidak berkesudahan
pengguna jalan raya.

Beberapa jalan di ibu negara seperti di Jalan Tun Razak, Jalan Pahang menuju Jalan Danau Kota, Jalan Ulu Kelang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Taman De
dan sepanjang Jalan Ampang dan beberapa laluan lain sering berhadapan masalah jalan berlubang dan lain yang membahayakan nyawa pengguna j
raya.

Seorang pengguna motosikal, Amalina Zahir, 24, pernah ditimpa kecelakaan apabila tayar skuter yang ditunggangnya masuk ke dalam lubang sedala
sentimeter di jalan berhadapan LRT Damai, Keramat.

Beliau nyaris kehilangan nyawa apabila skuternya terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain dari belakang.

"Kejadian berlaku sebelah malam, memang tak nampak lubang itu sebab digenangi air. Tayar skuter saya kecil jadi bila masuk dalam lubang tu mema
tak mampu nak imbang, terus jatuh.

"Nasib baik saya hanya mengalami cedera ringan tapi motosikal saya rosak teruk dengan banyak bahagian yang perlu diganti," katanya yang masih tr
dengan kejadian itu.

Seorang lagi mangsa, Mashud Sahid, 40an, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala apabila motosikalnya digesel sebuah kenderaan yang cuba meng
sebuah lubang besar di Jalan Tun Razak berhampiran Rumah Temasek.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika beliau dalam perjalanan dari Sungai Besi ke pusat bandar.

"Saya jatuh dan berguling di atas jalan selepas bergesel dengan kereta itu. Nasib baik kereta itu tidak berapa laju.
SayaYOUR LOGO
cedera di kepala selain beberapa anggota badan lain hingga terpaksa ditahan di wad," katanya mengenang
semula kejadian yang berlaku akhir tahun 2011.
PENYELENGGARAAN JALAN TIDAK SEMPURNA

Bagaimanapun, kerja mengorek dan menampal jalan memang menjadi pemandangan biasa di jalan-jalan raya di Malaysia. Di sekitar Kuala Lumpur
9
sahaja, kerja mengorek dan menurap jalan mempunyai kesan yang mendalam kepada pengguna jalan raya terutama jika dilakukan pada waktu siang.

Kerja-kerja ini mengundang kemarahan orang ramai kerana ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda.

Tetapi kekerapan berlakunya kerosakan jalan raya terutama di lokasi yang sama menimbulkan tanda tanya, sejauh mana kualiti membaik pulih dan kerja
penyelenggaraan jalan yang dilakukan?walaupaun pelbagai aduan telah diajukan.

Pakar Pengangkutan Awam Prof Dr Abd. Rahim Md. Nor berkata banyak jalan terutama di sekitar Kuala Lumpur tidak diselenggara dengan baik dan
secara profesional.

Malahan kebanyakan pekerja yang melakukan kerja baik pulih tidak terlatih dan berkemahiran dalam kerja itu, katanya.

"Kerana itu banyak jalan yang diturap dan dibaikpulih cepat rosak. Kadangkala jalan yang diturap hanya mampu bertahan setengah tahun sahaja dan
ada yang kurang daripada itu.

"Ditambah dengan hujan, air mula bertakung menyebabkan lubang atas jalan bertambah besar sedikit demi sedikit dan akhirnya membahayakan
pengguna jalan raya terutama mereka yang menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
CONTOHI NEGARA MAJU

Kaedah yang digunakan negara maju seperti United Kingdom dalam menyelenggara dan membaik pulih jalan yang10
rosak boleh dijadikan contoh.

Mereka melaksanakannya secara profesional dengan menggunakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang
penyelenggaraan jalan bagi memastikan kualitinya sama dengan jalan yang asal, menurut Prof Abd. Rahim yang juga
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata Malaysia perlu menubuhkan satu badan pemantau bebas khusus mengawasi kerja-kerja baik pulih
jalan raya terutama projek-projek yang memerlukan jalan raya dikorek dan diturap semula.

"Pihak ketiga ini akan melaporkan sekiranya syarikat yang melaksanakan projek itu gagal mencapai spesifikasi yang
ditetapkan dan mereka mungkin boleh dikenakan denda dan sebagainya.

"Dengan cara ini syarikat-syarikat yang berkenaan akan lebih serius dan tidak melaksanakannya sekadar melepas
batuk di tangga sahaja," katanya.

Pihak yang dipertangggungjawabkan dengan kerja-kerja membaikpulih kerosakan jalan harus memikirkan bebanan
yang dihadapi pengguna jalan raya terutama kos penyelenggaraan dan membaik pulih kenderaan selain risiko
kecederaan atau kematian.

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
RASUAH
Mengakses dan mendapatkan maklumat LANGKAH SATU

Mengaktifkan pengetahuan sedia ada:


i. Nyatakan kepada murid bahawa pembacaan yang berkesan akan mengaitkan bahan
bacaan yang dibaca dengan pengetahuan sedia ada.
ii. Soal murid pengetahuan sedia ada mereka mengenai gejala rasuah di Malaysia.

Sumbang saran tentang


gejala rasuah
Mengintegrasi dan mentafsir maklumat LANGKAH DUA
Bincangkan:
1. Menyatakan punca rasuah dan pihak yang terlibat mengatasi.
2. Memberikan pendapat tentang kesan rasuah .
RASUAH
Seperti najis dadah, rasuah juga musuh utama negara yang wajib diperangi. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan mencabar dalam memerangi rasuah di negara ini. Rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak
kira dalam agensi kerajaan mahupun swasta. Rasuah ada pemberi dan penerimanya. Ia tidak akan berlaku jika salah satu pihak menolak amalan yang
menjijikkan itu. Kaedah memberi rasuah juga pelbagai dan semakin licik sifatnya. Justeru, ia bukan perkara yang mudah bagi SPRM untuk
membendungnya.
Namun, dengan iltizam dan kekentalan semangat yang tinggi, SPRM bersedia mendepani segala cabaran dan rintangan untuk menjadikan Malaysia
negara yang bebas dan bersih daripada gejala rasuah. Melalui aspirasi dan slogan SPRM 2010, iaitu 'Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah'
yang dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya, Datuk Abu Kassim Mohamed sempena ulang tahun pertama penubuhannya pada 9 Mac lalu, ia telah
meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat tentang kesan dan bahaya rasuah.
SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2009 bagi
menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Pada 26 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah merasmikan kempen
'Hindar Menerima, Perangi Pemberi Rasuah'. Kempen itu bertujuan mencetuskan motivasi dan meningkatkan integriti penjawat awam dengan menolak
amalan rasuah, di samping melakukan perubahan minda ke arah pencapaian agenda transformasi negara.

Seperti yang disebut Mohd Sidek, mesej dan matlamat kempen itu adalah mudah, iaitu penjawat awam tidak boleh dirasuah. Kempen itu juga bertujuan
menyedarkan orang awam bahawa pemberi rasuah juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. Dalam ucapan perasmian kempen tersebut,
beliau menyebut bahawa pelaksanaan dan kejayaan kempen ini banyak bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua ketua agensi.

Kesedaran yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam mengenai 'najis' dan jenayah rasuah akan menjadikan mereka lebih tegas
dan berani menolak pujukan serta godaan pemberi rasuah. Peningkatan tahap integriti ini amat selari dengan komitmen kerajaan pimpinan Datuk Seri
Najib Tun Razak yang mahu mewujudkan sebuah pentadbiran yang 'mendahulukan rakyat' dan 'mengutamakan pencapaian' seperti yang terkandung
dalam gagasan '1Malaysia'.
Justeru, usaha memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran beliau supaya aspirasi dan kehendak rakyat benar-benar menjadi kenyataan.
Ini terbukti apabila usaha membanteras rasuah turut dijadikan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diberikan
perhatian penting di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Warga perkhidmatan awam dikehendaki
memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif dengan menampilkan nilai etika
kerja dan tahap integriti yang tinggi.
GTP yang telah dilancarkan oleh Najib pada 28 Januari lalu bertujuan membawa perubahan perkhidmatan awam ke arah menyediakan
perkhidmatan yang melangkaui jangkaan semua segmen rakyat dan pelanggan. Ini membuktikan bahawa gagasan '1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' adalah gagasan serius yang menuntut warga perkhidmatan awam melakukan transformasi minda, etika
kerja dan kaedah penyampaian perkhidmatan bagi mendukung agenda dan aspirasi negara.
Sektor perkhidmatan awam hari ini lebih menjurus kepada memudah dan mempercepat urusan pelanggan, sama ada urusan orang ramai
ataupun sektor swasta tanpa banyak proses dan prosedur serta kerenah birokrasi. Cara ini didapati berupaya membendung berleluasanya
amalan rasuah dalam perkhidmatan yang diberikan. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) telah berjaya
membentuk kerjasama sektor awam dan sektor swasta. Melalui Pemudah, banyak proses dan prosedur lapuk dan menyukarkan telah dapat
dihapuskan atau dikurangkan.
Hasilnya, tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan itu dipendekkan apabila berurusan di jabatan dan agensi kerajaan. Keputusan
perniagaan seperti pemberian kontrak, perolehan, dan sebagainya dapat dilakukan dengan lebih efisien tanpa melalui 'jalan belakang'.
Hakikatnya, banyak kemajuan sudah dirasai oleh mereka yang berurusan dengan sektor awam hari ini.
Misalnya, pendaftaran perniagaan boleh selesai dalam tempoh tiga hari, permohonan pasport selesai dalam tempoh dua jam dan pendaftaran
hartanah dilakukan dalam tempoh dua hari.
Begitu juga dengan penggunaan MyID untuk semua urusan individu dengan pelbagai agensi kerajaan amat memudahkan kerana kita perlu
mengingati satu nombor sahaja. Penggunaan MyCOID untuk semua urusan perniagaan telah menjadikan kerajaan lebih mesra perniagaan.
Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut dimanfaatkan oleh kerajaan melalui talian dalam banyak urusan. Melalui Internet,
pembayaran dan transaksi boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana. Kini, terdapat 1,277 perkhidmatan dalam talian di
pelbagai agensi perkhidmatan awam bagi memudahkan urusan orang ramai menggunakannya.
Kesimpulan, pelbagai pembaharuan yang dilakukan dalam perkhidmatan awam itu mampu menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah di
kalangan penjawat awam. Rakyat kini semakin yakin dengan agensi kerajaan, terutamanya agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan.
Melalui peningkatan integriti ini, maka hasrat kerajaan untuk mempertingkat daya saing negara di persada antarabangsa akan menjadi realiti.

Sumber:http://www.utusan.com.my/
16

PARLIMEN
MALAYSIA

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
LANGKAH SATU
Menjelaskan carta organisasi
Nama menteri, timbalan menteri dan
bidang tugas mereka dalam kerajaan.

Mengimbas dan
mengenal pasti
• Mengakses dan mendapatkan maklumat
LANGKAH DUA

Bincangkan peranan
parlimen Malaysia untuk
mengekalkan kemajuan
negara berdasarkan
petikan.

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
www.inspirasign.com Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
19
SISTEM Malaysia ialah sebuah negara persekutuan
PEMERINTAHAN Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen
Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan
NEGARA Ialah negara yang ada pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan(kerajaan pusat) dan Kerajaan Negeri
PERSEKUTUAN Kedua-dua kerajaan mentadbir negara berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa pemerintahan berdasarkan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai
Bersama
Kerajaan Persekutuan ada 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat,kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
DEMOKRASI Maksudnya pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
BERPARLIMEN Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan,yakni YDPA sebagai ketua negara
Kuasa diagihkan antara 3 komponen utama pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif
Kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih daripada parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya umum
Perdana Menteri menjalankan kuasa eksekutif dengan dibantu oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang dipilih daripada kalangan
ahli Parlimen/ bukan

RAJA Ketua negara persekutuan


BERPERLEMBAGAAN Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
(YDPA) Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah
www.inspirasign.com
YOUR LOGO
SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
SISTEM PEMERINTAHAN ARAB SAUDI

Arab Saudi adalah sebuah negara yang berbentuk kerajaan. Selain itu, Arab Saudi juga terkenal sebagai negara Islam
yang kaya kerana memiliki kekayaan alam berupa minyak bumi. Walaupun Arab Saudi merupakan negara Islam, Arab
Saudi tidak menggunakan sistem pemerintahan Islam dalam menjalankan roda pemerintahannya. Sistem
pemerintahan yang berlaku di Arab Saudi adalah sistem pemerintahan Monarki atau kerajaan. Seperti negara Inggeris
yang menjalankan sistem pemerintahan monarki dengan beberapa penyesuaian, begitu juga dengan Arab Saudi yang
menjalankan sistem pemerintahan monarki dengan beberapa penyesuaian yang dipututuskan berdasarkan keadaan
negara itu sendiri.
Raja Arab Saudi menyandang gelar sebagai penjaga dan pelayan umat Islam. Pada praktiknya, gelaran itu hanya
untuk menegaskan kedudukan raja Arab Saudi dan kaitannya dengan dunia Islam. Sehingga tidak hairan bila hukum
yang berlaku di Arab Saudi adalah hukum syariat Islam yang berdasarkan pada ajaran agama Islam.
Banyak negara di dunia yang memandang sistem pemerintahan monarki atau kerajaan yang dijalankan di Arab Saudi
merupakan sistem pemerintahan monarki yang kuno. Ada pendapat mengatakan Arab Saudi adalah negara buatan
yang dibentuk oleh kekuatan kolonial dalam rangka memenuhi kepentingan imperialisme barat. Walaupun pada
kenyataannya pandangan tersebut tidak sepenuhnya benar.
Sebagai negara yang berbentuk kerajaan dengan sistem pemerintahan yang sepenuhnya berdasarkan agama Islam,
semua hukum yang berlaku di Arab Saudi juga dibuat berdasarkan syari'at Islam. Sampai pada panduan raja sebagai
ketua pemerintahan dan ketua negara di Arab Saudi juga dibuat berdasarkan ajaran agama Islam. Di Arab Saudi,
sistem pemerintahan monarki yang dijalankan adalah sistem pemerintahan monarki iaitu kekuasaan raja tidak
terbatas. Raja juga memegang kekuasaan sebagai ketua negara dan ketua pemerintahan. Semua perkara berada di
tangan raja.
www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
Mengintegrasi dan mentafsir maklumat LANGKAH TIGA

Bandingkan sistem
pemerintahan
antara negara
Malaysia dengan
sebuah negara luar
negara
menggunakan
grafik
23

Kerja Projek

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
KERJA PROJEK
Fokus :

ISU / PERSOALAN
Piagam Pelanggan merupakan nadi kepada
pentadbiran dalam sesebuah organisasi.

Anda berhasrat untuk mewujudkan sebuah


organisasi bukan kerajaan yang bersedia
memberi khidmat nasihat dan kaunseling
kanak-kanak yang bersifat antarabangsa.
Ibu pejabat organisasi anda adalah terletak
di Kuala Lumpur.
25

Proses Kognitif Mengintegrasi dan Mentafsir


Pembelajaran Abad Ke-21 Pembelajaran Masa Depan
KBAT Mengaplikasi, Menganalisis, Mencipta

Arahan Tugasan

Hasilkan kerangka dan piagam


pelanggan bagi organisasi anda.

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
26

Bahan / Maklumat Tambahan

Bil Bahan / Maklumat


1 Lampiran 1
Contoh Piagam Pelanggan Polis Diraja Malaysia

2 Lampiran 2
Contoh Piagam Pelanggan Bank SME

3 Laman sesawang: Aspek dalam Piagam Pelanggan


http://www.lpp.gov.my/ms/c/document_library/get_file%3Fuuid%3D487ae87f-
7b4f-4a19-bb31-6d5f645ea364%26groupId%3D10171

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
27

LAMPIRAN 1

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com
28

LAMPIRAN 2

www.inspirasign.com
YOUR LOGO Phone: +2 (002) 540 78 90 | e-mail: inspirasign@domain.com

Anda mungkin juga menyukai