Anda di halaman 1dari 46

KHUTBAH JUMAAT

POLITEKNIK SEBERANG PERAI


DALAM MEMBERI PERSEPSI DAN
KEFAHAMAN ISLAM KEPADA PELAJAR

Disediakan Oleh:
MOHD FAZLON BIN ABDUL RAHIM
fazlon@psp.edu.my
PENGENALAN
 Masjid memainkan peranan yang penting sebagai pusat ilmu
pengetahuan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Ia berperanan
sebagai memupuk kesedaran dan penghayatan Islam di kalangan
masyarakat.

 Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk


meningkatkan iman para sahabatnya. Dalam masa yang sama, Masjid
juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam

 Dalam konteks ini, masjid bukan sahaja memainkan peranan sebagai


pusat ibadah yang khusus tetapi bertindak sebagai pusat pembinaan
peribadi Muslim yang unggul, pusat pencernaan pemikiran
kreatif dan dinamik, pusat memupuk semangat kecemerlangan,
serta penggerak ke arah pembentukan tamadun ummah.
(Mohd Fadzilah Kamsah: 1991).
PENGENALAN
• Di peringkat Politeknik Seberang Perai ia dikenali
sebagai Pusat Islam turut dijadikan lokasi untuk
menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu yang
melibatkan warga Politeknik Seberang Perai dan juga
komuniti setempat.
• Khutbah di Pusat Islam Politeknik Seberang Perai
disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Am dan
juga khatib jemputan.
PENGENALAN
• Mengenai khutbah, sejak amalan itu diperkenalkan ketika
pertama kali solat Jumaat ditunaikan di Madinah, ia telah
banyak memberi manfaat kepada umat Islam.
• Bukan sahaja kandungannya penuh dengan peringatan,
tetapi sarat dengan motivasi dan nasihat serta ibrah
kepada umat Islam ke arah memajukan ummah.
• Bahkan khutbah disampaikan oleh Rasulullah SAW
dikatakan melahirkan rasa keyakinan terhadap
kekuasaan Allah SWT yang tidak terbatas sehingga
melahirkan kecintaan terhadap Ilahi serta mengajak untuk
mengaitkan segala amal duniawi dengan tidak
meminggirkan soal akhirat.
(Utusan Malaysia: 2013)
TAKRIF AL-KHUTBAH
LISANUL ARAB

• Khutbah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang


membawa maksud pidato atau pengucapan umum atau
sebagai kata-kata yang diucapkan oleh pengucapnya.

(Ibn Manzur: 1994)


TAKRIF AL-KHUTBAH
• Khutbah ialah himpunan undang-undang dan
peraturan yang mampu meyakini pendengaran dalam
sebarang topik yang dikehendaki berdasarkan
kesahihan mesej yang disampaikan sehingga
membolehkan mesej itu dipilih sama ada untuk
diikuti atau tidak.
• Dalam perbincangan kitab-kitab fikah, khutbah
selalunya dibincangkan dalam perbahasan fikah ibadat,
menjelaskan tentang pengertian, rukun dan kaedah
pelaksanaannya di mana tidak banyak perbincangan
difokuskan kepada peningkatan keberkesanannya secara
terperinci.

(Ali Mahfuz: 1984)


TAKRIF AL-KHUTBAH
KAMUS DEWAN

• Khutbah merujuk kepada pidato atau syarahan yang


lazimnya mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan.
TAKRIF AL-KHUTBAH
• Khutbah ialah pidato yang diucapkan di hadapan jemaah
dalam solat pada hari Jumaat seperti mana firman Allah
SWT dalam surah al-A’raf, (7 : 204) yang bermaksud:

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah


akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan
untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”.

Sesetengah ahli tafsir menjelaskan ayat ini diturunkan


bersangkut paut dengan urusan khutbah.
PERANAN KHUTBAH
• Khutbah Jumaat mempunyai potensi yang besar bagi
membentuk agenda tertentu (agenda setting) untuk
meningkatkan kualiti kehidupan umat Islam menuju
kecemerlangan.
• Ia boleh dijadikan asas tindakan mingguan bagi setiap
individu Muslim dalam masyarakat, umpamanya bermula
dengan menanam minat untuk memahami isu,
berfikir, berbahas, membuat keputusan dan
seterusnya melakukan perubahan sikap sama ada
kepada diri sendiri atau keluarga selari dengan kehendak
kandungan khutbah.

(Zulkiple Abd Ghani: 2003)


USLUB KHUTBAH
• Antara uslub yang terkandung di dalam khutbah adalah
Uslub al-Qur’an. Dalam Uslub al-Qura’an mengandungi
beberapa perihal seperti
• al-Tauhid (aqidah),
• al-Risalah (perutusan Nabi Muhammad) dan
• al-Jaza’ (pembalasan).

• Selain itu, uslub yang mudah dan jelas mampu


memberi kefahaman terhadap semua pendengar yang
terdiri daripada pelbagai lapisan jemaah dan pelbagai
latar belakang kebudayaan.
Bahasa Perantaraan Khutbah
• Khatib seharusnya menggunakan apa-apa bahasa yang
difahami oleh para pendengarnya seperti mana firman
Allah SWT dalam surah Ibrahim, (14: 4) yang
bermaksud:

“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul


melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia
menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka
Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi
hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Cara Penyampaian Khutbah
1. Suara yang lantang dan terang.

2. Sikap yang tegas dan bersungguh-sungguh.

3. Meminta hadirin mendengar dengan khusyuk,


tafakur, tidak berbual atau bercakap-cakap.

4. Berpakaian kemas dan bersih daripada sebarang


hadas.
OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti tahap kefahaman Islam


1 dan kesan khutbah Jumaat kepada
pelajar.

Mengenalpasti pengisian dan


pendekatan khutbah Jumaat yang
2 kerap kali digunakan oleh khatib
dalam menyampaikan khutbah.
PERMASALAHAN KAJIAN
• Sejauh mana peranan khutbah Jumaat
dapat memberi kefahaman Islam kepada
pelajar di Politeknik Seberang Perai.
1.
• Bagaimana pandangan jemaah mengenai
unsur-unsur utama yang mempengaruhi
prestasi khutbah seperti pengisian
khutbah, bahasa yang digunakan,
2. kewibawaan dan keterampilan khatib.
METODOLOGI KAJIAN
• Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai
reka bentuk kajian dan data dikumpul melalui kaedah
soal selidik.

• 55 orang telah dipilih sebagai responden bagi


1. kajian ini dengan menggunakan kaedah
convenience sampling.

• Data-data daripada soal selidik telah dianalisis


2. menggunakan perisian Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS)

• Menggunakan analisis deskriptif seperti


3. peratus, frekuensi dan sisihan piawai.
DAPATAN KAJIAN
Profil Responden

Kekerapan Menghadiri Solat Jumaat


Di Pusat Islam Politeknik Seberang Perai

3 orang 2 orang
5.3% 3.5%
1 orang
1.8%
Mingguan
Bulanan
49orang Kadang-Kadang
89.5% Bila Ada Masa Lapang
Analisis Deskriptif

• Soal selidik dalam kajian ini menggunakan skala Likert 1


hingga 5.
• Oleh yang demikian, persetujuan responden tentang
perkara-perkara yang terdapat di dalam soal selidik
diperoleh dalam bentuk skala Likert iaitu
• Sangat Tidak Setuju=STS,
• Tidak Setuju=TS,
• Tidak Pasti=TP,
• Setuju=S dan
• Sangat Setuju=SS.
• Bagi tujuan analisis deskriptif secara terperinci, data
telah dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai.
Analisis Deskriptif

• Seterusnya nilai min yang diperoleh ditafsirkan


menggunakan cara interpretasi dapatan statistik
deskriptif yang dicadangkan oleh Norasmah Othman
(2001), Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad Munawar
(2009) yang telah membahagikan cara interpretasi
dapatan deskriptif tersebut seperti ditunjukkan di dalam
jadual 2 berikut.
Analisis Deskriptif

Skor Min Interpretasi


1.0 – 1.4 Sangat rendah / Sangat Tidak Bersetuju
1.5 – 2.4 Rendah / Tidak bersetuju
2.5 – 3.4 Sederhana / Tidak pasti
3.5 – 4.4 Tinggi / bersetuju
4.5 – 5.4 Sangat tinggi / Sangat bersetuju

Sumber: Norasmah Othman (2001), Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad


Munawar (2009)
Persepsi Pelajar Tentang Kefahaman Islam
Menerusi Khutbah Jumaat
Deskriptif
• Jadual 3 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan
interpretasi persepsi pelajar tentang kefahaman Islam
menerusi khutbah Jumaat. Nilai-nilai yang diperolehi
daripada hasil analisis ini adalah;
Jadual 3. Persepsi pelajar tentang
kefahaman Islam menerusi khutbah Jumaat
Item Soalan Min SP Tahap

Saya dapat menghayati khutbah Jumaat yang 4.49 0.539 Tinggi


disampaikan dalam kehidupan seharian saya.

Khutbah Jumaat yang disampaikan dapat 4.70 0.499 Sangat Tinggi


meningkatkan keyakinan saya terhadap Islam

Khutbah Jumaat yang disampaikan dapat membantu 4.63 0.522 Sangat Tinggi

saya mengamalkan cara hidup Islam.

Khutbah Jumaat yang disampaikan dapat 4.46 0.734 Tinggi

memotivasikan saya untuk menjadi muslim sejati.

Persepsi Secara Keseluruhan 4.57 0.574 Sangat Tinggi


• Saya dapat menghayati khutbah Jumaat yang
disampaikan dalam kehidupan seharian saya.

18%

sangat setuju
bersetuju

82%
Khutbah Jumaat yang disampaikan dapat meningkatkan
keyakinan saya terhadap Islam
Sales

9%

Sangat setuju
bersetuju

91%
• Khutbah Jumaat yang disampaikan dapat membantu saya
mengamalkan cara hidup Islam.

6%

Sangat setuju
bersetuju

94%
• Khutbah Jumaat yang disampaikan dapat memotivasikan
saya untuk menjadi muslim sejati.

6%

Sangat setuju
Bersetuju

94%
Persepsi Pelajar Tentang Kefahaman Islam
Menerusi Khutbah Jumaat
Deskriptif
KEPUTUSAN

Nilai-nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini, bila


dirujuk kepada cara interpretasi yang dicadangkan oleh
Norasmah Othman (2001), Azhar Ahmad (2006) dan
Ahmad Munawar (2009) didapati bahawa secara
keseluruhan jemaah yang dikaji berada pada tahap sangat
tinggi.
Interpretasi Pelajar Terhadap Pengisian
Khutbah Jumaat

• Jadual 4 berikut menunjukkan skor min, sisihan piawai


dan interpretasi pelajar terhadap pengisian khutbah
Jumaat. Nilai-nilai yang diperolehi daripada hasil analisis
ini adalah;
Jadual 4 Interpretasi Pelajar Terhadap
Pengisian Khutbah Jumaat

Item Soalan Min SP Tahap

Saya suka khatib menyampaikan atau mengajar 4.56 0.627 Sangat Tinggi
berkaitan dengan ilmu agama

Khatib mengaitkan kandungan khutbah Jumaat 4.44 0.598 Tinggi


dengan kehidupan saya sebagai seorang khalifah.

Khatib sering mengaitkan isu semasa ketika 4.32 0.848 Tinggi


menyampaikan khutbah Jumaat

Secara umumnya, khutbah yang disampaikan telah 4.53 0.504 Sangat Tinggi
meningkatkan kefahaman saya tentang kefahaman
Islam

Kesan Secara Keseluruhan 4.46 0.644 Tinggi


• Khatib mengaitkan kandungan khutbah Jumaat dengan
kehidupan saya sebagai seorang khalifah.

6%

Sangat setuju
Bersetuju

94%
• Secara umumnya, khutbah yang disampaikan telah
meningkatkan kefahaman saya tentang kefahaman Islam

39%
Sangat setuju
Bersetuju
61%
• Khatib sering mengaitkan isu semasa ketika
menyampaikan khutbah Jumaat

9%

Sangat setuju
Bersetuju

91%
• Saya suka khatib menyampaikan atau mengajar berkaitan
dengan ilmu agama

16%

Sangat Setuju
Bersetuju

84%
Interpretasi Pelajar Terhadap Pengisian
Khutbah Jumaat

KEPUTUSAN

Nilai-nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini, bila


dirujuk kepada cara interpretasi yang dicadangkan oleh
Norasmah Othman (2001), Azhar Ahmad (2006) dan
Ahmad Munawar (2009) didapati bahawa secara
keseluruhan pelajar yang dikaji berada pada tahap tinggi.
Penggunaan Bahasa Dalam Penyampaian
Khutbah

• Jadual 4 berikut menunjukkan skor min, sisihan piawai


dan interpretasi pelajar terhadap penggunaan bahasa
dalam penyampaian khutbah Jumaat. Nilai-nilai yang
diperolehi daripada hasil analisis ini adalah;
Jadual 5 Interpretasi pelajar terhadap
penggunaan bahasa dalam penyampaian
khutbah Jumaat
Item Soalan Min SP Tahap

Khutbah yang disampaikan berjaya membangkitkan 4.44 0.682 Tinggi


minat saya terhadap mempelajari ilmu-ilmu agama.

Khatib kerap menggunakan alat bahan bantu 3.37 1.371 Sederhana


mengajar (slide show) dalam penyampaian khutbah.

Setiap khutbah yang disampaikan oleh khatib tidak 4.23 0.627 Tinggi
membosankan
Khatib mempunyai pengetahuan yang luas mengenai 4.37 0.683 Tinggi
ilmu agama Islam.

Kesan Secara Keseluruhan 4.10 0.841 Tinggi


• Khutbah yang disampaikan berjaya membangkitkan
minat saya terhadap mempelajari ilmu-ilmu agama.

5%

Sangat Setuju
Bersetuju

95%
• Khatib kerap menggunakan alat bahan bantu mengajar
(slide show) dalam penyampaian khutbah.

35%
Sangat setuju
Bersetuju
65%
• Setiap khutbah yang disampaikan oleh khatib tidak
membosankan

26%

Sangat Setuju
Bersetuju

74%
• Khatib mempunyai pengetahuan yang luas mengenai ilmu
agama Islam.

7%

Sangat setuju
Bersetuju

93%
Penggunaan Bahasa Dalam Penyampaian
Khutbah

KEPUTUSAN

Nilai-nilai yang diperolehi daripada hasil analisis ini, bila


dirujuk kepada cara interpretasi yang dicadangkan oleh
Norasmah Othman (2001), Azhar Ahmad (2006) dan
Ahmad Munawar (2009) didapati bahawa secara
keseluruhan pelajar yang dikaji berada pada tahap tinggi.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
• Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberi
gambaran awal tentang persepsi pelajar terhadap
pelaksanaan khutbah Jumaat dalam meningkatkan
kefahaman Islam di kalangan mereka.
• Hasil penemuan kajian jelas menunjukkan respon yang
amat positif di kalangan responden.
• Tinjauan yang telah dilakukan melalui pelaksanaan,
pengisian dan kewibawaan terhadap khatib juga
mendapat hasil analisis yang tinggi.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
• Sebagaimana yang diketahui umum, khutbah berpotensi
besar untuk bertindak sebagai media pembangunan yang
amat berkesan khususnya dalam meningkatkan
kefahaman Islam di kalangan pelajar.
• Sehubungan dengan itu, para khatib perlu diberi inovasi
baru agar mereka menjadi penyampai yang lebih dinamik
demi memenuhi pengharapan para pelajar dan jemaah
supaya khutbah Jumaat boleh menjadi wadah ilmu
mingguan yang berkesan.
• Hal ini kerana kekuatan sebenar bagi seseorang muslim
atau umat Islam bukanlah terletak kepada harta.
• Namun begitu harta merupakan wasilah dalam mencapai
sesuatu tujuan, tetapi kekuatan yang hakiki ialah kekuatan
iman dan takwa serta baik rupa amalannya.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
• Berdasarkan penemuan-penemuan kajian dan
perbincangan di atas, dicadangkan beberapa langkah bagi
penambahbaikan penyampaian khutbah di kalangan
khatib bagi meningkatkan kefahaman Islam di kalangan
pelajar:
1. Menyedari dan memahami perubahan rohani,
emosi, intelek dan sikap para jemaah.

2. Mengemaskinikan teks khutbah mengikut


permasalahan setempat dan situasi semasa.

3. Menjauhkan dan mengelakkan daripada


menyentuh isu-isu kontroversi khususnya politik.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
4. Mempertingkatkan dan menyesuaikan tahap
kredibiliti, keilmuan, sikap, ideologi, karektor dan
sahsiah khatib yang diterima oleh masyarakat
umum.

5. Jemaah perlu sentiasa diingatkan mengenai


tanggungjawab mereka semasa penyampaian
khutbah. Mereka harus belajar mendengar secara
aktif dan kritis.

6. Menambah baik penyampaian khutbah dengan


menyediakan slide show kandungan khutbah bagi
meningkatkan kefahaman kandungan khutbah.
Utusan Malaysia. (4 Februari 2006)
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai