Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

KEMAHIRAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

Mempunyai skill atau kemahiran ialah bekebolehan untuk membuat atau mempunyai kemahiran
didalam sesuatu bidang, didalam permainan bola tampar kemahiran menguasai permainan ini
amatlah penting. Dengan menguasai kemahiran yang sepatutnya ada pada seseorang pemain
menjadikan sesebuah pasukan itu dapat menguasai permainan tersebut. Perkara ini amat
ditekankan oleh seorang jurulatih terhadap setiap pemain.Diantara kemahiran itu ialah membuat
hantaran hadapan ( digging/ forearm pass), merejam(spike), Mengumpan ( setting) menyangga
(Dig) dan servis, semua ini seharusnya ada untuk memperlihatkan satu kualiti permainan yang
baik.

Permainan Bola Tampar / peraturan.

Permainan bola tampar terdiri daripada 6 orang pemain utama daripada 12 orang pemain, ianya
dimainkan diatas gelanggang yang berukuran 9m x 18m persegi, dimana pada bahagian
hadapan terdapat satu garisan serangan yang berukuran 3m dengan ketinggian jaring 2.43m
Lelaki dan 2.41m Perempuan. Panjang jaring ialah 9.5 m dengan kelebaran 1m, ketinggian tiang
2.55m dengan jarak daripada garisan 50cm hingga 100cm dan kelebaran garisan sekeliling ialah
5cm.
 PUKULAN MENGUMPAN

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan


bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi
peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan
dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala.
Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan
pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi
menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.
Cara mengumpan
Mengumpan
PUKULAN REJAM

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam


gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan
servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu
cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam
memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di
udara pula, badan perlulah dibengkokkan
dan memukul bola.
Jenis-jenis rejam
Rejam berdiri

a. Tidak ada run-up


b. Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke
belakang dan ke atas.
d. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu
untuk merejam bola.
e. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan
terbuka atau menadahkan tangan.
f. Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka
atau menadahkan tangan.
g. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola turun.
 Rejam sambil berlari (running spike)
a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter
dari jaring.

i. Berlari (run up) tiga langkah.Langkah pertama


adalah bermasa (a timing pace).

ii. Langkah kedua akan menbawa perejam di


bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir
bersama.

iii. Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan


terbuka atau menadah tangan.
 Cara-cara merejam.

1) Posisi bersedia

a) Berat badan diagihkan dengan seimbang.

b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.

c) Bengkokkan lutut.

d) Bahagian tubuh badan mengendur.

e) Bahu ke hadapan.

f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.


2) Pergerakkan

a) Bergerak ke arah bola.

b) Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan


tangan kanan.

c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola.

d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.

e) Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk


melakukan lompatan.

f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang


boleh.

g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat


badan.

h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi


 3) Sentuhan.

a) Sentuhan mestilah dilakukan diatas bahagian bola.
b) Sentuhan bola dengan hujung tangan.
c) Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan
dengan tapak tangan dan jari-jari melindungi bola.
e) Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal
spike atau menadah tangan untuk mendapatkan kuasa.
f) Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan
badan.

4) Daratan.
a) Mendarat di atas jari.
b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.
c) Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat
lonjakan.
Cara pukulan
Teknik pukulan merejam
Cara-cara merejam

2
3

4
 MENGHADANG

Kemahiran Seperti kemahiran merejam, kemahiran


menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu,
kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman.
Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari
pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak
dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua
belah tangan.

 Cara-cara Menghadang
a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas.
 b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah
pihak lawan.
Cara –cara Menghadang
RUJUKAN

• http://www.scribd.com/doc/5991002/Bola-
Tampar-

• http://vball-skill.blogspot.com/

• http://ameeroza.blogspot.com/2011/10/kemahir
an-bola-tampar.html

Anda mungkin juga menyukai