Anda di halaman 1dari 36

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Negara


• SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Sejarah sistem pendidikan di Malaysia sebelum


kemerdekaan hingga kepada pembentukan FPN
boleh dikaji melalui tiga peringkat utama.
Peringkat pertama akan merangkumi sistem
pendidikan sebelum merdeka.
Peringkat kedua menyentuh sistem pendidikan
selepas merdeka manakala
Peringkat ketiga pula akan melihat sistem
pendidikan selepas tahun 1969.
• SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN
BRITISH
• Pendidikan Agama
• Hal-hal berkaitan dengan pendidikan zaman tradisional
sedikit sebanyak terdapat dalam Sejarah Melayu.
• Mulai kurun ke 15 hingga kurun 17, orang Melayu telah
pun mula mendapat pendidikan agama.
• Pendidikan agama disampaikan oleh guru al Quran di
kampung-kampung.
• Selain itu, pendidikan juga disampaikan oleh mereka
yang berketurunan Sayyid.
• Sebagian besar daripada guru ini menyampaikan
pengajaran di surau atau di masjid.
• Pada masa yang sama, guru agama itu akan menjadi
imam kampung di mana dia menyampaikan pendidikan
agama.
• Mereka mengajar perkara-perkara seperti kira - mengira,
menulis jawi, tajwid, fandhu ain, rukun Islam dan rukun
Iman.
• Pelajar tidak dikenakan apa-apa bayaran.
• Sebaliknya, pelajar ini membantu guru
membersihkan kawasan tempat mereka belajar,
mengambil air, kayu api atau membantu
mengerjakan sawah.
• Pada kurun ke 18 pendidikan agama telah
menlngkat maju kerana penghijrahan beberapa
orang alim ulama dari Timur Tengah.
• Contohnya, Syarif Muhammad yang berasal dari
Baghdad telah mengasaskan sekolah agama di
Kuala Terengganu.
• Ketika berlaku kekacauan di Patani, lebih ramai
lagi alim ulama berpindah ke Terengganu dan
Kelantan.
• Madrasah
• Madrasah merupakan sekolah agama yang moden.
• Institusi ini lebih kemas dan teratur. Madrasah
menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-
ajaran reformis dan Asia Barat.
• Tumpuan pelajaran di kebanyakan madrasah ialah pada
pengajaran agama Islam.
• Taraf pendidikan di setengah-setengah madrasah adalah
tinggi, seperti di Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang dan
Madrasah di Kota Bharu.
• Para lulusan dari madrasah-madrasah tersebut boleh
melanjutkan pelajaran ke peringkat universal seperti di
Universiti Al-Azhar, Mesir atau di Masjidil-Haram,
Makkah.
• Pendidikan Tidak Formal
• Pendidikan tidak formal berlaku secara tidak langsung.
• Dalam kehidupan seharian, anak-anak terpaksa
membantu ibu bapa dalam pelbagai tugasan sama ada
di kebun atau di rumah.
• Dalam pada itu, mereka mempelajari kemahiran
membuat atau membaiki alat-alat pertanian daripada
ibu bapa atau orang kampung yang lebih tua.
• Selain itu, mereka juga berpeluang mempelajari
kemahiran dalam kraf tangan seperti membuat bakul,
ukiran kayu atau logam.
• Kebanyakan kemahiran ini diperoleh kerana kanak-kanak
itu membantu dan memerhati bagaimana satu-satu hasil
itu dikendalikan.
• Golongan muda juga mempelajari seni mempertahankan
diri dan segelintir pula antara mereka mempelajar ilmu
sihir.
• Pendidikan Istana
• Menurut Sejarah Melayu, mulai kurun ke-15,
pendidikan agama Islam mula dipelajari oleh
golongan istana.
• Lazimnya, sultan akan menyediakan satu
ruangan di istana bagi membolehkan pengajaran
agama Islam disampaikan.
• Tokoh-tokoh agama yang menyampaikan
pengajaran di istana juga digalakkan
menterjemah buku-buku bahasa Arab kepada
bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan
Jawi.
• Bahasa pengantar yang digunakan oleh guru-
guru tersebut ialah bahasa Melayu kerana
kebanyakan kitab dalam bahasa Arab telah pun
diterjemahkan ke bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, bahasa Arab juga diajar.
• SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH
• Sekolah Agama
• Pada zaman British, sekolah agama terus berfungsi
tanpa sebarang campur tangan.
• Ini kerana pihak British tidak ingm campur tangan dalam
hal-hal agama dan adat resam orang-orang Melayu.
• Dengan itu, pihak British tidak terlibat dalam
pengelolaan dan pengendalian sekolah-sekolah agama.
• Sekolah agama yang ditubuhkan pada zaman British
adalah lebih kemas pengelolaannya.
• Sekolah ini lebih dikenali sebagai madrasah atau sekolah
agama yang moden.
• la dipelopori oleh golongan muda. Kurikulum sekolah
agama moden ini merangkumi ilmu keduniaan dan ilmu
akhirat.
• . Madrasah banyak ditubuhkan di
Kelantan, Kedah dan Terengganu.
• Sekolah-sekolah agama moden seperti ini
dapat menandingi sekolah-sekolah Melayu
yang disediakan oleh pihak British.
• Ini kerana mutu pendidikan yang
disediakan oleh setengah-setengah
sekolah agama moden ini baik.
• Ini terbukti apabila pelajar-pelajar lepasan
sekolah-sekolah agama itu dapat
meneruskan pelajaran di Universiti Al-
Azhar di Mesir dan universiti-universiti lain
di Asia Barat.
• Sekolah Pondok
• . Pada awal kurun ke-19, sekolah pondok banyak
didirikan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
• Perkataan pondok sebenarnya berasal daripada
perkataan Arab yang bermakna rumah-rumah
kecil tempat tinggal pelajar-pelajar.
• Akan tetapi di Tanah Melayu, pondok itu
membawa makna sebuah institusi pendidikan
agama Islam bersendirian serta mempunyai
asrama.
• Sebahagian besar daripada guru pondok
merupakan individu yang berpengaruh dan
biasanya mereka menyampaikan pelajaran secara
sukarela.
• Orang kampung akan bekerjasama untuk
menyediakan rumah tuan guru dan pondok untuk
pelajar-pelajar. Pondok itu lazimnya dibina
berdekatan dengan rumah tuan guru.
• Di sekolah pondok, pelajar-pelajar duduk
secara bersila di atas lantai.
• Meja dan kerusi tidak disediakan.
• Sukatan pelajaran khusus juga tidak
didapati.
• Mata pelajaran yang diajar di sekolah
pondok termasuk Hadis, Tasawuf, Fiqh,
Tauhid, Tafsir dan doa-doa yang bersabit
dengan kehidupan seharian.
• Selain itu, bahasa Arab dan tulisan Jawi
juga disampaikan.
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa
pengantar kerana kitab bahasa Arab telah
pun diterjemahkan ke bahasa Melayu.
• Tempoh bagi mengikuti pelajaran di
sekolah pondok tidak terhad.
• Ada antara pelajar yang mengambil masa
sehingga sepuluh tahun.
• Matlamat sebenar sekolah pondok ialah
untuk melahirkan individu yang arif
tentang hukum- hukum agama, tahu
beribadat dengan betul dan bermoral
tinggi.
• Dasar pemerintahan British di Tanah
Melayu ialah 'pecah dan perintah.
menyebabkan empat sistem persekolahan
wujud, selain daripada sekolah agama.
• Sistem sistem persekolahan tersebut ialah
sekolah vernakular Melayu, sekolah
vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil
dan sekolah Inggeris .
• Sekolah vernakular bermakna sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran.
• 1. Sekolah Melayu
• Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di
India menghantar perutusan Jemaah
Pengarah untuk melawat Negeri-negeri
Selat untuk membuat laporan pendidikan
di negeri-negeri tersebut.
• Pada tahun 1855, sebuah sekolah Melayu
telah didirikan di Bayan Lepas, Pulau
Pinang.
• Pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun
1856, dua buah lagi sekolah Melayu
dibuka, iaitu di Teluk Belangah dan di
Kampung Gelam Singapura.
• Pada tahun 1871, A.M.Skinner telah memulakan
sekolah-sekolah Melayu berdasarkan kelas
Quran dalam satu percubaan.
• Di sekolah pagi, pelajaran biasanya dijalankan,
manakala pelajaran agama Islam diajar pada
sebelah petang.
• Mata pelajaran yang dipelajari ialah Bacaan,
Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Ilmu
Alam dan Latihan (asmani. Mulai abad ke-20,
perkebunan dan anyaman diperkenalkan.
• Ini berikutan cadangan laporan oleh Winstedt
pada tahun 1917.
• Guru-guru pelajaran biasanya dibiayai oleh ibu
bapa murid-murid berkenaan.
• kanak-kanak perempuan Melayu, sekolah yang
pertama didirikan di Teluk Belangah pada tahun
1884.
• Sebuah lagi sekolah untuk perempuan Melayu
ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1889.
• Bagi menyediakan guru-guru Melayu, RJ.
Wilkinson telah menubuhkan sebuah Maktab
Perguruan di Melaka pada tahun 1907.
• Kursus perguruan selama dua tahun diadakan
untuk guru-guru Melayu lelaki dari Negeri-negeri
Selat.
• Pada tahun 1913, sebuah lagi maktab didirikan
di Matang, Perak.
• Walau bagaimanapun, kedua-dua maktab ini
ditutup kemudiannya.
• Bagi menggantikan maktab-maktab tersebut,
Maktab Perguruan Sultan Idris; Tanjung Malim
(yang sekarang dikenali sebagai Universiti
Pendidikan Sultan Idris atau UPSI) telah
didirikan pada tahun 1922.
• Kursus perguruan tiga tahun itu terdiri daripada
empat bahagian, iaitu bahagian akademik,
perkebunan, pertukangan tangan dan membuat
bakul, serta teori dan latihan mengajar.
• Pendidikan Agama Islam diajar dua jam
seminggu. Bahasa pengantar yang digunakan
ialah bahasa Melayu.
• Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka
dimulakan pada tahun 1935.
• Tempoh kursus perguruan ialah dua tahun pada
mulanya, tetapi berubah menjadi tiga tahun.
• Pelatih-pelatih maktab tersebut datang dari
Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu
• Dengan menggunakan dasar pecah belah di
kalangan orang Melayu, sebuah 'sekolah raja'
yang berasrama penuh dibina di Selangor pada
tahun 1890.
• Sekolah ini hanya terbuka kepada auak-anak
raja sahaja. Empat tahun kemudian sekolah ini
terpaksa ditutup. Pada tahun 1905, Maktab
Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan.
• Dengan ini jelas, dasar pentadbiran
Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan
mereka sendiri.
• Pendidikan yang dibekalkan adalah
setakat empat tahun sahaja, kecuali di
tahap latihan perguruan.
• Orang Melayu tidak digalakkan ke bandar
dan dengan itu, cuba memisahkan orang
Melayu daripada kemajuan perbandaran
dan perindustrian.
• . Sekolah Cina
• Orang Cina ramai di lombong-lombong bijih timah di
Perak dan Selangor.
• Ramai juga terdapat di Negeri-negeri Selat sebagai
peniaga.
• Sekolah Cina pertama dimulakan di Melaka pada tahun
1815 oleh sekumpulan mubaligh dari Persatuan
Mubaligh London.
• Pengajaran bahasa Cina juga diadakan di Free Schools di
Negeri-negeri Selat.
• Tetapi, sekolah-sekolah tersebut telah gagal dan
ditamatkan.
• Kemudiannya, sekolah Cina dibuka oleh individu Cina,
persatuan Cina daerah, persatuan suku kaum dan
jabatan pentadbir. Individu dan persatuan-persatuan
tersebut memberikan derma bulanan.
• Dalam hal pembinaan sekolah Cina,
pentadbiran Inggeris bersikap tidak mahu
campur tangan, malahan menentang
keras pembiayaan untuk pembinaan
sekolah Cina. Kurikulum sekolah
berbentuk klasik lama. Murid-murid juga
mempelajari kaligrah (tulisan tangan yang
cantik) dan kira-kira. Biasanya rumah
digunakan sebagai sekolah. Dialek
tempatan digunakan sebagai bahasa
pengantar.
• Sejak tahun 1901, sekolah-sekolah Cina mula
mendapat bantuan kewangan dari negara China
di bawah pemerintahan Manchu.
• Guru-guru juga dibawa dari negara China.
• Kurikulum baru dimulakan.
• Pelajar-pelajar belajar teks klasik lama, Sejarah,
Ilmu Alam, Sains, Pendidikan Moral, Bahasa
Cina, Nyanyian, Latihan Jasmani dan Lukisan.
• Apabila tertubuhnya Republik Rakyat China pada
tahun 1911, kerajaan tersebut memberi bantuan
kewangan kepada sekolah-sekolah Cina di
negara ini.
• Ideologinya terus diserapkan ke dalam
kurikulum sekolah-sekolah Cina.
• Pada Mei 1919, satu reformasi
kebudayaan berlaku di negeri China.
• Ekoran ini, sekolah-sekolah Cina di Tanah
Melayu mula menggunakan bahasa
Mandarin yang juga telah menjadi bahasa
pengantar rasmi di negara China.
• Dengan adanya bantuan kewangan,
pengaruh politik parti nasional, iaitu
Kuomintang, terus berkembang di
sekolah-sekolah Cina.
• pentadbiran Inggeris menyedari bahaya
pengaruh ideologi kerajaan China
terhadap kaum Cina di sini.Sentimen anti-
British juga disebarkan.
• Pada tahun 1920, Enakmen Pendaftaran
Sekolah diwujudkan.
• Tujuan utamanya untuk mengawal
perkembangan sekolah-sekolah Cina.
Antara yang terkandung dalam Enakmen
Pendaftaran Sekolah ialah:
• (a) Pengarah pelajaran berkuasa untuk
menutup sebarang sekolah yang tidak mematuhi
peraturan berkaitan dengan kurikulum,
pentadbiran dan keadaan kesihatan yang di-
tetapkan oleh pentadbiran British.
• (b) Semua guru serta pentadbirnya hendaklah
didaftar dan diselia oleh pengarah pelajaran.
• (c) Setelah didaftar di bawah enakmen
tersebut, sekolah-sekolah Cina itu akan diberi
bantuan oleh kerajaan Inggeris. Sekolah-
sekolah yang layak mendapatkan bantuan ialah
yang menggunakan dialek tempatan sebagai
bahasa pengantar. Sekolah yang menggunakan
bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantarnya
dianggap sebagai agen kerajaan China.
• Enakmen ini dipandang oleh masyarakat
Cina sebagai sesuatu yang mencabuli hak
asasi orang Cina dalam pengurusan
sekolah.
• Dengan itu, masyarakat Cina membantah
enakmen tersebut.
• Tetapi, rancangan pendaftaran itu
diteruskan juga oleh pentadbiran Inggeris.
• Berikutan tindakan tegas ini, hampir 315
buah sekolah dibatalkan pendaftarannya
di antara tahun 1925 dan 1928.
• 3. Sekolah Tamil
• Sekolah-sekolah Tamil mula dibina di
estet-estet kopi, kelapa, gula dan getah.
• Kebanyakan pekerja bertutur bahasa
Tamil dan dengan itu, sekolah yang
dibuka di estet mengguna bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantarnya.
• Pentadbiran Inggeris mewajibkan tuan
punya estet untuk menyediakan sekolah
Tamil.
• Ini juga merupakan dorongan bagi pekerja
pekerja India datang ke negara ini.
• Selain daripada majikan, sekolah Tamil
juga dibina oleh mubaligh Kristian dan
individu-individu yang berkemampuan.
• Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad
kepada peringkat dasar atau sekolah
rendah.
• Kurikulum serta gurunyadidatangkan dari
India.
• Sejak tahun 1902, kerajaan Inggeris mula
memberi kemudahan untuk menubuhkan
sekolah Tamil sama ada di estet atau di
bandar, khasnya untuk anak pekerja di
Jabatan Kereta Api dan Kerja Raya.
• Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah
Tamil di Persekutuan adalah lebih kurang 4000
orang. Pada tahun 1925,Kod Buruh
dikuatkuasakan dan setiap estet yang
mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur
persekolahan diwajibkan menyediakan sekolah
dan guru bagi kanak-kanak itu.
• Kod Buruh ini jelasnya dapat menambahkan lagi
bilangan sekolah Tamil di estet.
• sekolah Tamil hanya bertujuan untuk membasmi
buta huruf di kalangan kanak-kanak di estet.
• Sedikit peruntukan wang tahunan juga diberikan
kepada sekolah Tamil.
• Apabila ekonomi dunia pulih, kursus-
kursus dalam per-khidmatan untuk
melatih guru-guru sekolah Tamil
dimulakan pada tahun 1936.
• Pada tahun 1938, Nazir Sekolah Tamil
dilantik semula dan peruntukan wang bagi
sekolah Tamil ditambah lagi.
• 4. Sekolah Inggeris
• Semasa penjajahan Inggeris, sekolah Inggeris
terdiri daripada dua jenis, iaitu free school, yang
mendapat bantuan daripada kerajaan, dan
sekolah Inggeris separa bantuan, yang
dimulakan oleh badan mubaligh Kristian dengan
bantuan kewangan daripada kerajaan.
• Free school dinamai sedemikian bukan kerana
tidak dikenakan bayaran yuran, tetapi kerana la
terbuka kepada murid-mund dari semua bangsa
tanpa mengira kaum dan taraf sosioekonomi.
• Penang Free School merupakan free school yang
ulung, dimulakan pada tahun 1816 atas inisiatif
Rev. R. Hutchings
• Pada tahun 1823, sebuah lagi free school
ditubuhkan diSingapura.
• Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Raffles dan
ditukar namanya kepada Raffles Institution pada
tahun 1863.
• Pada tahun 1826, sebuah lagi free school
ditubuhkan di Melaka.
• Sekolah ini dikenali sebagai Malacca Free
School; kemudiannya bertukar nama kepada
Sekolah Tinggi Melaka.
• Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang
pertama menjadi sekolah kerajaan.
• Antara free school yang lain ialah Sekolah
Victoria, Kuala Lumpur yang dimulakan pada
tahun 1894 dan Sekolah King Hdward VII,
Taiping yang ditubuhkan pada tahun 1906.
• Golongan sekolah-sekolah separa bantuan lebih
dikenali sebagai sekolah mubaligh.
• Sekolah-sekolah Inggeris ini ditubuhkan serta
dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Mubaligh
Methodist, Gereja England dan Mubaligh Roman
Katolik.
• Semua kanak-kanak, tanpa mengira bangsa atau
agama, boleh memasuki sekolah mubaligh.
• Sekolah-sekolah ini bertujuan untuk menyediakan
pendidikan am serta memperbaik akhlak mengikut
ajaran agama Kristian.
• Sekolah Inggeris hanya terdapat di bandar.
• Pada penghujung tahun 1930-an, melalui cara
peperiksaan, pelajar-pelajar Melayu dipilih
memasuki sekolah Melayu khas (special Malay
class) setelah tamat empat tahun pendidikan
dasar Melayu.
• Selepas dua tahun dalam kelas Melayu khas,
murid berkenaan dinaikkan ke tahun empat di
sekolah dasar Inggeris.
• Walaupun begitu, hanya sebilangan kecil sahaja
anak-anak Melayu yang dapat memasuki
sekolah dasar Inggeris kerana terlebih umur dan
juga kerana sekolah Inggeris hanya terletak di
bandar.
•TAMAT

Anda mungkin juga menyukai