Anda di halaman 1dari 15

GAYA PENULISAN SEJARAH

Gaya Penulisan Naratif


• Gaya penulisan naratif ialah cerita atau
peristiwa, pengalaman, yang digarap secara
penceritaan untuk menerangkan satu-satu
peristiwa. Contohnya karya-karya sejarah
tempatan yang ditulis dengan gaya naratif
seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah,
Hikayat Johor Riau dan banyak lagi.
SAMBUNGAN…
• Gaya penulisan naratif terbahagi kepada dua
bahagian yang utama iaitu naratif kronologikal
dan naratif imaginatif.
SAMBUNGAN…
• Naratif kronologikal ialah aturan peristiwa
yang telah berlaku secara kronologis,
berbentuk tertib tarikh atau kronologi.
• Contoh proses penjajahan Jepun di Tanah
Melayu
SAMBUNGAN…
• Naratif imaginatif ialah kebolehan penulis
mengingati kejadian-kejadian dan
menceritakan semula secara logik.
• Penulis terlibat dalam peristiwa
• Contoh Penceritaan autobiografi
Gaya Penulisan Deskriptif
• gambaran peristiwa secara terperinci seperti
mengambarkan suasana tempat secara tepat,
gambaran orang secara terperinci dan
peristiwa secara satu persatu bertujuan
memberi pemahaman yang jelas kepada
pembaca.
• Fokos pada peristiwa, situasi
• Tidak berurutan
Sambungan…
• mendefinisikan setiap subjek dari segi makna,
takrifan dan pengertian
• menjelaskan identifikasi sesuatu perkara supaya
pembaca dapat menentukan subjeknya
• mengajar pengkaji membuat perbandingan dan
perbezaan dengan menerangkan persamaan dan
pertentangan subjek yang dikaji.
• Ilustrasi digunakan untuk menjelaskan idea
umum dan idea khusus serta bagi menyokong
penulisan agar lebih jelas.
Sambungan…
• menjelaskan tentang sesuatu proses dengan
membuat klasfikasi, menganalisis dan
menerangkan setiap komponen satu persatu.
• Mementingkan Idea utama (tesis)
dibincangkan secara terperinci serta
perbincangan idea-idea sampingan.
• Contoh seperti laporan akhbar dan kertas
penyiasatan
Gaya Penulisan Ekposisi
• Gaya penulisan ini menekankan huraian,
singkap, papar atau tunjuk, yang bertujuan
memindahkan idea tentang satu-satu
peristiwa secara jelas dari fikiran penulis
kepada pembaca.
• Penulisan akan membongkarkan persoalan
mengapa, bagaimana dan akibat berlakuknya
sesuatu peristiwa.
Sambungan…
• melibatkan perkara-perkara yang abstrak dan
memerlukan kemahiran kognitif atau
kemahiran intelek penulis.
• Lazimnya Gaya penulisan ekposisi
menggunakan teknik penakrifan, mencerakin,
pencontohan, pengkelasan dan perbandingan
• Contohnya ‘konsep daulat dan derhaka’,
‘keberkesanan dasar ekonomi baru’
Gaya Penulisan Analisis
• memberi gambaran suatu peristiwa secara
kritis dan mendalam yang melibatkan kajian
secara holistik mengenai peristiwa.
• mengambil suatu masalah yang kompleks
untuk diselidiki secara terperinci setiap
komponen dan perkaitan antara semua
komponen tersebut.
Sambungan…
• Contohnya Penganalisaan dilakukan untuk
memaparkan maklumat jurai keturunan dan
statistik data-data yang diperolehi.
• Gaya ini biasa digunakan untuk penulisan
sejarah ekonomi, iaitu menekankan
penggunaan data-data.
• Dengan suatu analisa yang jitu akan dapat
memberi gambaran yang sebenar kepada
pembaca.
Gaya Penulisan Kritikan
• bermakna mencari kesilapan pendapat yang
lama dan baru untuk diajukan dalam
penulisan sejarah. Kritikan dibuat secara
menyeluruh.
• Gaya kritikan berguna untuk menjelaskan atau
membetulkan fakta-fakta sejarah yang bias
atau menyeleweng persepsi pembaca.
Sambungan…
• Alasan-alasan yang diajukan dalam penulisan
gaya kritikan, harus disokong dengan petikan-
petikan (quatation) daripada sumber rujukan.
• Contohnya ‘perubahan dasar bahasa dalam
sistem pendidikan Malaysia : pelaksanaan
PPSMI
• ‘Pelaksanaan PPSMI mengapa ditentang’
• Dual Language Program (DLP): Bahasa Melayu
Akan Pupus
Kesimpulan
• Hakikatnya, terpulang kepada penulis untuk
memilih gaya yang tersendiri, mungkin
pada holistiknya seseorang memilih
kerangka besarnya gaya penganalisaan tetapi di
dalamnya boleh menggunakan gaya lain yang
sesuai untuk perbincangannya.
• penulisan sejarah kini memperlihatkan gaya
penganalisaan dianggap suatu penulisan yang
mantap dalam menghasilkan karya sejarah yang
bermutu.

Anda mungkin juga menyukai