Anda di halaman 1dari 22

• Terdapat tiga faktor utama yang

mempengaruhi pembentukan
personaliti :
hati,
nafs, dan
akal.
•Akal berfungsi
menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada hati yang
boleh mempengaruhi atau
menyucikannya dan
menghampirkannya kepada
Allah s.w.t.
• Menurut Imam al-Ghazali, jasad
dihubungkan dengan roh
melalui hati.
•Hati secara lahiriah dikatakan
sebagai seketul daging yang berfungsi
untuk pengedaran darah. Pengertian
kedua merujuk hati sebagai rohaniah
manusia yang berpusat kepada naluri
rasional.
• Sejauh mana hati manusia itu dapat
menghayati risalah Allah menentukan
kualiti hati individu. Individu yang
hatinya belum kukuh dengan tuntutan
agama memerlukan akalnya untuk
memandu ia bertindak.
• Hati individu ini dikatakan hati
“qalbun”. Hal ini berbeza dengan
individu yang hatinya berkualiti tinggi,
iaitu hati “lubbun” di mana lahirnya
cetusan hati (intuition) yang rasional
dan ikhlas membimbing akal. Di antara
dua jenis hati ini ialah hati “fuaadun”
di mana hati individu itu sudah ada
keyakinan terhadap risalah Allah.
•Nafs dirujuk sebagai tabii
keinginan. Untuk memahami nafs, lihat
individu di sekeliling anda. Anda akan
dapati adanya individu yang bertindak
mengikut runtunan hawa nafsu hingga
dia memperoleh sifat kejahatan dan
kerosakan. Individu sedemikian
dikatakan berfungsi pada nafs yang
terendah, iatu nafs ammarah.
• Nafs terbahagi kepada tujuh tahap.
Susunan nafs dari nafs terendah hingga
tertinggi ialah
• nafs ammarah,
• nafs lawwamah,
• nafs mulhamah,
• nafs mutmainnah,
• nafs radiah,
• nafs mardiah dan
• tertinggi ialah nafs kamilah.
• Pernahkah anda bertemu dengan
individu yang lemah lembut tutur
kata, menerima dengan sepenuh hati
(redha) atas ketentuan Allah ke atas
dirinya, berterima kasih kepada
sesama manusia, bersyukur di atas
nikmat pemberian Allah, dan merasai
cukup dengan apa yang ada
(qanaah)?
• Individu sedemikian dikatakan sebagai
“malaikat hidup” di mana ia berfungsi
pada nafs mardiah, nafs yang arasnya
yang kedua tertinggi. Nafs kamilah
hanya dicapai oleh para rasul yang
mempunyai sifat diri yang sempurna.
• Bagaimana pun, manusia biasa
boleh mencapai tahap nafs
mutmainnah di mana jiwa
manusia itu dapat menahan
runtunan nafsu syahwat lalu
mencapai ketenangan. Kualiti
nafs ini mencorakkan personaliti
individu itu menjadi manusia
yang rasional dan aman.
•Akal merupakan anugerah Allah
yang khusus untuk manusia. Ia
dikatakan sebagai intelek yang
membolehkan manusia membentuk
konsep, generalisasi, dan berdaya
rasional. Jelasnya, kehadiran akal
membolehkan manusia berfikir
secara rasional. Adakah semua
manusia bertindak berpandukan
akal yang rasional?
• Tegasnya, kualiti akal manusia berbeza
hingga dikatakan terdapat tiga jenis akal.
Kanak-kanak berumur dua tahun contohnya
bertindak mengikut apa yang dilihat. Jika
bola ditutup dengan kain, kanak-kanak
akan mengalihkan perhatian kepada objek
lain kerana bola itu telah “tiada”. Tegasnya,
akal kanak-kanak ini berfungsi kepada apa
yang dilihat sahaja. Terdapatkah tahap
pemikiran orang dewasa sedemikian?
• Pemikiran individu ini dicorakkan oleh
apa yang dapat dilihat lalu menolak
perkara yang abstrak contohnya dosa
dan pahala. Akal ini dirujuk sebagai akal
biasa, kategori akal yang terendah.
• Pernahkah anda melihat keupayaan
rakan menganalisis sesuatu perkara
berdasarkan sebab-musabab. Contohnya,
individu itu akan mencari faktor
penghurai kepada perlakuannya
• Akal di peringkat ini dikatakan akal
taakul, kategori akal yang sederhana.
Bagi mereka yang boleh berfikir secara
ikhlas dan rasional berpandu kepada
kekuatan keimanannya, akal mereka
diklasifikasikan berkualiti tinggi (akal
tadabbur).
• Manusia yang mencapai akal
sedemikian dapat bertindak
berpandukan fikiran rasional yang
dicorakkan oleh keyakinan diri dan
keikhlasan tindakan kerana Allah.
• Interaksi antara Akal, Nafs dan Hati Dalam
Mempengaruhi Pembentukan Personaliti
Pilih seorang individu yang personalitinya
anda kagumi. Cuba anda kenalpasti kualiti
akal, nafs, dan hati individu itu. Rajah di
bawah menggambarkan interaksi antara akal,
nafs, dan hati dalam mencorakkan personaliti
manusia contohnya dari segi tingkah laku,
kawalan kendiri, nilai, emosi, dan pemikiran.
• Individu yang mempunyai dua
personaliti dalam dirinya, iaitu
dirinya yang sebenar dan diri pesona,
dikatakan mempunyai personaliti
celaru. Nafsu ammarah merupakan
faktor penentu mempengaruhi
pembentukan personaliti individu
tersebut hinggakan membataskan
kemampuan akal untuk berfikir dan
hati untuk membuat pertimbangan.
• Personaliti seimbang
menggambarkan individu yang
tindakan nafsu dan hatinya dikawal
oleh akal. Individu ini dapat
mengimbang dan menyepadukan
tuntutan dunia dan akhirat juga
jasmani dan rohani. Faktor penentu
yang mempengaruhi pembentukan
personaliti ini ialah akal yang
rasional. Akal inilah pencorak
kualiti hati dan nafs.
• Manusia yang memenuhi semua
kriteria insan yang sempurna (insan
kamil). Akal dan hati merupakan
faktor penentu dalam mencorak
personaliti. Nafs individu ini
terkawal sepenuhnya.
 Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :

“Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada


seketul daging, jika ia sihat maka
sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia
rosak, maka rosaklah jasad
seluruhnya. Ketahuilah bahawa
daging itu adalah hati.”

Anda mungkin juga menyukai