Anda di halaman 1dari 16

YEO SEOK JOO

CGS01569734

HMEC5333
ISSUES AND TRENDS IN EARLY CHILDHOOD
LITERASI

 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)


mendefinisikan literasi adalah keupayaan seseorang individu untuk mengenal pasti,
memahami, mentafsirkan, membuat, berkomunikasi dan mengira, menggunakan
cetakan dan bahan bertulis yang dikaitkan dengan konteks yang berbeza-beza.

 Literasi melibatkan pembelajaran berterusan yang membolehkan seseorang individu


untuk mencapai matlamat mereka, untuk mengembangkan pengetahuan dan
potensi mereka, untuk menyertai sepenuhnya di dalam komuniti dan masyarakat
mereka. (UNESCO, 2004; 2017). http://gaml.uis.unesco.org/wp-content/uploads/sites/2/2018/12/4.6.1_07_4.6-
defining-literacy.pdf
LITERASI AWAL

 literasi awal - Keupayaan kanak-kanak membaca dan


menulis atau keupayaan mereka menggunakan bahasa
untuk membaca, menulis, mendengar dan bertutur

 Jackman 2005, literasi awal ialah pembelajaran atau


perlakuan membaca dan menulis yang bermula sejak bayi
yang melibatkan kebolehan mendengar, bercakap,
membaca dan menulis. https://www.slideshare.net/ShamsulBagio/perkembangan-
bahasa-komunikasi-dan-literasi-awal?next_slideshow=1
Isu Literasi 1
Penglibatan dan penemanan ibubapa
Isu Literasi 1
Penglibatan ibubapa
 Bagi mendidik anak-anak tentang literasi di
peringkat awal penglibatan ibu bapa adalah
penting. Ini kerana ibu bapa adalah contoh
utama dan pertama di awal usia kanak-kanak.
Oleh itu didikan mereka akan menjadi amalan
dan contoh terbaik untuk anak-anak mereka.
 Penglibatan ibu bapa pada usia yang awal
dalam perkembangan literasi kanak-kanak
adalah sangat penting untuk kejayaan di
sekolah. Kanak-kanak kecil yang mempunyai
tahap yang lebih tinggi penglibatan ibu bapa,
seperti ibu bapa yang menghadiri bengkel-
bengkel tentang literasi dan ibu bapa
menggalakkan aktiviti literasi di rumah,
menunjukkan perkembangan literasi yang
lebih tinggi daripada kanak-kanak di mana ibu
bapa mereka tidak melibatkan diri. (Shaiful &
Allen, 1999).
Isu Literasi 2
Ketagihan Gajet
Kini, isu ketagih gajet di kalangan kanak-kanak bukan saja
menimpa pada masyarakat Malaysia, tetapi juga pada
masyarakat di luar negara.

Menurut Dekan, Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa


Yayasan Melaka. Dr. Bustam Kamri, Pada masa kini, situasi
anak-anak kecil menggunakan telefon pintar dan skrin tablet
menjadi kebiasaan sama ada di rumah, kedai makan dan di
mana-mana sahaja. Ibu bapa menggunakan gajet ini sebagai
alat sogokan yang terbaik untuk membuat kanak-kanak
berkelakuan baik dan duduk diam. Dengan itu, anak-anak
tidak akan mengganggu aktiviti yang sedang dilakukan oleh
ibu bapa mereka.
IMPLIKASI
Pada tahun 2010, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) memberi
amaran bahawa teknologi boleh memberi kesan kepada
perkembangan kemahiran kognitif dan sosial kanak-kanak
prasekolah.

TIADA INTERAKSI
Jika terlalu asyik menggunakan skrin akan menghalang kanak-
kanak berusia dua tahun atau tiga tahun berinteraksi dengan
ibu bapa, adik-beradik dan kanak-kanak lain. Secara tidak
langsung menghalang perkembangan literasi, sosial dan emosi.
Hal ini juga memberi kesan kepada kanak-kanak terhadap
perkembangan pandangan, empati, cara mengenali diri dan
perhubungan sosial.
TIDAK AKTIF DENGAN AKTIVITI FIZIKAL
Manakala kanak-kanak tatih sepatutnya perlu aktif fizikalnya dan kanak-
kanak ini juga perlu meneroka persekitarannya. Sebaliknya kesan
penggunaan gajet telefon pintar dan skrin tablet kanak-kanak berubah
duduk diam asyik dengan gajet dan mendapatkan hampir semua ransangan
daripada skrin. Kesannya pergerakan fizikal kanak-kanak tidak digunakan
sepenuhnya dan mengganggu perkembangan motor kanak-kanak. Ini akan
menjejaskan pembelajaran kanak-kanak belajar memegang pensel dengan
cara yang betul.

KEFAHAMAN TERJEJAS
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak berumur tiga hingga lima tahun di
mana ibu bapanya membacakan buku kepada kanak-kanak peringkat umur
ini dengan menggunakan buku elektronik mendapat skor rendah dalam
kefahaman membaca berbanding ibu bapa yang menggunakan buku
sebenar. Sebahagian besar sebab buku elektronik di skrin didapati gangguan
bunyi loceng dan bunyi-bunyi lain daripada buku dalam peranti. Kanak-kanak
dan ibu bapa terganggu daripada kesan bunyi yang dikeluarkan. Kajian lain
menunjukkan kanak-kanak dua tahun lebih cepat belajar perkataan
menerusi interaktif berbanding cara pasif skrin.
Utusan Malaysia 29 Disember 2012 – Di Britain,Kajian yang
dijalankan oleh Program Penyedilikan Komunikasi Yang Lebih
Baik telah mendapatkan analisis yang menyatakan pendedahan
gajet berskrin yang keterlaluan di kalangan kanak-kanak di
Britain telah menyebabkan mereka sukar untuk bertutur.

Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat


ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun
dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13
minit. Hari ini, kadar masa fokus telah pun jatuh pada hanya 4
saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan
mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya;
terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa
pengawalan yang serius. Kadar masa focus yang terlalu pendek
menganggu pembelajaran dan seterusnya mempergaruhi
perkembangan literasi awal kanak-kanak.
CADANGAN
 Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menyarankan agar kanak-
kanak di bawah umur 2 tahun untuk tidak terdedah kepada
sebarang bentuk aktiviti di skrin. Kanak-kanak berumur lebih
2 tahun harus dihadkan daripada menggunakan aktiviti yang
melibatkan paparan skrin hanya 2 jam setiap hari. Dalam
masa 2 jam ini, kandungan yang ditonton harus diperkaya
dan ditapis oleh ibubapa dan penjaga dengan sewajarnya.

 Matikan TV dan simpan telefon anda semasa waktu makan


dan galakkan perbualan antara satu sama lain.

 Keluarkan apa-apa gajet, terutamanya TV dan computer riba


dari bilik tidur.
CADANGAN
 Keluar dan gerakkan badan anda dalam sukan seperti badminton,
berjoging atau berkebun (anak-anak muda gemar bermain dengan
kotoran dan lumpur).

 Simpan semua gajet 30 minit sebelum tidur, membaca kisah dongeng


atau menyanyikan lagu sebelum tidur kepada mereka.

 Menetapkan jadual kira-kira 1 jam masa bebas daripada teknologi setiap


hari.

 Memperkenal semula permainan tradisional dalam waktu bermain anak-


anak anda seperti sorok-sorok, Scrabble, catur, congkak dan lain-lain.
CADANGAN

 Kembali ke alam semulajadi. Bawa keluarga untuk


memancing atau mendaki gunung.

 Cuba hobi-hobi baharu seperti membaca, melukis,


memasak, membina model daripada tanah liat dan lain-lain.

 Terlibat secara aktif dengan anak anda apabila mereka


menggunakan teknologi-teknologi interaktif untuk belajar.

 Sertai kumpulan sukarelawan – ini menggalakkan interaksi


sosial dan bantu-membantu antara satu sama lain.
KESIMPULAN

Menurut (Burgess, Hecht, dan Loningan, 2002), penglibatan ibubapa


menyumbang kepada perkembangan literasi kanak-kanak Ia berlaku
melalui;
1. Ibu bapa sebagai model dalam membentuk sikap dan perlakuan
kanak-kanak terhadap literasi.
2. Interaksi ibu bapa dan kanak-kanak dalam berkomunikasi dan
membaca bersama.
Ini memandai dengan peribahasa yang menyatakan “melentur buluh
biarlah dari rebungnya ”. Penglibatan ibubapa dalam pembelajaran
literasi kanak-kanak akan menolong kanak-kanak menjauhi daripada
ketagihan gajet dan mewujudkan suasana keluarga dan pembelajaran
kanak-kanak yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai