Anda di halaman 1dari 19

HMEC 5213

EARLY CHILDHOOD CURRICULUM


AND ASSESSMENT
SEMESTER 4/2019

KURIKULUM PRASEKOLAH
MURID LIMA TAHUN
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN MENTAL
FM1.0 PERGERAKAN SENAMAN OTAK

NAMA PELAJAR : JAYANTHI BATHAMANATHAN


ID PELAJAR : CGS01681734
ULC GREENTOWN : LEARNING CENTRE
 DIPLOMA :
PENDIDKAN PRASEKOLAH
INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL
HALIM
 SARJANA MUDA:

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


UPSI, TANJONG MALIM,PERAK
 BEKERJA :

GURU PRASEKOLAH KPM


SJK(T) KLEBANG
 Pada era globalisasi kini, masyarakat menjadi
semakin ghairah mengejar kemajuan dalam
kehidupan selaras dengan hasrat negara melalui
transformasi pendidikan negara dalam transformasi
nasional 2050 (TN50).
 Senario ibu bapa dan masyarakat yang
mengutamakan pencapaian anak dari segi IQ
(Intellectual Quotient) dan kurang penekanan dari
segi EQ (Emotional Quotient).
 Pembe1ajaran dan pengajaran mengutamakan
konsep penguasaan 4M (asas membaca, menulis,
mengira dan menaakul).
 Perkembangan secara seimbang bermula dengan
mengaktifkan fungsi kedua-dua otak kiri dan kanan.
Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu
program pendidikan yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai
kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu
perkembangan potensi seseorang murid secara
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
Pendekatan "holistik" ialah suatu pendekatan
yang menyeluruh, bersepadu, seimbang,
berkesinambungan, dan merangkumi semua aspek
penting secara serentak.
Pelaksanaan kurikulum secara bersepadu
dirancang melalui pendekatan Amalan yang
Bersesuaian dengan Perkembangan Murid (ABP).
 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Mental
yang berupa senaman otak untuk murid
berumur 5 tahun bersifatkan satu pendekatan
pembe1ajaran dan pengajaran yang
menggunakan otak kiri dan otak kanan atau
minda secara seimbang.
 meningkatkan daya kreativiti murid dan
kemahiran motor halus dan motor kasar.
 Pergerakan senaman otak untuk tempoh satu
tahun serta diajar seminggu sekali secara
beransur maju.
1)Menjaga perkembangan minda yang seimbang
dengan mengaktifkan otak kiri dan otak kanan yang
sempurna.
2) Menguasai kemahiran mengawal emosi diri dengan
mengetahui kaedah menangani tekanan.
3)Mengamalkan sikap berfikir sebelum bertindak
dengan sedar akan kesan daripada keputusan yang
diambil.
4) Menyediakan diri dengan mengingati isi pelajaran
serta kehendak diri.
5) Berinteraksi dan berkongsi maklumat serta
menyelesaikan masalah dengan kaedah yang sesuai.
Pendidikan prasekolah bertujuan
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran
yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah
untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang
positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya
dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk
menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah
rendah kelak
 Tunjang yang menekankan Perkembangan
Fizikal dan Mental yang berupa pergerakan
senaman otak ini berupaya membentuk
peribadi yang dapat menjalankan kehidupan
harian dengan menggembirakan serta
membantu dalam pembentukan individu
yang berfikiran terbuka kerana mampu
membuat keputusan yang rasional
berdasarkan situasi yang dihadapi.
 Teori Kematangan (Teori Behavioris)
Menurut teori ini perkembangan dilihat sebagai
hasil struktur kematangan individu itu sendiri.
Aspek perkembangan domain adalah hasil
daripada genetik atau keturunan. Seseorang
individu itu dapat mempelajari sesuatu kerana
terdapatnya sikap ingin tahu dalam diri murid.
Terutamaya, sewaktu alam prasekolah pada usia
lima tahun.
 Teori pembelajaran Behaviorisme
mengatakan bahawa pembelajaran
merupakan satu proses pelaziman, dimana
hubungan antara rangsangan luar dengan
tindak balas individu dapat dibina untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang
tekal.
 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Mental
yang berupa pergerakan senaman otak yang
dirancang berupaya mendukung teori
behaviorisme yang menekankan perubahan
tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan
yang muncul daripada rangsangan melalui
tindak balas.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4+
FM 1.0 PERGERAKAN SENAMAN OTAK
FM 1.1MENGAPLIKASI PELBAGAI MURID BOLEH :
PERGERAKAN SENAMAN OTAK FM 1.1.1 Melakukan pergerakan
senaman otak tanpa muzik.
i. Ketuk ketampi
ii. Pusing jari
iii. Pegang hidung dan telinga dengan
tangan
iv. Gerakan tangan
FM 1.1.2Melakukan pergerakan senaman
otak dengan muzik.
i. Ketuk ketampi
ii. Pusing jari
iii. Pegang hidung dan telinga dengan
tangan
iv. Gerakan tangan
 Pendekatan ini akan membantu
memperkembangkan lagi sosioemosi,
kognitif, fizikal, dan kreativiti kanak-kanak.
 i) Lagu yang menggunakan anggota badan
 ii) Lagu beraksi
 iii) Lagu Tradisional
 iv) Lagu berunsur nasihat dan ucapan atau
motivasi
 Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan
perkembangannya paling jelas pada peringkat
kanak-kanak.
 Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa
malah merupakan keinginan semulajadi kanak-
kanak.
 Main sebagai penentu penting bagi perkembangan
kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,
perkembangan sosial dan intelek di samping dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal, kordinasi dan
ketangkasan seseorang murid
 Pemindahan perancangan pengajaran kepada
amalan sebenar di bilik darjah merupakan
pelaksanaan kepada kurikulum.
 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Mental yang
direka ini berupaya memudahkan guru kerana
lebih berpusatkan murid dimana murid akan
mengalami atau melaksanakan sesuatu aktiviti
dengan sendiri dengan bimbingan guru.
 Melalui pendekatan pergerakan senaman otak
kanak-kanak membina pengetahuan sendiri
melalui sikap ingin tahu yang wujud secara
semulajadi dalam diri mereka.
 Otak dapat berfungsi dengan aktif agar setiap
tindakan adalah rasional.
 Pentaksiran murid di prasekolah lebih
menekankan kepada usaha ke arah
penambahbaikan (improvement) serta
perkembangan (development) dan bukan
pencapaian (achievement) semata-mata.
 Dalam pergerakan senaman otak kanak-
kanak diberi peluang untuk melaksanakan
setiap pergerakan/aktiviti mengikut
kesesuaian agar mereka dapat dinilai
dengan mudah.
a) Senarai Semak
 Senarai Semak ialah senarai item yang
disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai. Senarai item
menentukan :
 Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan

 Kekerapan sesuatu tingkahlaku itu berlaku.

 Sesuatu tingkah laku yang dikehendaki telah


berlaku.
b) Rekod Anekdot.
 Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas
mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku
murid yang dianggap penting, unik dan
signifikan secara positif atau negatif untuk
direkod.
 Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak
dirancang, tetapi secara kebetulan
tingkahlaku tersebut berlaku.

Anda mungkin juga menyukai