Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 1

KEMAHIRAN
KOMUNIKASI
OLEH
DR AZHAR BIN MOHD ALI
IPGKTB
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

• Takrif dan Fungsi Komunikasi


• Bidang- bidang Komunikasi
• Elemen-elemen Komunikasi
• Ciri-ciri Komunikasi yang Berkesan
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PADA HARI INI

• Elemen-elemen Komunikasi
• Ciri-ciri Komunikasi yang Berkesan
PENYAMPAI
(SUMBER) GANGGUAN

ELEMEN-
PENERIMA ELEMEN MAKLUM BALAS

KOMUNIKASI
MESEJ
SALURAN
PROSES KOMUNIKASI
• Tiga komponen dasar proses komunikasi:
1. Pengirim pesanan
2. Penerima
3. Pesanan
PROSES KOMUNIKASI

• mesej dan tindak balas sentiasa berlaku secara silih berganti.


• Halangan/ Gangguan: berlaku pada situasi bunyi bising, kesibukan, dan
kurang pendengaran.
ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI
• Penyampai - individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi (perlakuan
lisan dan bukan lisan)
• Penerima - individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai
maklumat
• Maklumat/ Mesej - Maksud/ fakta/ niat yang difahami oleh penerima maklumat
• Maklum balas - perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej yang
disampaikan oleh penyampai mesej
• Saluran - media penyampai maklumat daripada pemberi mesej kepada penerima
mesej. Saluran paling asas (melalui pendengaran dan penglihatan) dan saluran
tambahan ( media elektronik, lukisan di kanvas, bahan cetakan)
• Konteks - keadaan / situasi penyampai mesej (contoh: masa, persekitaran, fizikal,
jumlah peserta)
PENYAMPAI
• Komunikasi berlaku apabila terdapat dua atau lebih orang yang terlibat
dalam penyampaian maklumat tersebut. Dalam situasi organisasi, setiap
penyampai akan menyampaikan mesej secara bertulis atau secara lisan.
• Penyampai mesej perlu mengambil langkah dengan mengahantar mesej
pada masa yang sesuai dan mendapat perhatian daripada penerima agar
mesej tersebut sampai kepada mereka.
• Perlu mengetahui gangguan-gangguan sebelum atau semasa mesej
disampaikan untuk mengurangkan gangguan tersebut.
PENERIMA
• Penerima mesej tersebut perlu menerima dan faham maksud maklumat
yang disampaikan samaada melalui pendengaran atau melihat . Penerima
perlu meneliti maklumat yang diterima.
MESEJ
• Bersifat verbal (menggunakan kata-kata) dan non verbal
• Elemen penting dalam komunikasi yang berlaku adalah maklumat yang
cuba disampaikan oleh pengirim.
• Maklumat disampaikan pengirim perlulah mudah difahami
• Pada kebiasaanya maklumat berbentuk lisan akan lebih mudah difahami
jika diikuti dengan perlakuan non verbal.
SALURAN
• Saluran yang kita gunakan dalam komunikasi misalnya semua pancaindera
kita.
• Dimana pancaindera kita digunakan sebagai perantaraan untuk
mengirimkan maklumat.
MAKLUM BALAS
• Terdapat dua jenis maklum balas, positif dan negatif.
• Maklum balas secara positif membolehkan komunikasi dapat diterima bagi
memudahkan penghantar dan penerima mesej tersebut.
• Kedua-dua maklum bals positif dan negatif ini boleh berlaku secara maklum
balas internal melihat diri sendiri sebagai akibat dari mesej yang
disampaikan.
• Maklum balas yang external pula melibatkan pihak lain yang perlu diambil
kira bagi mentafsir sama ada maklum balas tersebut positif atau negatif.
• Apabila maklum balas negatif berlaku, komunikasi perlu diperbaiki.
GANGGUAN
• Situasi yang menghalang komunikasi yang sedang berlaku.
• Menyebabkan mesej sampai tidak jelas. Berlaku kerana penghantar mesej
tidak bersedia untuk menyampaikan mesej melalui saluran yang jelas.
• Tidak dapat dikenalpasti sama ada mesej yang disampaikan kepada
penerima memenuhi maklumatyang disampaikan oleh penghantar.
• Penerima mungkin akan mentafsir mesej tersebut secara tidak tepat
dengan menggunakan komunikasi tidak lisan.
• Prasangka akan berlaku dan menyebabkan ketidakberkesanan komunikasi.
GANGGUAN
• Terdapat empat jenis gangguan:
- secara fizikal (bunyi bising)
- psikologi (kurang dari segi pendengaran dan penglihatan)
- anggapan pertama iaitu prasangka terhadap mesej yang disalurkan.
- semantik iaitu tiada kefahaman dalam mesej yang disalurkan oleh
penghantar.
CIRI-CIRI
KOMUNIKASI
YANG
BERKESAN
• Menggunakan bahasa secara positif.
• Bersifat empati
• Menjadi pendengar yang baik
• Menguasai teknik menyoal untuk mendapatkan maklumat
• Menjaga air muka orang lain
• Bersikap terbuka
• Bahasa tubuh yang berkesan
TUTORIAL
• Bincangkan dalam kumpulan untuk mencari contoh situasi yang
menghalang komunikasi.
• Dalam kumpulan, lakonkan situasi-situasi berkenaan dan cadangkan ciri-
ciri komunikasi yang berkesan untuk situasi-situasi yang dilakonkan.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai