Anda di halaman 1dari 6

Penanda Kronologi

Nama ahli:
Hilmi
Zariff
Ainin
Mas arifah
Rafieeqah
Nama Pensyarah : Dr.Wong
APA ITU PENANDA KRONOLOGI
 Penanda kronologi memberi pengertian
kepada perkara yang berkaitan dengan
waktu.
 Berfungsi untuk menjelaskan urutan masa
atau berlaku sesuatu peristiwa secara
bersiri.
Jenis-jenis penanda kronologi

Kronologi Kronologi
tambahan tentangan

Kronologi Kronologi
musabab tempoh
1) Kronologi tambahan : 2) Kronologi tentangan :
Memberikan maklumat Menunjukkan
tamabahan kepada suatu penentangan maklumat
perkara yang diperkatakan antara yang baharu
sebelumnya. diperkatakan dengan
Contohnya: yang sebelumnya.
 Dan Contohnya :
 Lalu  Tetapi

 Malahan  Sebaliknya

 Tambahan pula  Namun

 Namun begitu
3)Kronologi musabab : 4) Kronologi tempoh :
◉ Menyebabkan  Menunjukkan urutan

sesuatu masa atau siri


Contohnya : berlakunya sesuatu.
 Kerana Contohnya :
 Oleh itu  Pertama

 Oleh hal yang  Seterusnya

demikian  Kemudian

 Maka itu
ANAK TANPA WATAN
Oleh : Salina Ibrahim
SUDAH dua hari berturut-turut Zafar ke pusara ibunya selepas solat zuhur di masjid.
Mula-mula saya fikir, hal itu hanya kebetulan kerana dia berjemaah di sana. Namun
demikian, pada hari berikutnya, apabila saya mendengar dia meminta izin abang
hendak ke masjid pada pukul tiga petang yang bukan lagi waktu solat berjemaah,
spontan saya terfikir, “Mungkinkah dia hendak ke kubur ibunya lagi? Ke sanalah
agaknya. Dia terganggu sedikit beberapa hari ini, sejak televisyen dan surat khabar
banyak bercerita tentang Rohingya.
”Hal ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana sudah beberapa kali berulang. Mungkin
dia pergi mengadu sesuatu kepada ibunya. Ibunya wanita Rakhine yang tubuhnya
sudah lama bersemadi di tanah perkuburan di belakang masjid kampung kami.
Menungan Zafar agak larut beberapa hari. Tiada sesiapa dalam kalangan kami yang
menegur. Bukan tidak berani tetapi barangkali tidak endah. Mungkin kami sebenarnya
tidak begitu memahami perasaan dia.
Pada petang itu, saya melihat dia begitu asyik memerhatikan sekumpulan murid, tentu
sahaja dari sekolah di hadapan kedai kami itu, membeli kuih. Kerana menyedari tajam
mata saya, dia kemudian berpura-pura sibuk mengelap meja. Selepas itu, dia
bergegas ke singki membawa pinggan yang ditinggalkan oleh pelanggan yang baru
beredar.
*(Rencana ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa April 2017)

Anda mungkin juga menyukai