Anda di halaman 1dari 28

12 PETUA SEGAR DAN TIDAK

MENGANTUK DI DALAM KELAS


• Apakah masalah pelajar di dalam kelas? Masalah yang paling besar
adalah mengantuk.

• Apa kesannya bila mengantuk? Maka pelajar akan hilang fokus. Bila
hilang fokus, tidak dapat mencerap maklumat dengan baik. Kesannya
adalah pada peperiksaan nanti.

• Oleh itu, petua ini disediakan supaya pelajar tahu apa nak buat bila
mengantuk atau bosan ketika berada di dalam kelas.
• 1) Kebanyakkan remaja mengalami situasi tak cukup tidur kerana amalan tidur yang salah. Sindrom ini lebih ketara kepada pelajar
asrama.

• Waktu tidur yang ideal untuk manusia dewasa adalah 4 hingga 6 jam sahaja. Bukan 8 jam seperti yang disebut oleh ahli psikologi
barat.

• Selain jumlah jam, waktu tidur yang betul juga mempengaruhi tahap tenaga pelajar.

• Bilakah waktu tidur yang betul? Waktu tidur terbaik adalah pada jam 10 malam.
• Jika lebih dari 10 malam, badan akan mendapat rehat yang sedikit.

• Bayangkan ada pelajar yang tidur jam 2 pagi, kerana menonton tv, bersembang, main internet dan sebagainya.

• Itu antara sebabnya tidak cukup rehat.


• 2) Betulkan postur badan ketika duduk. Betulkan cara pernafasan.

• Ini perkara paling asas kerana berdasarkan kajian apa yang berlaku pada
fizikal adalah cerminan apa yang sedang berlaku di dalam minda.

• Untuk pengetahuan anda, minda, hati, dan fizikal manusia bekerja secara
satu sistem yang selari. Mereka saling berkait antara satu sama lain.

• Untuk meransang minda, kita juga boleh menggunakan teknik pernafasan


dan betulkan postur badan. Teknik ini mengubah minda dari luar ke dalam.
• 3) Sekali lagi, dengan menggunakan prinsip yang sama, meransang minda
dari luar iaitu dengan melakonkan sahaja watak orang berjaya.

• Kata pepatah bahasa inggeris, “Fake It Untill You Become It”.

• Cara ini mungkin akan dipandang serong orang lain. Dan itulah cabaran.

• Dengan kita mendesak diri mencontohi orang cemerlang, akan


bertambahlah usaha dan keyakinan pada diri kita.

• Ingat ! Orang yang berada di puncak gunung bermula dari mendakinya.


• 4) Membaca buku secara OVERVIEW membantu pelajar mencerap
maklumat lebih cepat kerana minda manusia bekerja secara
gambaran besar kemudian zoom in kepada gambaran kecil.

• Oleh sebab itu, sebelum membaca sesuatu topik, dapatkan dahulu isi
kandungan keseluruhan buku, kemudian barulah baca bab yang
tertentu. Setelah itu kaitkan pula dengan bab sebelum dan bab
selepas.
• 5) Teknik ini dikongsi oleh seorang pelajar cemerlang kepada saya.

• Ini adalah teknik rahsianya bagaimana beliau meningkatkan perhatian


semasa guru mengajar.

• Untuk memudahkan teknik zoom, maka pelajar digalakkan supaya


duduk di hadapan.

• Cara ini sangat membantu meningkatkan keyakinan serta tumpuan


semasa belajar.
• 6) Sila mainkan peranan dalam kelas dengan bertanyakan perkara yang tidak
faham kepada guru.

• Salah satu caranya adalah catatkan di atas kertas dahulu supaya tidak
mengganggu sesi pembelajaran yang sedang berjalan.

• Malah ianya membantu kita mengingat bila kita mencatat dahulu.

• Cara yang paling terbaik untuk bertanya adalah semasa guru berhenti bercakap.

• Angkat tangan untuk mendapatkan perhatian dan sekiranya diberi kebenaran,


maka bertanyalah dengan baik.
• 7) Kismis atau kurma adalah makanan yang membekalkan tenaga
pantas.

• Biasanya mengantuk berlaku kerana badan kekurangan tenaga.

• Kismis dan kurma insyallah dapat membantu kesegaran dan


kecerdasan minda.

• Selain itu air pula membekalkan oksigen, terutama ke otak.


• 8) Ambil keputusan untuk denda diri sendiri jika mengantuk atau tertidur.

• Denda adalah satu cara untuk mengingatkan diri akan kesilapan.

• Contoh denda diri sendiri :-

• Berdiri
• Derma/ Sedekah
• Belanja kawan
• Denda RM1 ke dalam tabun
• 9) Selain makan kurma atau kismis, ada juga pelajar yang makan
gula-gula. Boleh juga, tetapi tak dibenarkan makan gula-gula selalu.

• Sebab gula-gula ada kandungan yang tak sihat untuk badan, dan
boleh membawa penyakit.

• Selain itu apa kata bangun, dan minta izin dengan guru untuk ke
tandas dan basuh muka. Kan senang?
• 10) Teknik urutan juga boleh membantu. Sebab mengurut boleh
mengaktifkan urat saraf dan membantu melancarkan perjalanan
darah.

• Jika guru sedang mengajar, elakkan dari suruh kawan sebelah urut
anda. Sebab itu akan mengganggu tumpuan dia. Jadi bagaimana?

• Lakukan urutan sendiri. Lakukan di bahagian sendi kerana


kebiasaannya akan mengurangkan rasa mengantuk dan melegakan
tubuh yang letih.
• 11) Hilangkan mengantuk dengan bergerak aktif di dalam kelas.
Bergerak aktif akan melancarkan perjalanan darah, mengaktifkan
otak, meregangkan otot dan akhirnya membantu pelajar segar di
dalam kelas.

• Salah satu cara yang berkesan adalah aktif semasa guru sedang
mengajar. Angkat tangan sekiranya anda ada soalan dan jawab
sebarang soalan yang ditanyakan oleh guru dengan baik.
• 12) Akhir sekali, jangan lupa untuk banyakkan berdoa kepada Allah
S.W.T kerana Dialah asbab segala perkara.

• Mintalah kekuatan daripada Allah supaya Allah izinkan untuk anda


menuntut ilmu dengan baik, insyaallah.

• Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa betulkan niat, kerana niat yang
baik akan melipat kaligandakan tenaga, insyallah. Sekian.
• Sekian dari kami untuk minggu ini.

• Pastikan anda bersama kami untuk minggu akan datang.

• Tunggu TIPS seterusnya daripada kami team Alaf Training.

Anda mungkin juga menyukai