Anda di halaman 1dari 23

• Waktu pagi adalah waktu yang indah untuk tidur.

Syaitan akan menggoda-


goda untuk memastikan kita tidur lena hingga terlewat bangun.

• Para pelajar selalu menghadapi masalah lewat bangun. Bila lewat bangun,
kita akan memulakan hari dengan tergopoh-gapah. Emosi akan mudah
terganggu. Akhirnya produktiviti kita menurun hanya kerana lewat bangun.

• Menyedari akan masalah tersebut, kami team Alaf Training akan kongsikan
10 cara untuk lebih mudah bangun pagi.
• 1) Secara logiknya, jika kita tidur awal maka kita akan bangun awal. Dan jika kita
tidur lewat sudah pasti akan bangun lewat.

• Walaupun ada juga kajian bagi orang yang tidur lewat tetapi mudah bangun awal
namun jumlahnya amat kurang berbanding fakta awal tersebut.

• Sebaiknya selesaikan segera aktiviti malam kita seperti menonton televisyen,


melayan anak-anak, makan bersama keluarga dan lain-lain sebelum jam 10
malam.

• Ini akan memudahkan kita mendapat rehat yang cukup setelah seharian penat
bekerja dan sebagainya.
• 2) Jadikan amalan berwudhuk sebelum tidur sebagai perkara wajib.

• Ini kerana sebelum kita ‘mati’ sekejap dari alam dunia, elok bagi kita dalam keadaan suci dan bersih.

• Ramai orang menganggap akan sukar jika tidur jika air menyentuh anggota wuduk kita.

• Banyak kelebihan berwuduk sebelum tidur antaranya :

• wuduk akan menenangkan otot badan


• mampu mencerahkan kulit
• dapat menghindarkan penyakit kulit
• menyihatkan kulit
• bebas dari kuman jahat
• didoakan oleh malaikat
• 3) Kelebihan surah Al Mulk :

• Allah akan menghalanginya dari siksa kubur.


• Kelebihan 4 Qul :

• Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.


• Terhindar dari segala perkara yang buruk.
• Kelebihan surah al-Waqiah :

• Terhindar dari sifat lalai.


• Dijauhkan dari kefakiran.
• Akan dipermudahkan rezeki dan hajatnya.
• Kelebihan ayat Kursi :

• Akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi.
• 4) Kelebihan-kelebihan tidur di atas rusuk kanan :

• Merehatkan otak sebelah kiri.


• Mengurangi jantung yang berada di sebelah kiri.
• Merehatkan usus.
• Meningkatkan pengosongan kandungan hempedu dan pancreas.
• Merehatkan kaki kiri.
• Menjaga kesihatan paru-paru.
• Menjaga saluran pernafasan.
• 5) Hadapkan dada ke arah kiblat adalah satu cara yang baik untuk
kekal sihat.

• Ini kerana Imam Ghazali menjelaskan tidur menghadap kiblat adalah


salah satu adab tidur.

• Dan ianya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu pertama,


mengiringkan muka menghadap kiblat dan yang kedua, tidur
terlentang dan kepala menghadap kiblat.
• 6) Cara yang diamalkan Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam dengan
meletakkan tapak tangan kanan sebagai bantal dan diletakkan di pipi
kanan.

• Cara ini menjadikan kepala kita tidak terlalu tinggi dengan badan dan
itu tidak baik untuk leher.

• Maka cara yang terbaik adalah kepala dalam keadaan rendah ke


bawah supaya leher kita tidak sakit.
• 7) Pastikan anda ada jadual harian secara minggu atau bulanan.

• Ini membantu anda merancang apa keperluan mendatang yang perlu diurus segera.

• Dahulukan perkara keperluan kerana masa tidak banyak untuk kita tumpu banyak
perkara.

• Pastikan senarai perkara penting diletakkan di atas sekali dan yang tidak penting dan
tidak perlu segera letakkan di senarai bawah.

• Gunakan masa dengan baik kerana masa ibarat pedang, sifatnya memotong. Jika kita tak
memotong masa, masa akan memotong kita. AWAS.
• 8) Setiap apa yang dilakukan, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh
pasti akan berjaya.

• Begitulah juga dengan niat. Jangan sekali kita permain dengan kuasa niat.

• Tetapkan sahaja jam berapa kita mahu bangun tidur. insyaallah


dipermudah dan kita akan terjaga tepat pada masanya.

• Ini semua berkait dengan keyakinan minda dengan interaksi tubuh badan
kita. Tak percaya? Cubalah sekarang !
• 9) Lakukan senaman ringan selepas bangun dari tidur.

• Ini supaya dapat melonggar dan melancarkan kembali otot serta


darah kita setelah rehat selama beberapa jam.

• Dan salah satu senaman ringan yang perlu dibuat ialah senyum.

• Senyum adalah satu cara paling mudah untuk merenggangkan otot


malah meningkatkan sel-sel positif kita pada pagi hari.
• 10) Akhir sekali, pastikan anda bangun pada sepertiga malam untuk
beribadah.

• Ambil wudhuk dan mulakan hari dengan solat sunat tahajud, taubat,
hajat dan lain-lain. Ini menjamin kemudahan dan keberkatan pada
hari anda.

• Mintak pada Allah kerana usaha tanpa tawakal umpama pokok tanpa
buah. Selamat beramal. Sekian.
• Tahniah kerana anda berjaya membaca sehingga selesai.

• Jom sama-sama amal dan sebarkan kebaikan kepada orang lain.

• Nantikan Tips seterusnya daripada kami. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai