Anda di halaman 1dari 1

Laman Utama Tidur Berkualiti Tidur Nyenyak

Sering Mengantuk Ketika


Bekerja? Cuba Power Nap
Sebentar, Pasti Anda Terus
Segar!
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada
19/07/2022 Disemak secara perubatan oleh
Dr. Joseph Tan

Kadangkala walaupun sudah cukup tidur, kita


masih akan berasa mengantuk terutamanya
menjelang tengah hari. Ikutkan hati nak tidur
tapi takut pula jadi semakin lemau,
membuatkan kita mungkin tertanya-tanya akan
manfaat tidur siang.

Jika anda sering teragak-agak untuk tidur


waktu siang, teruskan membaca kerana artikel
ini bakal mengupas mengenai manfaat tidur
siang yang belum anda ketahui.

Fahami kepentingan tidur

Mana-mana doktor atau golongan profesional


perubatan akan memberitahu anda akan
pentingnya mendapatkan tidur malam yang
baik setiap hari.

Tubuh dan minda kita dikonfigurasikan untuk


direhatkan dan kegagalan untuk berbuat
demikian mempunyai kaitan kuat dengan
banyak masalah kesihatan, baik mental dan
fizikal.

Tidur membantu kita pulih daripada tekanan


dan membolehkan organ penting kita untuk
berehat.

Ini menjelaskan mengapa tidak cukup tidur


boleh membawa kesan buruk.

Manfaat tidur siang hari?

Sekiranya anda tidak dapat tidur dan sering


berasa letih, tidak produktif, atau lelah pada
siang hari, ada cara yang sihat untuk
mengatasinya.

DAPATKANINFORMASITERKINI
TENTANGKESIHATANHANYA
DENGANSATUKLIK!
SertaikomunitiHelloDoktorsekarangjuga!
1DaftarDiSini!

Caranya adalah dengan menggunakan kaedah


ini bagi membantu anda kekal segar dan dapat
memanfaatkan sepenuhnya hari anda tanpa
mengganggu tidur waktu malam.

Adakah anda melakukan perkara-perkara


berikut pada waktu siang ketika anda sudah
keletihan?

• Tidur semasa siang hari

• Minum minuman berkafein

• Makan gula-gula atau makanan


berkarbohidrat tinggi, terutamanya pada
waktu petang

Manfaat tidur siang hari yang


harus anda ketahui

Tidur dalam waktu yang singkat dapat


membuat anda menjadi lebih peka dan
bertenaga.

Ini mungkin penting bagi produktiviti kerja atau


prestasi di sekolah anda, serta kemampuan
anda untuk menjaga anak kecil pada siang hari.

Sebilangan besar orang berasa segar selepas


tidur yang mengambil masa sekitar 20 minit.

Namun, tidur yang terlalu lama di siang hari


akan membuat anda berasa terganggu, kerana
memerlukan anda bangun daripada tidur yang
lebih nyenyak.

Penting juga untuk tidak tidur terlalu lena pada


waktu siang kerana ini boleh menyebabkan
anda sukar tidur pada waktu malam pula.

Manfaat tidur siang menawarkan pelbagai


faedah untuk orang dewasa yang sihat,
termasuk:

• Mengembalikan kepekaan,
meningkatkan prestasi, dan
mengurangkan kesilapan dan
kemalangan. Kajian di NASA mengenai
juruterbang tentera dan angkasawan
yang mengantuk mendapati bahawa
tidur selama 40 minit meningkatkan
prestasi sebanyak 34% dan berjaga-jaga
sebanyak 100%

• Dapat meningkatkan kewaspadaan


dalam jangka waktu yang tepat setelah
tidur waktu siang dan boleh
meningkatkan kepekaan beberapa jam
kemudian juga

• Faedah psikologi. Power nap boleh


menjadi satu kenikmatan yang
menyenangkan, ibarat percutian mini. Ia
dapat memberikan rehat dan kesegaran
dengan cara mudah

Dalam kebanyakan kes, orang ramai menyedari


bahawa memandu ketika mengantuk adalah
sangat berbahaya.

Namun, banyak pemandu terus memandu


apabila mereka berasa mengantuk. Ini berisiko
dan meletakkan diri mereka serta orang lain
dalam keadaan bahaya.

Walaupun tidur malam sepenuhnya sebelum


memandu adalah ideal, tidur sebentar sebelum
memandu juga dapat mengurangkan risiko
seseorang mengalami kemalangan akibat
memandu dalam keadaan mengantuk.

Pakar juga mengesyorkan jika anda merasa


ingin terlelap ketika memandu, anda harus
segera berhenti ke tempat rehat, minum
minuman berkafein dan tidur sebentar selama
20 minit.

Bagi mereka yang bekerja syif pula, perasaan


mengantuk menyebabkan keletihan dan
penurunan dalam prestasi, terutama bagi
pekerja syif malam.

Dalam satu kajian tahun 2006, para penyelidik


di Sleep Medicine and Research Center yang
berafiliasi dengan St John’s Mercy Medical
Center dan St. Luke’s Hospital, melihat
keberkesanan tidur waktu siang dan
mengambil kafein untuk mengatasi rasa
mengantuk terutamanya semasa syif malam.

Mereka mendapati bahawa tidur di siang hari


dan kafein meningkatkan tahap kepekaan dan
prestasi di dalam kalangan pekerja syif malam.

Apakah kaedah terbaik?

Untuk mendapat manfaat tidur siang, ikuti tip-


tip berikut:

• Pastikan tidur semasa siang hari kekal


pendek: Tidur hanya 10 hingga 20 minit.
Semakin lama anda lena di siang hari,
semakin besar kemungkinan anda
merasa semakin penat selepas itu

• Tidur waktu siang awal: Tidur selepas


jam 3 petang boleh mengganggu tidur
malam anda. Faktor individu, seperti
keperluan anda untuk tidur, jadual tidur
anda, usia dan penggunaan ubat juga
boleh memainkan peranan dalam
menentukan waktu terbaik untuk anda
take nap

• Wujudkan persekitaran yang tenang:


Tidur di tempat yang tenang dan gelap
dengan suhu bilik yang selesa dan tanpa
gangguan.
Setelah bangun daripada tidur waktu
siang, beri masa untuk bangun sebelum
menyambung semula aktiviti harian
terutamanya yang memerlukan tindak
balas cepat atau tajam.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat


perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

ARTIKEL BERKAITAN

Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada


Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan

Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman


Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

NEXT ARTICLE+

Betul ke Tidur Berdengkur


Buat Anda Lebih Mengantuk?
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada
01/10/2019 Disemak secara perubatan oleh
Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Kalau kena sebilik dengan individu yang tidur


berdengkur, mesti tak boleh tidurkan? Rasa
geram ‘aje’ tengok yang berdengkur tu tidur
nyenyak. Tapi ada ura-ura yang mengatakan
individu yang berdengkur ini sebenarnya tak
dapat tidur yang berkualiti, betul ke? Hmmm…
kalau nak tahu lebih, teruskan pembacaan
anda.

Pertama sekali, apa kata kita selami kenapa


wujudnya masalah berdengkur ini kepada
sesetengah individu.

Dikatakan berdengkur ini berlaku disebabkan


oleh bahagian badan seperti lidah, mulut, tekak
atau saluran udara di hidung yang bergetar
ketika anda bernafas. Keadaan ini boleh
berlaku apabila otot pada bahagian-bahagian
tersebut menjadi tenang ketika anda tidur dan
menyebabkan laluan udara menjadi sempit.

Punca berdengkur

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan


kecenderungan untuk anda berdengkur,
antaranya:

• Berat badan berlebihan atau obesiti

• Tabiat merokok

• Pengambilan minuman beralkohol yang


banyak

• Tidur secara menelentang

Anda juga boleh tidur berdengkur jika anda


mempunyai masalah apnea tidur, iaitu satu
keadaan di mana saluran pernafasan tersekat
sementara ketika anda tidur.

Sekarang anda sudah mengetahui punca yang


menyebabkan seseorang individu itu
berdengkur. Tetapi adakah mereka tidur
dengan nyenyak?

Tidur berdengkur dan rasa


mengantuk

Satu kajian yang diterbitkan oleh American


Journal of Otolaryngology baru-baru ini
menafikan mitos bahawa tidur berdengkur
akan menjejaskan kualiti tidur dan
menyebabkan keletihan. Ini adalah
berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 74
individu, dan individu yang mempunyai
masalah apnea tidur obstruktif bOSAc telah
dikecualikan daripada penyelidikan ini.

Menurut ketua penyelidikan, Hisham Alshaer,


berdengkur tidak mempunyai kaitan dengan
kualiti struktur tidur ataupun tahap mengantuk
selagi seseorang individu itu tidak mempunyai
masalah tidur apnea.

Jelas Dr Alshaer, walaupun data hasil kajian


National Sleep Foundation daripada Amerika
Syarikat menyatakan tidur berdengkur boleh
mengakibatkan gangguan tidur dan menjadi
punca kepada keletihan, namun kajian tersebut
tidak membezakan individu yang hanya
berdengkur dengan individu yang mempunyai
masalah OSA.

OSA dipercayai menjadi punca kepada


peningkatkan risiko tekanan darah tinggi,
kegagalan jantung, strok serta kemalangan
kereta akibat rasa mengantuk pada waktu
siang. Ia merupakan satu gangguan tidur yang
kronik yang melibatkan simptom berdengkur
yang menyebabkan anda berhenti bernafas
untuk seketika ketika sedang tidur.

Individu yang terlibat dalam kajian yang


dijalankan oleh penyelidik dari Toronto
Rehabilitation Institute di Kanada ini, diberikan
peranti mengandungi mikrofon kecil yang
dilekatkan pada wajah untuk merakam
kekerapan mereka berdengkur.

Tidak mengganggu kualiti


tidur

Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga


kumpulan bergantung kepada jumlah
dengkuran dalam setiap jam. Kumpulan
pertama, adalah individu dengan dengkuran
kurang daripada 100 setiap jam, kedua untuk
individu yang berdengkur antara 100d350
setiap jam dan yang ketiga adalah kumpulan
individu dengan dengkuran lebih daripada 350
setiap jam.

Kualiti dan kuantiti tidur mereka diukur dengan


menggunakan polysomnography, iaitu satu alat
yang digunakan untuk mendiagnosis gangguan
tidur dengan merakam gelombang otak,
denyutan jantung dan pergerakan mata.
Keesokan paginya, kesemua mereka diminta
untuk menilai tahap rasa mengantuk.

Hasil keputusan menunjukkan individu yang


berdengkur bersemangat sama seperti individu
yang tidak berdengkur. Tabiat berdengkur ini
juga tidak menjejaskan kuantiti tidur atau
kekerapan bangun waktu malam.

Tidak perlu risau

Tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya


anda atau mungkin rakan sebilik mahupun
pasangan anda merupakan individu yang tidur
berdengkur. Ia adalah sesuatu yang normal
kecuali masalah dengkuran tidur itu melibatkan
gangguan apnea tidur, maka itu akan menjadi
satu keadaan yang perlu dibimbangkan.

Tapi kalau berdengkur sahaja, perkara biasa


lah tu. Cuma kalau anda dapat pasangan atau
rakan sebilik yang berdengkur, bersabarlah ye.
Ini kerana peratusan untuk anda tidak cukup
tidur dan mengantuk keesokan harinya adalah
sangat tinggi. Lebih-lebih lagi kalau dengkuran
itu sangat kuat. Kena sumbat telinga dengan
kapaslah kot.

Anda mungkin berminat untuk membaca


artikel:

• Anda Suka Tidur Siang? Ini Berita Baik


Untuk Anda!

• Tidur Awal: Satu Fasa yang Jarang


Berlaku

• Mitos Tidur Jejaskan Tidur yang


Berkualiti dan Kesihatan

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat


perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

ARTIKEL BERKAITAN

Terkejut Dengar Bayi Berdengkur Kuat, Bahaya Ibu


Jika Ia Muncul Bersama Simptom Lain!

Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini


Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

"Anda Penggemar Kopi Dalgona?


Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika
Kafein Lebih Dalam Badan"

"Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur?


Lakukan Senaman Regangan Ini
Untuk Kekal Segar, 10 Minit
Saja!"

"Nafas Terhenti Seketika Semasa


Tidur? Ini Bahayanya Jika Anda Alami
Apnea Tidur"

"Terkejut Dengar Bayi Berdengkur


Kuat, Bahaya Ibu Jika Ia Muncul
Bersama Simptom Lain!"

"Sering Mengantuk Kerana Tidak


Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam
Tidur Ikut Peringkat Usia"

Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang


paling dipercayai untuk membuat lebih banyak
keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan
lebih sihat lagi bahagia.

Ikut kami

Info Kesihatan Alat Kesihatan

Informasi Hello Health

Terma dan Syarat Tentang Kami

Polisi Privasi Bio Eksklusif

Polisi Editorial Pengambilan

Polisi Pengiklanan Pengiklanan

Garis Panduan Komuniti Hubungi Kami

0 Baru

©2021
SukaHello Health Simpan
Group Pte. Ltd.Tanya
Hak Doktor
Cipta Kongsi

Anda mungkin juga menyukai