Anda di halaman 1dari 28

12 PERKARA YANG

MENGUNDANG KEBERKATAN
ILMU
• Keberkatan adalah sesuatu perkara yang penting. Aspek yang
memberi impak kepada keberlangsungan ilmu pada diri kita.

• Sama ada ianya kekal berguna atau ditinggalkan sia-sia tanpa


diamalkan. Lebih-lebih lagi bila kita bercerita keberkatan semasa
menuntut ilmu.

• Oleh sebab itu, kami team alaf training ingin berkongsi 12 perkara
yang mengundang keberkatan ilmu. Mudah-mudahan kita menjadi
seperti resmi padi, ‘semakin berisi semakin menunduk’. Amin.
• 1) Seorang pelajar cemerlang SPM yang bernama Nik Nur Madihah, beliau
berkongsi, antara rahsia bagaimana mendapat 20 A dalam peperiksaan
adalah mengamalkan ibadah qiamulail dan solat sunat setiap hari.

• Bahkan selepas peperiksaan pun beliau masih mengamalkan solat hajat


dan qiamulail. Peluang inilah yang digunakan oleh beliau untuk
memanjatkan doa kepada Allah.

• Ilmu itu datang dari Allah. Keberkatan ilmu juga datang dari Allah.

• Maka sebagai pelajar kita tak boleh lari dari memohon doa kepada Allah.
• 2) Niat belajar yang baik adalah :

• Datang ke sekolah untuk mendapatkan ilmu


• Datang ke sekolah untuk beribadah
• Datang ke sekolah mendekatkan diri pada Allah
• Datang ke sekolah untuk mengubah nasib diri dan keluarga
• Datang ke sekolah untuk mencipta kejayaan masa depan
• 3) “Siapakah guru yang paling rapat dengan anda?” Tanya seorang
wartawan kepada Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang 20A SPM.

• “Saya rapat dengan semua guru dan saya suka semua guru” jawab Nik
Nur Madihah ringkas dan tepat.

• Jawapan ini menunjukkan kepada kita bahawa sebagai seorang pelajar


kita mestilah menghargai dan menghormati semua guru. Walaupun
ada guru yang tidak mengajar kita.

• Guru adalah sebab kita mendapat ilmu. Keberkatan ilmu tidak akan
mengalir kepada anak murid yang membenci guru.
• 4) Sultan Muhammad Al-Fateh pernah dirotan tanpa sebab oleh Tuan
Gurunya yang bernama Sheikh Aq Syamsudin.

• Bila ditanya kenapa merotan Al-Fateh tanpa sebab?

• Gurunya menjawab “Aku sengaja merotanmu tanpa sebab supaya


engkau belajar erti kesakitan rakyat. Itulah rasanya bila kau menjadi
raja, tetapi mengambil harta rakyat tanpa sebab”

• Kerana kasih dan sayang pada guru Sultan Al-Fateh menerima didikan
tersebut.
• 5) Perbuatan membantu guru amat dituntut untuk mengurangkan
ego dan rasa besar diri kita dalam menuntut ilmu.

• Bantuan itu boleh jadi di dalam kelas seperti mendengar kata,


membersihkan dan menghias kelas. Dan boleh jadi bantuan di luar
kelas seperti mengangkat buku ke bilik guru, membawa alatan
pembelajaran dan sebagainya.
• 6) Walaupun guru itu lebih muda dari kita atau guru itu ada
kecacatan pada anggota badannya atau suaranya garau dan
melawakkan, hormatilah guru itu.

• Kerana pada diri guru itu ada ilmu yang tidak ada pada kita yang
sedang menuntut ilmu.
• 7) Guru adalah ibu bapa kita ketika di sekolah dan setiap kata-kata itu
merupakan mutiara yang sukar diulang buat kali kedua.

• Maka, ambillah teguran dan baris katanya dengan lapang dada dan
penuh kasih sayang.
• 8) Dalam kajian biologi, apabila manusia senyum, ketawa, teruja, dan
semangat sejenis hormon bernama endorfin akan dibebaskan.
Hormon ini berfungsi membuatkan manusia leka, tenang, dan
seronok.

• Sebab itu kita mesti menunjukkan wajah semangat atau seronok di


hadapan guru.

• Ia bukan sahaja membuatkan guru suka mengajar, malah


membuatkan kita semakin teruja belajar.
• 9) Antara doa yang tidak akan ditolak oleh Allah adalah doa seorang
hamba kepada saudaranya secara tersembunyi. Doalah semoga guru
kita :

• Diberkati Allah
• Dimudahkan untuk mengajar ilmu
• Diikhlaskan hati untuk mengajar
• Dimudahkan urusan dunia dan akhirat
• Insyaallah, kebaikan doa itu akan kembali kepada kita semula.
• 10) Kata ulama, belajarlah adab dahulu baru belajar ilmu. Ilmu akan
diberkati Allah bila kita beradab atau berakhlak dengan guru. Antara
cara berakhlak dengan guru adalah malu. Contohnya :

• Jalan tunduk di hadapan guru


• Minta izin untuk masuk dan keluar kelas
• Mengucapkan salam bila bertemu
• Diam semasa guru bercakap
• Tidak menyampuk kata guru
• 11) Apa yang baik di sisi Islam dan tidak melanggar batas syariat
semestinya dipatuhi dan diterima tanpa banyak menjawab.

• Kerana guru yang baik adalah guru yang sentiasa mengingati dan
memperbaiki bila kita membuat salah.
• 12) Kata Nabi Muhammad S.A.W : “Saling memberi hadiah diantara
kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”

• Hadiah diberikan sebagai tanda penghargaan, penghormatan dan


pujian. Kita boleh meberi hadiah kepada guru bukan semata-mata
kerana hari guru, bahkan kita digalakkan menghargai guru sepanjang
masa.
• Alhamdulillah, selesai perkongsian untuk minggu ini berkenaan 12
perkara yang mengundang keberkatan ilmu.

• Pesanan dari kami team Alaf Training, mari kita sama-sama amal dan
sebar luaskan pada kenalan kita.

• Moga menjadi saham akhirat yang mengalir sehingga hari akhirat.

• Nantikan perkongsian Tips seterusnya daripada kami. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai