Anda di halaman 1dari 1

ADAB MENUNTUT ILMU (IMAM SYAFIE)

• IKHLAS KERANA ALLAH


Tetapkan hati menuntut ilmu ini semata-mata kerana untuk mendapatkan redha ALLAH dan
demi berjihad pada jalan ALLAH.

•MENINGGALKAN KEMUNGKARAN
Hidup sebagai seorang manusia ini tidak lari daripada melakukan kemaksiatan.Sesungguhnya
pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka buat hambaNYA.

•MENCATAT SETIAP ILMU YANG DIPELAJARI


Manusia ini mempunyai sifat lupa dalam diri. Moga dengan sedikit catatan itu ALLAHmembuka
pintu hati kita dengan lebih luas untuk menerima ilmuNYA. In shaa ALLAH

•BERSABAR DENGAN BIMBINGAN GURU


Guru menyampaikan ilmu. Segala teguran dan pesanan guru adalah sebagai satu kunci kepada
kejayaan. Patuhi mereka selagi mana tidak bertentangan dengan agama. Guru adalah insan
yang mulia.

PENGURUSAN MASA YANG BAIK


ALLAH memberikan settiap manusia di bumi ini 24 jam. Pengurusan masa yang sempurna perlu
dalam proses menuntut ilmu demi memastikan ilmu yang pelajari dapat diserap dan
diaplikasikan.Tepati masa ketika menghadiri kelas.Tips:selepas qiamullail adalah masa yang
terbaik untuk mengulangkaji pelajaran kerana kandungan udara bersih yang lebih tinggi.Susun
jadual belajar dengan baik.

•MENIKMATI ILMU YANG DIPELAJARI


Ilmu yang telah diperoleh itu haruslah diaplikasikan dalam kehidupan dan dimanfaatkan. Ilmu itu
juga perlu dikongsikan kerana ilmu ini akan bertambah selagi ianya disebarkan.

•MENDEKATKAN DIRI DENGAN ORANG YANG BERILMU


Apabila bersama orang yang berilmu, sudah tentu ada perkara yang berfaedah dapat
dikongsikan dan ilmu baru dapat dipelajari. Sesungguhnya ALLAH telah memberikan akal
kepada manusia untuk berfikir. Gunakan akal dan nikmat yang ALLAH telah berikan untuk
membincangkan dan merungkai isi dunia.

•MENGEMBARA DALAM MENUNTUT ILMU


Ilmu ini harus dipelajari dan diterokai. Semakin jauh perjalanan, semakin banyak ilmu yang
diperoleh tidak kira sama ada duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu ini harus dicari dan disebarkan
agar semua mendapat manfaatnya.

•MENGHARGAI DAN MENGHORMATI PENDAPAT ORANG LAIN


Dalam menuntut ilmu,kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan pelbagai jenis
pegangan dan pandangan. Namun siapa kita untuk menilai baik buruk pandangan sesetengah
pihak. Jadi belajar menerima dan menghormati pandangan orang lain.

•TIDAK DUDUK DI TEMPAT DUDUK GURU


Guru adalah insan yang mulia. Elakkan untuk duduk ditempat duduk guru sebagai tanda kita
menghormati mereka. Keberkatan guru sangat penting kerana segala ilmu itu dipelajari daripada
seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai