Anda di halaman 1dari 24

AN

S
IN A
A N AR
K
U S E C
T
N AL
E
B OR N
E M M PI
P R IM
BE RP
TE
MERITOKRASI
DISEDIAKAN OLEH: GAN SOEK NGOR
PENSYARAH: ENCIK HEGRETUL AL-AMIN BIN
SAHBUDIN
Pemikiran Insan Tingkah Laku
Bermoral yang Baik

Pemikiran yang
Matang

Meritokrasi Pendidikan
Meritokrasi adalah satu sistem sosial yang
menyanjung tinggi kebolehan dan keupayaan
seseorang tanpa mengira pangkat,
keturunan, kaum dan agama.

(berdasarkan kecemerlangan)
Sistem ini telah lama diaplikasikan dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Pengambilan
para pelajar ke sekolah berasrama penuh
adalah berdasarkan pencapaian mereka di
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR),Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Kaedah ini dianggap sesuai oleh semua
pihak memandangkan kekosongan yang ada
di sekolah berasrama penuh dan universiti-
universiti tempatan adalah terhad.
Sistem ini adalah yang terbaik untuk
membuktikan para pelajar hasilan
Malaysia adalah berkualiti.
DEFINISI

~ Menurut Amir Hasan Dawi (2002) dalam


bukunya yang berjudul Penteorian Sosiologi
dan Pendidikan meritokrasi adalah satu
pandangan atau memberi peluang kepada orang
untuk maju berdasarkan meritnya,yakni
berdasarkan kelayakkan dan kecekapannya
atau kecemerlangannya.
~ Menurut Kamus Dewan (Edisi ketiga)
meritokrasi ialah satu sistem sosial yang
menyanjung tinggi kedudukan seseorang
kerana kebolehannya dan bukan kerana
keturunan atau kekayaan.
KONSEP MERITOKRASI

~ Meritokrasi merupakan satu pandangan di


mana kejayaan atau ganjaran pendidikan
dan sosial adalah diagihkan berdasarkan
merit kepintaran (IQ),bakat dan ikhtiar
individu.Perkara mustahak ialah apa yang
seseorang itu lakukan. Meritokrasi adalah
berasaskan persamaan peluang dan bukan
persamaan hasilan.
Pendidikan di Malaysia memberi peluang
persaingan dalam kesamaan peluang yang
diberikan. Ini bermakna sungguhpun semua murid
mempunyai peluang masuk yang sama ke sekolah,
sistem pendidikan Malaysia moden meneruskan
dasar-dasar meritokrasi dalam pendidikan melalui
pengaliran. Setelah memasuki sistem persekolahan
seseorang itu akan menerima pendidikan dan
bersaing antara satu sama lain. Persaingan adalah
disahkan oleh sistem peperiksaan. Murid-murid
yang ‘inteligen’ telah diutamakan dalam sistem.
Siapa yang lebih ‘inteligen’ atau berusaha akan
mendapat kejayaan. Kebiasaan sekolah ialah
mengasingkan murid-murid mengikut tahap
‘inteligen’.
Meritokrasi juga boleh ditunjukkan oleh dasar
pemilihan pelajar-pelajar pintar ke sekolah
berasrama penuh. Pada peringkat awal pelajar-
pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan
‘5A’ selalunya akan dipilih. Pelajar yang tidak
cemerlang akan ke sekolah biasa. Kemudiannya
sistem pemilihan telah diubah berdasarkan
keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Di peringkat sekolah menengah pula,Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) telah diubah kepada
Penilaian menengah Rendah (PMR) yang menjadi
sebahagian kriteria pengagihan ke sekolah-
sekolah berasrama ,teknik atau pun vokasional
dan harian.
Sesungguhnya pewujudan sekolah-sekolah berasrama
penuh mempunyai rasionalnya sendiri. Ia adalah
selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.Dengan itu pihak yang ketinggalan dari
segi ekonomi dan sosial,khususnya diberikan bantuan
melalui pendidikan. Mereka inilah yang diharapkan
untuk menjadi guna tenaga penting dalam negara
Malaysia moden.Oleh itu kriteria untuk memilih
mereka yang benar-benar ‘inteligen’ dianggap sangat
penting. Setakat ini tidak ada kecaman daripada
anggota-anggota masyarakat berdasarkan merit
peperiksaan ke asrama penuh.Justeru itu,amalan
meritokrasi sebegini secara umumnya telah diterima
oleh masyarakat sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan negara.
KEBAIKAN
MERITOKRASI
~ Para pelajar dapat bersaing secara sihat,
adil dan terbuka untuk mendapat atau
merebut peluang yang ada di hadapan
mereka. Tiada kaum yang akan
mempertikaikan kemasukkan kaum-kaum
lain ke institut pengajian tinggi awam.
~ Institut pengajian tinggi awam dapat
melahirkan graduan yang benar-benar
mahir dalam bidang yang diambil oleh
para pelajar. Ini kerana pelajar
sentiasa berusaha dengan sedaya upaya
untuk membuktikan kebolehan mereka.
~ Para pelajar di luar bandar akan mendapat
faedah yang banyak kerana jika sistem ini
dilaksanakan sudah pasti pihak kerajaan akan
mewujudkan prasarana yang lebih baik
seperti wujudnya kelas/bilik komputer yang
lengkap dengan peralatan terkini,
perpustakaan yang mempunyai bahan yang
berkualiti dan terkini serta lain-lain
kemudahan yang difikirkan sama dengan
~ Para warga guru harus menerima
pelaksanaan sistem meritokrasi sebagai
satu cabaran dalam profesion guru. Warga
pendidik perlu melihat perubahan ini sebagai
inspirasi untuk mengerakkan iltizam,
motivasi dan menghasikan budaya kerja
positif bagi memastikan pertambahan kualiti
dan jumlah pelajar melayu bumiputra masuk
ke IPTA.
KEBURUKAN
MERITOKRASI
~ Masyarakat Melayu akan menentang
sistem ini secara sekeras-kerasnya ini
kerana sistem ini akan menyebabkan
mereka hilang hak keistimewaan orang-
orang Melayu seperti yang dinyatakan
dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara
153(1) dan (2).
~ Isu ini amat sensitif untuk dibicarakan
dan boleh menyebabkan kontrovesi dan
ketegangan di antara kaum dan kita sudah
tentu tidak mahu melihat Peristiwa 13 Mei
di mana kaum Cina berbunuhan dengan
kaum Melayu secara beramai-ramai
berulang kembali.
~ Pihak kerajaan perlulah mengeluarkan
belanja yang banyak untuk membina atau
menyediakan prasarana seperti yang
terdapat di sekolah-sekolah di bandar-
bandar. Ini kerana untuk mewujudkan
persamaan peluang terlebih dahulu perlu
diwujudkan persamaan kemudahan.
~ Faktor keperluan iaitu latar belakang,
ekonomi, keluarga, sosial dan juga
pendidikan pelajar-pelajar. Pada umumnya
pelajar yang datang dari keluarga atau
kawasan yang mundur di mana kemudahan
pendidikan tidak begitu baik sukar hendak
bersaing dengan pelajar dari kawasan maju
atau keluarga kaya.
~ Sekiranya hanya kecemerlangan diambil
kira dan tidak bersama-sama,maka ramai
pelajar dari kawasan mundur atau
keluarga miskin tidak kira Melayu, Cina,
India, Kadazan, Iban dan lain-lain akan
keciciran untuk melanjutkan pendidikan
mereka. Akibatnya jurang sosio-ekonomi
di antara yang kaya dengan miskin akan
bertambah lebar.
KESIMPULAN ~ Sistem ini sangat ideal
kerana ianya dapat melahirkan insan yang
benar-benar berkebolehan tanpa
dipengaruhi oleh kedudukan,pangkat,kaum
dan agama. Sistem ini juga dapat
meningkatkan daya saing di kalangan para
pelajar. Individu yang terhasil melalui
sistem ini juga akan mementingkan kualiti
kerja yang cemerlang.
Pada pandangan saya sistem pemilihan pelajar
dalam sistem meritokrasi harus di kaji dengan
mempertimbangkan taraf hidup dan latar
belakang pendidikan bagi memberi peluang
kepada golongan tidak mampu bersama
bersaing di dalam keadaan persekitaran yang
semakin mencabar. Kita perlu duduk sama
tinggi dan berdiri sama rendah bersama di
tanah air Malaysia tercinta.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai