Anda di halaman 1dari 78

Pendekatan Dan Strategi

Model Direct Learning


Pengertian
Model Pembelajaran Langsung adalah model pembelajaran yang
menekankan pada penguasaan konsep dan/atau perubahan perilaku
dengan mengutamakan pendekatan deduktif, dengan ciri-ciri sebagai
berikut:
(1) Transformasi dan ketrampilan secara langsung
(2) Pembelajaran berorientasi pada tujuan tertentu (3)
Pembelajaran yang telah terstuktur
(4) Lingkungan belajar yang telah terstruktur
(5) Distruktur oleh guru.
Guru berperanan sebagai penyampai informasi, yaitu
pengetahuan tentang sesuatu dapat berupa fakta,
konsep, prinsip, atau generalisasi
Tahapan Model Pembelajaran
 Menurut Bruce dan Weil (1996), sebagai berikut:
Orientasi. Sebelum menyajikan pengetahuan baru, murid
diberikan kerangka pelajaran dan orientasi terhadap
pengetahuan yang akan disampaikan. Bentuk-bentuk
orientasi dapat berupa:
 (1) Aktiviti pendahuluan untuk mengetahui pengetahuan
yang relevan dengan pengetahuan yang telah dimiliki murid
 (2) Perbincangan atau menginformasikan tujuan pelajaran
yang akan dipelajari
 (3) memberikan penjelasan/arahan mengenai kegiatan yang
akan dilakukan
 (4) menginformasikan pengetahuan/konsep yang akan
digunakan dan kegiatan yang akan berlangsung
 (5) menginformasikan kerangka pelajaran.
Presentasi. Pada fasa ini guru dapat menyajikan isi
pelajaran baik berupa konsep-konsep maupun
keterampilan. Penyajian materi dapat berupa:
(1) penyajian isi pelajaran dalam langkah-langkah kecil
sehingga pengetahuan dapat dikuasai murid dalam
waktu singkat
(2) Memberi contoh-contoh konsep
(3) Pemodelan atau peragaan keterampilan dengan
cara demonstrasi atau penjelasan langkah-langkah
kerja terhadap tugas
(4) Menjelaskan dengan mengulang perkara-perkara
yang sukar
Latihan berstruktur. Pada fasa ini guru membimbing
murid untuk melakukan latihan-latihan. Peran guru
yang penting dalam fasa ini adalah memberikan
maklumbalas terhadap respon murid dan
memberikan peneguhan terhadap respon murid yang
benar dan membetulkan respon murid yang salah.
• Latihan terbimbing. Pada fasa ini guru memberikan
peluang kepada murid untuk berlatih konsep atau
pengetahuan. Latihan terbimbing ini baik juga
digunakan oleh guru untuk mencungkil/menilai
kemampuan murid untuk melakukan tugasnya.
Pada fasa ini peranan guru adalah memonitor dan
memberikan bimbingan jika diperlukan.
Pembelajaran Kooperatif
MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF
(COOPERATIVE LEARNING)
Pembelajaran Aktif

• Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Aktif (Active


Learning)? Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
mendorong pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses
dan aktiviti pembelajaran melalui penulisan, perbincangan,
penyelesaian masalah atau refleksi.
• Kenapa elemen Pembelajaran Aktif perlu dimasukkan dalam
PdP? Pelajar mampu mencerap pembelajaran dengan lebih
baik apabila mereka terlibat secara langsung dan aktif dalam
proses pembelajaran, berbanding dengan kaedah konvesional
seperti mendengar syarahan dan mengambil nota. Ia juga
dapat mengoptimumkan potensi dan motivasi pelajar dan
pembelajaran; di samping memberikan kebebasan kepada
pelajar untuk berfikiran kritikal dan kreatif
• Apakah strategi-strategi untuk Pembelajaran Aktif? Antaranya
ialah:
– Think-Pair-Share – Perbincangan dan perkongsian dengan rakan sebelah
ataupun dalam kumpulan kecil dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dan kesedaran bahawa rakan-rakan juga boleh menjadi
sumber pembelajaran.
– Latihan pemikiran kritis secara berkumpulan
– Kajian Kes
– Debat
– Pembelajaran Berasaskan Masalah
– Peer Instruction
– Pre reading/Pre quiz
– Klip Video
– One minute paper, eg. Apakah konsep penting yang anda pelajari hari ini?
– Soalan-soalan terkumpul daripada pelajar di penghujung kelas
– Web 2.0
– Brainstorming
–  One Minute Mystery, teka teki, teka silangkata (www.puzzlemaker.com)
Konstruktivisme

Apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini


merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman
demi pengalaman. 
Pendekatan konstruktivisme mempunyai beberapa
konsep umum seperti:
Pendekatan konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum
seperti:
• Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang
sudah ada.
• Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri
pengetahuan mereka.
• Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri
melalui proses saling memengaruhi antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaru.
• Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina
pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan
informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.
• Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang
utama. Faktor ini berlaku apabila seorang pelajar menyadari gagasan-
gagasannya tidak konsisten atau sesuai dengan pengetahuan ilmiah.
• Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan
dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar
Teori Belajar Konstruktivisme Jean Piaget
i.Skemata. Sekumpulan konsep yang digunakan  ketika berinteraksi
dengan lingkungan disebut dengan skemata. Sejak kecil anak sudah
memiliki struktur kognitif yang kemudian dinamakan skema (schema)
• Prinsip Pembelajaran Konstruktivime
• Pembelajaran adalah satu proses aktif.
Manusia belajar semasa mereka belajar.
Minda yang aktif bukan fizikal
Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial.
Pembelajaran adalah kontekstual.
Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh
dipelajari.
• Pembelajaran memerlukan masa.
• Motivasi dalam pembelajaran adalah penting
Cara-cara Pelajar Membina Konsep konstruktivisme

•  Pelajar membuat penyelesaian matematik
dengan manipulatif.
•  Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka.
•  Pelajar menulis hasil pengalaman mereka.
• Pelajar belajar cara penemuan mereka.
• Pelajar berfikir secara mencapah.
• Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka
• Keberkesanan strategi pengajaran kontruktivisme

·         Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka


terhadap sesuatu konsep.
·         Pelajar dapat berkongsi persepsi/pandangan/idea antara
satu sama lain.
·        Pelajar dapat menerima serta menghormati semua
pandangan daripada rakan-rakan 
·      Semua pandangan diterima dan tidak dipandang rendah.
·     Pelajar dapat mengaplikasikan idea baru dalam konteks
yang berbeza untuk mengukuhkan     kefahaman idea
tersebut.
·    Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses
pembelajaran yang telah dilaluinya.
·    Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang
asal dengan idea yang baru
TOUCH MATH

https://www.youtube.com/user/TouchMath1
Penyelesaian masalah dan analisis kesilapan

• Prinsip pertama : Memahami Masalah


Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-
mata mereka tidak memahami masalah tersebut. Polya telah
mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan
berikut :
 Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan
yang digunakan dalam masalah tersebut ?
  Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
 Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan
sendiri ?
 Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang
boleh membantu kamu memahamkan masalah ?
 Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?
Prinsip kedua : Merangka strategi
Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran
memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita
menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:
• Cuba jaya
• membuat senarai yang tersusun
• mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
• menggunakan simetri
• menimbangkan kes istimewa
• menyelesaikan persamaan
• melihat pola
• melukis gambar
• menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
• guna model
• bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
• guna formula
• guna analogi/perbandingan
• lakonkan/ujikaji
• mempermudahkan masalah
Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi

langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang


strategi. Yang pelajar perlukan pada langkah ini
ialah ketekunan dan berhati-hati apabila
menggunakan kemahiran yang sedia ada. Jika tidak
berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah
pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah
langkah biasa dalam matematik yang juga
digunakan oleh pakar matematik sekalipun
Prinsip keempat : Menyemak jawapan

Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit


masa untuk menyemak jawapan dan membuat
refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan
keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk
mencuba masalah baru yang akan datang.
Gunakanlah Model Polya untuk menyelesaikan
sebarang masalah hari ini.
Analisis Kesalahan Konsep Matematik Menggunakan
Newman .

 Kesalahan menyelesaikan soalan-soalan matematik


masih sering berlaku di kalangan murid. Kesalahan
yang dilakukan murid dapat membantu guru untuk
memperbaiki pembelajaran mereka. Analisis
kesalahan adalah  suatu proses yang terdiri
daripada langkah-langkah yakni untuk kenalpasti
kesalahan, penjelasan kesalahan, pembetulan,
penilaian, dan pencegahan kesalahan yang sama
agar tidak berulang.

Anda mungkin juga menyukai